JKM
JKM: Cara Untuk Mohon Bantuan Warga Emas 2021 Sebanyak RM500 Sebulan
Sebelum ini, Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan adalah RM350 sebulan. Namun begitu, dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa jumlah tersebut akan dinaikkan pada tahun 2021. Ini bermakna, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.
Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
Bantuan untuk warga emas di Malaysa diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.
Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang digunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna. Namun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dilengkapkan untuk layak memohon bantuan ini.
Syarat-syarat Kelayakkan
Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa, atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
i) Institusi kendalian JKM
ii) Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma - Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Memohon Bantuan Warga Emas
Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:
- Layari laman web JKM atau klik di sini.
- Klik pada butang ‘Daftar Permohonan’.
- Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
- Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’
- Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai diraktori pejabat boleh dirujuk di sini.
- Bawa bersama dokumen yang diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Soalan Lazim
Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?
Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?
Tidak, Bantuan ini hanya diperuntukan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.
Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?
Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.
Bantuan-bantuan Lain Yang Disediakan Untuk Warga Emas
Selain daripada bantuan sara hidup sebanya RM500 sebulan, JKM turut menyediakan beberapa lagi bantuan untuk memudahkan urusan warga emas. Bantuan lain yang boleh didapati adalah:
- Bantuan perubatan dan kesihatan warga emas.
- Bantuan perniagaan warga emas.
- Diskaun pengangkutan warga emas
Bantuan Perubatan & Kesihatan Warga Emas
1. Bantuan alat tiruan dan sokongan
Tujuan bantuan adalah untuk membantu warga emas yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan.swasta) mengikut jenis ketidakupayaan.
Untuk bantuan ini, anda boleh klik di sini untuk maklumat yang lebih lanjut.
2. Pengecualian bayaran sebagai pesakit luar
Warga Emas juga diberi pengecualian bayaran caj perkhidmatan dan kesihatan diluar hospital dan fasiliti KKM
maklumat diperolehi dari Pengecualian Caj Perubatan – Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia
Bantuan Perniagaan Warga Emas
1. Geran Pelancaran
Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu.keluarga
Untuk maklumat lanjut: Portal JKM- Geran Pelancaran
2. Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)
a) Skim Pembiayaan Kontrak – i
Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanin & GLC.
Untuk maklumat lanjut: Portal TEKUN – Skim Pembiayaan Kontrak – i
b) Skim Pembiayaan Usahawan Bekan Tentera (SPBT)
TEKUN menyediakan program pinjaman untuk membantu bekas anggota tentera dan juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.
Untuk maklumay lanjut: Portal TEKUN – Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT)
Diskaun Pengangkutan Warga Emas
Diskaun warga emas untuk pengangkutan awam (Bas, LRT, KTMB) seperti berikut:
1. Diskaun kad konsesi RapidKL
3. Diskaun tambang bas ekspress
Maklumat & Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut maklumat dibawah.
Alamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
No Tel: 03-8000 8000
Sumber: My Netizen | MYGOV
Artikel Berkaitan: