Taiwan
8 Restoran Halal Di Taiwan – Mi Daging 50an, Hidangan Yunnan & Banyak Lagi! [Edisi Taipei]
8 Restoran HALAL Di Taiwan
1. Lao Chang Muslim Beef Noodle Restaurant
Restoran ini dah wujud lebih 70 tahun. Jangan terlepas cuba beef noodle mereka yang sangat padu! Kuahnya boleh pilih antara pedas atau original, dengan daging lembu yang dihidang sama ada dalam bentuk kepingan, carikan, atau rib fingers. Yang best, sup dia dimasak dengan lebih 10 jenis rempah dan resepinya turun-temurun. Makan dengan mi kenyal yang memang puas mengunyah!
Alamat: No. 23號, Yanping S Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
Waktu Operasi: 11am – 7:30pm (setiap hari)
Tel: +886 2 2331 8203
Fasiliti: Ada ruang solat
2. Moiz Ali Halal Restaurant
Dibuka oleh pemilik berbangsa Pakistan yang kahwin dengan wanita Taiwan, restoran ini jadi tumpuan sebab hidangannya yang eksotik. Sijil Halal diterima pada tahun 2020, dan ini adalah restoran halal pertama di Keelung. Kari kat sini memang special, rasa dia ala-ala kari Timur Tengah. Ada hidangan yang hampir sama dengan Nasi Kandaq haa~
Alamat: No. 25號, Xinsan Rd, Zhongzheng District, Keelung City, Taiwan 202
Waktu Operasi: 11:30am – 8pm (tutup Jumaat)
Tel: +886 919 336 586
Fasiliti: Tiada ruang solat, surau di hadapan kedai.
3. Kunming Islamic Restaurant
Antara restoran halal terawal di Taiwan sejak 1994, Kunming Islamic Restaurant ni wajib dikunjungi. Pemiliknya asal dari Myanmar dan dah lama amalkan Islam. Menariknya, kat meja makan ada koleksi duit syiling dari seluruh dunia! Mula-mula restoran ni fokus pada masakan Yunnan, tapi sekarang ada pelbagai pilihan makanan antarabangsa, termasuk Tom Yam.
Alamat: No. 26號, Lane 81, Fuxing N Rd, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
Waktu Operasi: 11:30am – 2pm | 5:30pm – 9pm (tutup Ahad)
Tel: +886 2 2751 6776
4. 水料理 (Fresh Cuisine)
Restoran halal ini cuma dekat sangat dengan Illume Hotel Taipei. Sesuai untuk penggemar makanan laut, Fresh Cuisine terkenal dengan hidangan seafood segar yang dimasak mengikut standard halal. Dengan rating Google 4.2 bintang, restoran ini memang pilihan tepat untuk pengunjung yang nak makan enak dan halal di Taipei.
Alamat: No. 17號, Lane 155, Dunhua N Rd, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
Waktu Operasi: 11:30am – 2:30pm | 5:30pm – 9pm (setiap hari)
Fasiliti: Ada bilik solat
5. Tajin Moroccan Cuisine & Tea
Rasa macam dah sampai Morocco bila masuk ke restoran ini dengan hiasan dalaman yang klasik. Menu kat sini tak kurang hebatnya, ada pilihan seperti Lemon Grass Chicken dan Meatball with Tomato Gravy, yang digandingkan dengan nasi saffron dan teh susu yang sedap. Dan, jangan terlepas appetiser Humus diorang, sedap sangat – tak jelak!
Alamat: No. 3號, Ln. 144, Section 2, Keelung Rd, Da’an District, Taipei City, Taiwan 106
Waktu Operasi: 11:30am – 2:30pm | 6pm – 9pm (tutup Isnin)
Tel: +886 2 2732 7296
6. Mouna Halal Restaurant 暮娜餐館
Restoran ni terkenal dengan buffet yang menggabungkan pelbagai jenis masakan seperti Morocco, India, dan Arab, semuanya halal certified! Jadi kalau korang craving nak rasa variasi makanan yang berbeza dalam satu tempat, inilah tempatnya. Yang paling best, mereka ada Milk Tea yang unik dan jadi signature drink di sini. Bukan setakat makan, restoran ni pun luas, siap ada ruang solat dan dihias dengan dekorasi ala Timur Tengah yang buat suasana makan lebih santai. Confirm korang rasa macam tengah travel ke Morocco atau negara Arab lain bila melangkah masuk ke sini!
Alamat: No, No. 252, Yanping S Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
Waktu Operasi: 11 am–2:30 pm, 5–9 pm (tutup Isnin)
Tel: +886 2 2389 6093
Fasiliti: Ada ruang solat
7. Safranbolu Turkish Restaurant (番紅花城土耳其餐廳)
Restoran pertama di Taiwan yang menyajikan masakan Turki asli. Safranbolu terkenal dengan dekorasi yang cantik dan suasana mesra. Menu di sini memang lengkap dengan pelbagai pilihan makanan Turki, termasuk Chicken Shish yang dihidangkan bersama nasi dan pita. Memang puas hati!
Alamat: No. 60號, Section 2, Nanjing E Rd, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10491
Waktu Operasi: 11am – 10pm (setiap hari)
Tel: +886 2 2522 2939
Fasiliti: Ada bilik solat
Cepat Plan Trip Ke Taiwan!
Taiwan sememangnya kaya dengan pilihan makanan halal yang unik dan menyelerakan. Dari mi daging lembu klasik hingga hidangan eksotik dari Turki dan Maghribi, setiap restoran yang disenaraikan menawarkan pengalaman kulinari yang pasti memuaskan selera. Jadi, kalau korang plan nak bercuti ke Taiwan, jangan lupa singgah ke restoran-restoran halal ni untuk menikmati hidangan sedap sambil menikmati keunikan budaya tempatan.
Artikel Lain: Bau Wangi Level International! Ini Produk #SapotLokal Yang Wajib Korang Tahu!