Food
Beginilah Cara Mudah Memasak & Membakar Kuih Dengan SCS Spreadable Butter
Kami tahu, memasak dan membakar kuih kadangkala agak sukar. Jadi, kami sentiasa mencari sesuatu yang boleh memudahkan kerja anda di dapur tanpa mengurangkan kualiti hidangan! Bertuahnya anda sebab kami sudah jumpa sesuatu yang luar biasa yang bukan saja dapat mengurangkan bilangan bahan memasak tapi masih kekalkan rasa yang sama! Ya, ia adalah mentega berperisa! Dengan itu, inilah dua resipi yang telah ditambah baik menggunakan SCS Spreadable Butter untuk anda cuba dan rasai keajaibannya sendiri.
SCS Spreadable Butter Kini Datang Dalam Dua Perisa BAHARU!
SCS Butter ini ada sejak tahun 1905 lagi dan telah berjaya menjadi salah satu bahan masakan yang perlu ada di dapur. Rasanya yang kaya berkrim dan bermentega ini dihasilkan 100% oleh susu lembu yang diberi makan rumput. Tambahan lagi, aroma unik yang datang daripada proses pengadukan dua kali ganda menjadikan SCS Butter sebagai bahan kegemaran orang Malaysia dan Singapura!
Walaupun mereka telah berjaya melancarkan rangkaian produk tenusu lain, SCS sentiasa berada dalam kedudukan bersedia untuk mencipta sambungan produk baharu untuk melengkapkan rangkaian mentega klasik mereka. Produk terbaru SCS tidak lain tidak bukan SCS Butterscotch Spreadable Butter dan SCS Rosemary & Herbs Spreadable Butter!
Sebaik sahaja kami dengar tentang SCS Spreadable Butter ini, kami serius tak sabar untuk cuba dalam masakan! Tekstur seperti sutera itulah yang menjadikan produk ini begitu mudah untuk digunakan dalam masakan dan membakar kuih – tak perlu dicairkan. Bahan tambahan untuk menambah rasa hidangan juga tidak diperlukan lagi sebab All-In-1 Tub Spreadable Butter ini akan membantu anda memudahkan proses, menjimatkan masa dan menjimatkan wang!
Alang-alang, lihat dua resipi yang ditambah baik ini menggunakan SCS Spreadable Butters:
Resipi #1: Roll Butterscotch Epal Menggunakan SCS Butterscotch Spreadable Butter
Bahan-bahan:
- SCS Butterscotch Spreadable Butter (untuk sapuan)
- 1 sdb SCS Butterscotch Spreadable Butter (untuk inti epal)
- 2 epal bersaiz sederhana (dibuang kulit, dipotong dadu)
- 2 sdb serbuk kayu manis
- 1 sdb gula
- 2 biji telur
- 3 sdb sudu
- 10 keping roti
- ½ cawan serbuk kayu manis + ⅓ cawan gula
- Secubit garam
Langkah-langkah:
1. Masukkan SCS Butterscotch Spreadable Butter, epal yang dipotong dadu, gula, garam dan serbuk kayu manis dalam periuk.
2. Masak diatas api kecil selama 3 minit hingga epal mula menjadi lebut. Ketepikan untuk disejukkan.
3. Dalam mangkuk, campurkan gula dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk asing, pukul telur dan susu. Ketepikan.
5. Leperkan kepingan roti menggunakan penggelek.
6. Sapukan SCS Butterscotch Spreadable Butter sama rata di atas setiap kepingan roti tadi.
7. Tambahkan 1-2 sdt inti epal tadi di atas setiap kepingan roti dan gulung.
8. Panaskan periuk menggunakan api sederhana dan cairkan 1 sdb SCS Butterscotch Spreadable Butter.
9. Celupkan setiap gulungan roti ke dalam campuran telur tadi dan masak hingga setiap sisi menjadi warna keemasan.
10. Golekkan ke dalam campuran gula-kayu manis.
Resipi #2: Scone Cheddar-Herba Menggunakan SCS Rosemary & Herbs Spreadable Butter
Bahan-bahan:
- 170g SCS Rosemary & Herbs Spreadable Butter (sejuk)
- 2 cawan tepung serbaguna
- 2 sdt serbuk penaik
- ¼ sdt garam
- 1 ¼ sdt serbuk lada hitam
- ½ cawan krim tebal
- 1 cawan keju Cheddar (diparut)
- 2 biji telur
- 1-2 sdb SCS Rosemary & Herb Spreadable Butter (dicairkan, untuk sapuan)
- 2 sdb tangkai dill segar (dicincang, untuk taburan)
- 2 sdb lobak (diparut, untuk taburan)
Langkah-langkah:
- Panaskan ketuhar ke 200°C. Alas dulang dengan kertas bakar.
2. Dalam mangkuk sederhana, pukul tepung, serbuk penaik, garam dan lada hitam hingga sebati.
3. Masukkan SCS Rosemary & Herbs Spreadable Butter yang masih sejuk dan keju. Gaul dengan garpu.
4. Tambahkan telur dan krim. Gaul secara sederhana untuk gabungkan bahan-bahan.
5. Pindahkan doh ke papan yang sudah ditaburi sedikit tepung dan uli hingga sebati. Leperkan doh menjadi 1 inci tebal.
6. Potong doh dan susun di atas dulang 1-2 inci jauh.
7. Sapukan permukaan doh dengan SCS Rosemary & Herbs Spreadable Butter yang telah cair. Taburkan dill dan lobak.
8. Bakar selama 18-20 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20-25 minit lagi atas rak penyejuk.
Serlahkan Bakat Anda Dengan SCS Spreadable Butters Sekarang!
Serius, memasak dan membakar kuih tak pernah semudah ini. Dengan SCS Spreadable Butter BAHARU, cabarlah diri untuk membuat resipi anda sendiri! Jangan lupa juga kongsikan dengan kami di media sosial ya. Alang-alang cuba resipi baru, lawati Facebook SCS sebab ada banyak sangat resipi menarik yang anda boleh cuba di rumah! Oh ya! Kami ada dua lagi resipi yang akan datang di masa terdekat ini, jadi nantikan ya? Itu sahaja buat masa ini, selamat memasak!
Kini ada di:
- AEON
- AEON BiG
- Giant
- Mydin
- TF Value-Mart
- The Store
- OTK
- Village Grocer
- Hero
- Isetan
- Lulu
- Maslee
- Lazada
Pautan: Website | Facebook | Instagram
Baca Juga: Cara-Cara Untuk Elak Daripada Dicas RM100 Apabila ‘Check-In’ Di AirAsia
–
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V
Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam
Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways), dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!