Makanan

10 Cafe Halal Di Penang Yang Anda Perlu Cuba

Jom Mengopi!

Hello Foodies! Anda seorang cafe-hopper? Kalau anda dalam misi untuk cari cafe seterusnya, jom check Top 10 cafe Halal yang ada di Penang! Kalau anda dah pergi ke semua cafe ni, well done! Tapi kalau belum, inilah masa yang paling sesuai untuk anda ajak geng anda mengopi!

10 Cafe Halal Di Penang

Calling for Instagrammer! Kalau anda seorang yang suka bergambar, 10 cafe ni juga sesuai untuk anda. Selain makanan yang sedap, 10 cafe ini juga mempunyai design yang menarik dan sesuai untuk anda bergambar! So jangan lupa masukkan 10 cafe ni sebagai next pit stop anda!

1. Wheeler’s

Gambar dari @wheelerspenang (Instagram)

Terletak di Lorong Love, Wheeler’s merupakan antara cafe yang anda perlu kunjungi sekiranya berada di Penang. Dengan persembahan makanan yang menarik dan harga yang berpatutan, cafe ini sentiasa menjadi tumpuan pelanggan terutamanya pada waktu makan tengah hari. Layanan mesra dari pelayan di cafe ini turut menjadikan Wheeler’s istimewa di hati pelanggan. Bagi pencinta kopi, anda perlu mencuba Cold Brew Coffee. Didatangkan di dalam botol kaca, pastinya minuman ini sangat sesuai untuk Instagram feed anda!

Gambar dari @wheelerspenang (Instagram)

📍 Wheeler’s: 67, Lorong Love, George Town, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

🕑 8.30 AM – 1 AM

📝 Pork-Free, Bahan-bahan Halal Digunakan, Terdapat Alkohol Di Dalam Premis

2. ChinaHouse

Gambar dari @hazwanazman_(Instagram)

Terkenal dengan kepelbagaian kek yang sangat sedap dan makanan yang dimasak dengan seperti di rumah, ChinaHouse merupakan antara cafe yang anda wajib kunjungi ketika berada di Penang! Walaupun terdapat alkohol didalam premis, semua makanan disini adalah halal.

Gambar dari @classyrayofsunshine(Instagram)

Suasana klasik didalam ChinaHouse menjadikan tempat ini sangat Instagrammable untuk anda kunjungi bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Sambil menunggu makanan, anda juga boleh berkarya diatas meja di cafe ini! Terdapat crayon dan alas meja putih untuk anda melukis dan menulis sementara makanan anda dihidangkan!

📍 ChinaHouse: 153, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

🕑 9 AM – 1 AM (Isnin-Khamis), 9 AM – 2 AM (Jumaat & Sabtu)

📝 Pork-Free, Bahan-bahan Halal Digunakan, Terdapat Alkohol Di Dalam Premis

3. The Table Penang

Gambar dari @thetablepenang(Instagram)

Bagi yang belum tahu, The Table Penang merupakan cafe yang diusahakan oleh peniaga Islam. Cafe ini terletak di Lebuh Carnarvon dan menjadi tumpuan pelanggan. Antara menu yang anda boleh cuba di The Table Penang ialah Spaghetti Aglio Alio yang dipadankan dengan Kambing Grill! Memang sedap giler!

Gambar dari @thetablepenang(Instagram)

📍 The Table Penang: 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

🕑 6 PM – 12 AM, Tutup: Khamis

📝 Halal

4. MORE By Arang Coffee

Gambar dari @cara_chuan(Instagram)

Menyajikan pilihan makanan barat yang sangat menyelerakan, MORE By Arang Coffee merupakan antara cafe yang best untuk anda kunjungi! Suasana yang tenang di cafe ini bukan sahaja sesuai untuk meluangkan masa malah ia juga sesuai bagi anda yang memerlukan tempat untuk membuat kerja atau urusan pekerjaan. Selain kopi, anda juga boleh cuba Nanchos Cheese kat sini yang super cheesy!

Gambar dari @the_eating_buddies(Instagram)

📍 MORE By Arang Coffee: 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

🕑 9 AM – 10 PM

📝 Pork-Free, Bahan-bahan Halal Digunakan

5. DayNite Cafe

Gambar dari @alsmie_alias(Instagram)

Bagi anda yang mencari makan malam atau tempat untuk menyambut hari lahir, DayNite Cafe merupakan salah satu lokasi yang anda boleh kunjungi. Bagi yang ingin menyambut hari lahir, cafe ini menyediakan dekorasi hari lahir di beberapa meja di cafe ini. Cafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan barat dan juga masakan melayu. Salah satu yang menarik yang anda perlu cuba ialah Lamb Grill. Kuah blackpepper yang pekat dan sedap menjadikan makanan disini sangat digemari ramai!

Gambar dari @partyspy.co(Instagram)

📍 DayNite Cafe1-1-22A (THE ONE), Tingkat Mahsuri, Penang

🕑 12 PM – 3 PM, 6 PM – 11 PM (Tutup: Isnin)

📝 Halal

6. Kuih Culture

Gambar dari @kosyeats(Instagram)

Bagi anda anda yang craving makanan asli nyonya, anda boleh berkunjung ke Kuih Culture di Lebuh Kimberley untuk menikmati aneka jenis kuih traditional. Kuih-muih disini bukan sahaja sedap malahan juga sangat menarik untuk Instagram feed anda! Selain kuih-muih, anda juga boleh mencuba pelbagai masakan asli nyonya dan antara yang menarik ialah Hainanese Chicken Chop!

Gambar dari @joslyn_t_tastes(Instagram)

📍 Kuih Culture: 59A, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

🕑 10 AM – 7 PM

📝 Halal

7. Lagenda Cafe

Gambar dari @lindaputri_(Instagram)

Gabungan klasik dan moden menjadikan cafe ini kelihatan sangat esklusif dan menrik bagi anda yang ingin menjamu selera disini. Selain rasa yang lazat, makanan disini juga dihidangkan dengan dengan menarik dan sesuai bagi anda yang suka mengambil gambar makanan. Nasi Goreng Bujang Lapok dan Ayam Percik Madu Tiga merupakan antara makanan yang anda perlu cuba disini. Untuk pencuci mulut pula, anda boleh cuba Pisang Bakar yang dihidang bersama kepala parut segar dan sos gula melaka.

Gambar dari @twsunny365(Instagram)

📍 Lagenda Cafe: 51, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

🕑 11 AM – 11 PM

📝 Halal

8. D’Dapor

Gambar dari @don96_civic(Instagram)

Bagi anda yang tak boleh berpisah dengan nasi atau makanan melayu, anda boleh berkunjung ke D’Dapor. Menyajikan pelbagai makanan melayu asli antaranya, Kari Kepala Ikan, Ayam Pandan Berbungkus, Tauhu Claypot Muhibah and Ikan Siakap Bawang Putih Berkicap.  Kalau anda peminat masakan melayu, anda wajib berkunjung ke sini untuk merasai sendiri kesedapan makanan disini.

Gambar dari @the_ratzmatazz(Instagram)

📍 D’Dapor: 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

🕑 11 AM – 10 PM, Tutup: Jumaat

📝 Halal

9. Areca Cafe

Gambar dari @nicole_lsx(Instagram)

Cafe ini merupakan cafe yang terletak di dalam Areca Hotel di Georgetown. Menyajikan pelbagai makanan asli dari Eurasian. Selain pelbagai pilihan makanan yang menarik dan sedap, Areca Cafe juga mempunyai kawasan yang sangat menarik dan tenang. Bagi Instagrammer, jangan terlepas peluang untuk bergambar disini.

Gambar dari @yiennnnn(Instagram)

📍 Areca Cafe: 27, Jalan Khoo Sian Ewe, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

🕑 8 AM – 3 PM (Ahad & Isnin), 8 AM – 11 PM (Selasa-Jumaat)

📝 Halal

10. Saigon Bowl

Gambar dari @nicole_lsx(Instagram)

Teringin nak makan makanan Vietnam tapi jauh sangat? Jangan risau sebab sekarang anda dah boleh makan makanan asli Vietnam di Pulau Pinang! Antara yang anda boleh cuba disini ialah Pho iaitu sup Vietnam. Makanan lain yang anda boleh cuba ialah Vietnam Roll dan Hot Pot! Bagi peminat kopi, jangan lupa untuk nikmati Vietnam Coffee Drip yang super sedap!

Gambar dari @linkphoria(Instagram)

📍 Saigon Bowl: 20A&B, Whiteaways Arcade, Lebuh Pantai, 10300 Georgetown, Penang

🕑 12 PM – 10 PM

📝Halal

10 Cafe Halal Di Penang

Penulis telah menyenaraikan 10 Cafe dengan makanan Halal di Pulau Pinang. Jadi bagi cafe-hopper di Penang, mulakan misi untuk menawan kesemua cafe ini secepat mungkin. Jangan lupa share yang mana satu favourite anda!

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close