Makanan

Makanan Sedap di Kuala Terengganu 2019!

Mari Sokmo Lah!

Makanan yang sedap sememangnya salah sau kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Kalau anda melancong didalam negara, anda tak perlu risau kerana sumber makanan halal sangat banyak! Dan apa yang paling penting, hampir semua negeri mempunyai makanan yang unik dan sedap-sedap belaka.

Top 5 Makanan di Kuala Terengganu

Terengganu ialah negeri yang sangat sinonim dengan Nasi Dagang. Tapi bukan hanya Nasi Dagang, Terengganu juga mempunyai pelbagai makanan lain yang sedap-sedap belaka. Bagi anda yang belum pernah mengunjungi Terengganu, jom tengok Top 5 Makanan yang anda perlu cuba disana!

1. Warung Pok Nong

Imej dari @kato_lil (Instagram)

Bagi penggemar makanan laut, Warung Pok Nong adalah salah satu destinasi yang anda wajib kunjungi! Apa yang menarik disini ialah semua makanan laut ialah segar setiap hari. Semua makanan laut dicelup tepung dan digoreng didalam minyak panas sebelum dihidang. Antara makanan laut yang ada disini ialah ikan pari, ikan kembung, sotong dan udang. Saiz sotong yang besar merupakan tarikan utama di Warung Pok Nong. Semua makanan ini dihidangkan dengan sos istimewa di warung ini yang dipanggil ‘colek’.

Imej dari @wandoncha (Instagram)

📍 Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

🕘 3.30 PM – 8 PM, Tutup: Selasa

📞 09-612 7655

2. Nasi Dagang Atas Tol

Imej dari @syafiqahazaharialii (Instagram)

Kalau datang ke Terengganu tapi tak cuba Nasi Dagang, ini bermakna anda belum melawat Terengganu! Nasi Dagang Atas Tol bukan saja terkenal dengan hidangan Nasi Dagang. Mereka juga dikenali dengan Teh Peng Ombak Rindu mereka yang memang superb sedap! Bukan seperti teh ais biasa, teh disini ditarik didalam balang besar hingga menghasilkan buih yang pekat berkrim! Jadi jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk order dua menu utama disini!

Imej dari @mrbarrock (Instagram)

📍 T101, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

🕘  6.30 AM – 11.30 AM (Rabu-Ahad), Tutup: Isnin & Selasa

📞 013-984 7846

3. Restoran Singgang Budu

Imej dari @joyahponpon (Instagram)

Untuk merasai nikmat sebenar melancong, anda perlu makan seperti penduduk setempat! Salah satu lokasi yang anda boleh terjah untuk merasai lauk harian penduduk Terengganu ialah Restoran Singgang Budu. Singgang ialah menu yang jarang didapati di negeri lain. Singgang juga dikenali sebagai masak Pindang bagi masyarakat luar Terengganu. Singgang biasanya dipadankan dengan budu bagi menyedapkan lagi masakan tersebut. Singgang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis lauk seperti ikan, daging dan juga sotong.

Imej dari @bloomingsarahh (Instagram)

📍 Jalan Engku Sar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

🕘 11 AM – 12 AM, Tutup: Rabu

📞 012-966 8584

4. Dapo Pata Kontena

Imej dari @nasruddinmukhtar (Instagram)

Lokasinya yang berada di tepi pantai menjadikan Dapo Pata Kontena sentiasa menjadi tumpuan bagi anda yang sukakan suasana santai dan sekaligus untuk beriadah bersama keluarga. Kira-kira 10 kontena telah ditempatkan disini dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik! Dari makanan ringan, makanan melayu hingga ke makanan barat, semuanya anda boleh cuba di Dapo Pata Kontena. Bagi anda yang ingin menikmati sunset, ini juga merupakan lokasi yang ideal memandangkan Dapo Pata Kontena terletak di Pantai Tok Jembal.

Imej dari @naykitchen_uptownkontena (Instagram)

📍 Pantai Tok Kembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

🕘 5 PM – 2 AM

5. Air Buah Pak San

Imej dari @munirah_sobri (Instagram)

Redakan musim panas dengan air buah yang sejuk. Orang tempatan menggelarkan air buah ini sebagai air ‘pyorr’ yang bermaksud ‘pure’ dari perkataan English. Pelbagai air buah yang anda boleh cuba disini termasuklah air buah mangga, durian belanda, tembikai susu dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan signature Terengganu seperti Laksam, Nasi Dagang, Nasi Minyak dan juga Keropok Lekor.

Imej dari @brendybailandi (Instagram)

📍 Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

🕘 5 PM – 1 AM, Tutup: Rabu

📞 016-921 7070

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 5 tempat makanan sedap yang anda patut cuba di Kuala Terengganu! Bagi anda yang ingin melancong ke Terengganu, masukkan tempat ini kedalam bucket list anda! Semoga artikel ini membantu anda untuk mempunyai percutian yang penuh keseronokkan!

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close