Halal FoodieMakanan

ABC Buah di Sungai Petani Dessert Sempurna Musim Panas!

Bingsu Malaysia!

Seperti yang kita ketahui, Malaysia sedang mengalami musim panas dan cuaca begini sememangnya sangat mencabar. Bagi anda yang perlu bekerja dibawah terik matahari, pastikan anda meminum air yang secukupnya dan kekal terhidrat semasa musim panas. Jika anda merupakan warga Sungai Petani, apa kata anda terjah lokasi ini untuk menyegarkan anda dimusim panas!

ABC Buah Segar Di Sungai Petani

Mula viral pada awal minggu ini, kedai ABC Buah ini semestinya menjadi tumpuan Foodie terutamanya yang berda di Sungai Petani. ABC Buah merupakan ais kisar yang ditambah potongan buah segar, susu dan jus! ABC Buah yang popular disini ialah ABC Buah Mangga dan juga ABC Buah Campur. ABC Buah Campur ialah gabungan buah mangga dan buah tembikai!

Imej Dari InfoSungaiPetani (Facebook)

Dengan harga serendah RM5, ABC Buah sememangnya sangat berpatutan kerana jumlahnya yang banyak dan rasanya yang sedap! Selain ABC Buah, anda juga boleh mencuba Bihun Sup di warung ini. Bihun Sup dan Bihun Sup pastinya satu gabungan yang sempurna semasa musim panas!

Imej Dari InfoSungaiPetani (Facebook)

Cubalah Hari Ini

Imej Dari InfoSungaiPetani (Facebook)

Bagi warga Sungai Petani, jangan lepaskan peluang untuk mencuba ABC Buah di gerai ini dengan segera! Psstt.. Anda mungkin perlu menungu lama memandangkan gerai kecil ini kian mendapat tempat di hati warga Sungai Petani. Jangan lupa untuk bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk mencuba Dessert istimewa ini secepat mungkin!

BACA LAGI: Makanan Sedap di Kedah

Imej Dari InfoSungaiPetani (Facebook)

Bagi Foodie yang dah cuba, kongsikan pendapat anda tentang ABC Buah Viral ni.

Alamat: Lengkok Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10 AM – 6 PM (Cuti Setiap Rabu)

Tips: Gerai ini terletak di belakang Amanjaya Mall. Berhadapan Butik Mia Azrieyna Radzee.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close