Makanan

10 Supper Halal Untuk Anda Cuba di Penang

Member Ajak Lepak Malam? No Hal!

Penang memang cukup sinonim dengan makanan yang mana dari breakfast hingga supper, semuanya ada di Penang. Apa yang lagi best kat Penang ni, ia tak ‘mati’ pada waktu malam dan anda boleh mencuba pelbagai makanan yang best walaupun di tengah malam!

10 Tempat Halal Untuk Supper

Supper ialah makan lewat malam yang mana Foodie sejati akan menjejaki tempat-tempat best untuk makan. Apa yang paling best, semua makanan kat sini bukan setakat viral, tapi juga sedap giler! Jom baca 10 tempat halal di Penang yang korang boleh pergi untuk supper!

1. Sup Hameed

Makanan Halal Penang
Sumber: @wen_saja

 

Makanan Halal Penang
Sumber: @natashastoryfood

Sup Hameed memang tak asing lagi bagi Penangites yang sukakan makan lewat malam. Ada banyak pilihan sup kat sini yang anda boleh cuba. Antara pilihan sup yang ada kat sini ialah sup ayam, sup daging, sup lidah, sup perut, sup torpedo dan banyak lagi! Mesti rambang mata kalau nak pilih sup kat sini. Kalau nak lagi umph, anda boleh order roti benggali untuk dicicah bersama sup. Confirm sedap giler! Terdapat dua cawangan Sup Hameed yang anda boleh kunjungi jika berniat untk makan disini.

?300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

? 4.30 PM – 2.30 AM

?48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

? 24 Jam

? 04-261 8007

BACA LAGI: 30 Makanan Mesti Cuba di Penang

2. Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur Penang
Sumber: @eliyani83

 

Nasi Kandar Beratur Penang
Sumber: @foodappetite_

Nasi Kandar tak perlu diperkenalkan lagi dan nasi kandar ini memang makanan yang relevan tak kira sama ada waktu pagi mahupun lewat malam. Nasi Kandar Beratur menggunakan resepi asli sejak tahun 1943! Tak hairanlah kalau orang ramai sentiasa mengerumuni tempat ini setiap hari. Kalau anda mencari supper yang berat, Nasi Kandar Beratur adalah satu port yang anda boleh pergi kerana mereka menyajikan lauk yang segar untuk makan lewat malam. Lihat sahaja pada nama nasi kandar ini, anda memang perlu bersedia untuk beratur demi mendapatkan sepinggan nasi kandar! Tapi lepas supper ni confirm boleh tidur lena.

?98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

? 10 PM – 8.30 AM

3. Char Kuey Teow Longkang

Makanan Viral Penang
Sumber: @vanessaawuu

 

Makanan Viral Penang
Sumber: @syahirsepet

Char Kuey Teow Parit atau Longkang sangat popular dikalangan orang Penang sendiri. Ini adalah antara destinasi yang pasti akan terlintas di fikiran kalau Penangites nak makan Char Kuey Teow. Jangan risau pasal nama char kuey teow ni. Walaupun nama dia parit atau longkang, rasa char kuey teow kat sini sangat la superb! Anda kena cuba char kuey teow basah dan harga disini juga murah iaitu RM4 untuk kecil dan RM6 untuk yang besar. Selain char kuey teow, ada juga makanan lain kat sini. Jadi kalau anda nak cari supper yang banyak pilihan makanan, ini mungkin menepati carian anda.

?Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

? 8.30 PM – 5 AM(Selasa – Sabtu), 8.30 AM – 12 AM(Ahad)

4. Padang Brown

Makanan Sedap Penang
Sumber: @davidstloh

 

Makanan Sedap Penang
Sumber: @munafique

Padang Brown adalah astaka yang menjual pelbagai variasi makanan. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang ada disini dan makanan yang popular disini ialah Chelur-Chelur iaitu aneka makanan yang dicucuk pada lidi. Antara pilihan untuk chelur-chelur ialah bebola, sayur-sayuran, udang, sotong dan banyak lagi. Semua makanan ini akan disusun dikeliling tempat merebus makanan tersebut di meja anda! Anda hanya perlu bayar mengikut jumlah lidi dan setiap satu lidi mempunyai warna yang berbeza untuk menentukan harga. Range harga bagi chelur-chelur bermula dari RM2 hingga RM10. Tempat ni memang meriah tambah-tambah lagi di hujung minggu. Jadi pastikan anda datang supper disini bagi merasai sendiri suasana disini.

?Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang

? 4 PM – 12 AM

BACA LAGI: Tempat Menarik di Penang

5. Alan Burger Gurney Corner

Makanan Supper Penang
Sumber: @serene_wenwen

 

Makanan Supper Penang
Sumber: @siangg320

Alan Burger ialah antara burger yang terbaik yang ada di Penang! Rata-rata pengunjung dah datang ke sini sangat berpuas hati dengan kelazatan burger kat sini. Antara top selling kat sini ialah burger kambing dan daging cincang special. Daging cincang special juga dikenali sebagai ‘rojak burger’ kerana daging yang dicincang dan dihidangkan bersama telur, sosej, sos, mayonis dan cheese. Daging cincang special adalah sesuatu yang anda hanya boleh cuba di Alan Burger Corner. Jadi kalau anda nak cuba burger dalam bentuk rojak untuk supper anda, di sinilah tempatnya!

?Gurney Roundabout, 10250 George Town, Pulau Pinang

? 9 PM – Lewat Malam

? 014-250 2228

6. Abu Mamak

Makanan Popular Penang
Sumber: @maftuhatinzainalabidin1110

 

Makanan Popular Penang
Sumber: @popkiatpaiboon

Penangites pasti mengenali Abu, pemilik kedai Abu Mamak ini kerana keramahan dan kecekapan Abu dalam mengira harga makanan pelanggannya. Abu Mamak adalah port yang sesuai jika anda mahukan makanan bergoreng. Maggi goreng kat sini adalah hot selling dimana anda boleh memilih untuk memadankan maggi goreng tersebut bersama ayam goreng, telur atau cheese!

?178, 136, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

? 9 PM – 6 AM, Tutup: Rabu

7. GANI Famous Pasembur

Pasembur Padang Kota
Sumber: @montereymca

 

Pasembur Padang Kota
Sumber: @watie_lentik

Pasembur ialah salad versi Malaysia di mana ia menggabungkan cucur udang, hirisan timun, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya mengikut citarasa anda. Ia dihidangkan dengan kuah kacang. Ini juga adalah makanan yang wajib anda cuba ketika di Penang! Bestnya kalau makan kat sini korang boleh duduk kat open space sambil ditemani angin laut dan bunyi ombak.

?3,Medan Renong,Padang Kota Lama,Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,George Town, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

? 11 AM – 2 AM

8. The Mac’s Penang

Makanan Viral Penang
Sumber: @ainaaaziz__

 

Makanan Viral Penang
Sumber: @iznisyazanaa

Bagi peminat cheese, anda kena berkunjung kesini at least sekali sebab pada kunjungan pertama, anda akan jatuh cinta dan akan datang lagi. The Mac’s Penang ialah gerai yang menyajikan semangkuk Macaroni yang disalut penuh dengan cheese dan rasanya juga sangat superb! Terdapat beberapa pilihan yang anda boleh cuba iaitu Roasted Garlic, Chilli Flakes Chips, The Mac and Cheese dan Mac Me Cheese You.

?Halaman Bukit Gambir, Sunway Bukit Gambier, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

? 6 PM – 12.39 AM, Tutup: Isnin

9. Aris Cheese Naan

Cheese Naan Penang
Sumber: @linglingys

 

Cheese Naan Penang
Sumber: @acikct.ct

Kalau anda teringin cheese naan yang tertarik-tarik cheese dia macam kat RSMY,KL atau Pak Putra,Melaka, jangan pening lagi nak pergi jauh-jauh! Sebab kat Penang pun ada cheese naan macam tu! Makan waktu panas-panas memang sedap giler tambah-tambah cheese kat dalam tu boleh tarik kemain panjang lagi. Kalau nak lagi sedap, boleh order Chicken Cheese Naan atau Beef Cheese Naan dia. Memang marvelous rasa dia!

?PLAZA IVORY, 2-1-23A, Halaman Bukit Gambier, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

? 5.30 PM – 12 AM

? 016-477 5640

BACA LAGI: Makanan Viral di Malaysia 2019

10. Gelaihh Cafe

Makanan Sedap Halal Penang
Sumber: @thefat.burger

 

Makanan Sedap Halal Penang
Sumber: @gelaihh

Gelaih ialah sebutan utara yang bermaksud ‘Gelas’ dan kedai ini menyajikan makanan western dengan harga yang berpatutan dan sangat sedap! Jadi kalau anda nak cari western food di tengah malam, ianya bukan sesuatu yang susah lagi. Antara makanan yang recommended kat sini ialah lamb chop dan chicken grill. Ramai pengunjung bersetuju yang daging kat sini lembut dan blend well dengan black pepper sauce dia. Selain western, laksa kat sini juga sedap tau! Laksa di Gelaihh Cafe digubah dari resepi laksa cina bagi menjamin kehalalan laksa dan memenuhi citarasa masyarakat pada yang sama.

?10 Jalan Sultan Azlan Shah,Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Penang

? 6.30 PM – 12 AM, Tutup: Isnin

? 0197512101

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 10 tempat halal untuk anda supper di Penang. Jadi buat anda yang berada di Penang, jangan biarkan perut anda menangis di malam hari. Jejaki 10 tempat ini untuk anda rasai sendiri keenakkan makanan di Penang walaupun di tengah malam.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close