Tempat Menarik

15 Tempat Menarik di Penang 2019

Trip To Penang?

Penang bukan sahaja dikenali kerana mempunyai pelbagai makanan yang sedap tetapi juga kerana mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Pada tahun 2012, Georgetown telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Kebanyakkan pengunjung datang ke Pulau Pinang untuk merasai makanan-makanan yang telah viral dek keenakkan makanan-makanan tersebut.

Tempat Menarik di Penang

Penang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara ialah syurga makanan bagi Foodie sebenar. Keunikkan masakan di Penang ini adalah dari percampuran bangsa yang ada di Penang sendiri iaitu Melayu, Cina dan India. Namun masakan ini juga dipengaruhi dengan makanan Thailand. Tapi dalam entry kali ini, kita akan fokus kepada tempat menarik yang ada di Penang.

1. The Gravityz Penang

Tempat Menarik Di Penang
Gambar oleh: @rasullshukur
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @leezonghaooo

Beyond Confidence adalah tagline bagi The Gravityz dimana korang dicabar untuk keluar dari comfort zone dan lakukan aktiviti ekstrem ini. Terletak di tingkat 65 dengan ketinggian 239m akan menjanjikan pemandangan yang indah disamping pengalaman yang mendebarkan untuk pengunjung. Kalau korang seorang yang menyukai aktiviti mencabar, The Gravityz adalah satu lokasi yang korang kena kunjungi. Terdapat 6 stesen yang korang kena harungi iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X Point, Z Wire dan G Rocky. Jadi uji keberanian korang dengan mencuba The Gravityz jika korang datang ke Penang.

📍 65 Floor, Jalan Penang, George Town, The top @komtar, 10000 George Town, Pulau Pinang

🕑 10 AM – 7 PM

📞 018-772 2231

🎟️ Standard Price: RM 199, Semak Harga Mengikut Hari dan Masa

2. Escape Theme Park

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @escapemy
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @escapemy

Satu lagi destinasi untuk korang yang sukakan aktiviti lasak ialah Escape Theme Park. Tempat ini merupakan taman tema darat pada mulanya tetapi telah ditambahbaik dimana taman tema air juga telah dirasmikan. Gelongsor air disini juga merupakan gelongsor air terpanjang didunia. Terdapat lebih dari 20 aktiviti yang korang boleh cuba disini dan pastinya harganya sangat berbaloi dengan kesemua permainan dan aktiviti yang disediakan.

📍828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

🕑 10 AM – 6 PM, Tutup:Isnin

📞 04-881 1106

🎟️ Senarai Penuh Harga Tiket

BACA LAGI: Makanan Wajib Cuba di Penang

3. Penang Hill

Sumber: @ross.james7
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @davehooi

Bukit Bendera atau Penang Hill ialah salah satu tempat yang korang wajib kunjungi jika berada di Penang. Kalau korang nak tahu, track kereta api disini ialah track yang paling curam didunia dan kereta api ini telah dinaik taraf iaitu kereta api yang terbaru menggunakan tenaga elektrik dan boleh menampung kira-kira 100 penumpang dalam satu-satu masa. Naik sahaja ke bukit bendera, anda akan teruja dengan suasana yang sejuk dan nyaman diatas. Terdapat beberapa tarikan lain yang korang boleh cuma disini seperti Owl Musuem, Little Village, Earthquake & Typhoon, Love Lock dan juga Henna & Spa.

📍 Perbadanan Bukit Bendera, Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam, 11500 Pulau Pinang, Malaysia.

🕑 6.30 AM – 11 PM

📞 04-8288880

🎟️ Senarai Penuh Harga Tiket

4. The Habitat

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @ve_2302
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @fatboi.ak

The Habitat juga salah satu tarikan yang boleh korang jumpa di Bukit Bendera. Jika selalunya korang lihat pokok dari bawah, kali ini korang berpeluang untuk melihat pokok dari atas. Korang boleh menikmati 360-darjah pemandangan disekitar Pulau Pinang tempat tertinggi di Penang. Bagi pencinta alam semula jadi, inilah tempat yang pasti mengujakan untuk korang nikmati keindahan dan ketenangan alam disini.  Jika korang datang pada waktu petang, korang dapat tengok matahari terbenam yang sangat mengasyikkan disini.

📍 Bukit Bendera, Penang

🕑 9 AM – 7 PM

📞 04-827 2677

🎟️ Senarai Harga Penuh

5. Wonderfood Museum

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @wonderfoodmuseum
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @wonderfoodmuseum

Kalau korang sejenis yang gilakan makanan, tempat yang korang wajib singgah kat Penang semestinya Wonderfood Museum. Bukan setakat makanan biasa, makanan kat sini ialah replika makanan yang bersaiz gergasi dan korang confirm akan teruja untuk tengok kesemua makanan signature Penang yang ada kat sini. Dari laksa, mee kari, char kuey teow, cendol dan macam-macam lagi makanan lain yang akan membuat perut korang kelaparan hanya dengan melihat makanan yang super realistik ni.

📍 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

🕑 9 AM – 6 PM

📞 04-251 9095

🎟️ Warga Malaysia: RM 15 (Dewasa), RM 10 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 25 (Dewasa), RM 15 (Kanak-kanak)

6. 3D Trick Art Museum

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @nicolelagean
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @key_lian

Rasai pengalaman menarik di 3D Trick Art Museum dimana otak korang akan dimanipulasi oleh mata korang! Walaupun hanya sekadar lukisan, semuanya akan kelihatan seolah-olah objek dan persekitaran itu benar-benar wujud! Muzium ini pastinya akan menggembirakan semua orang tanpa mengira faktor usia. Kakitangan disini juga akan bantu korang untuk ambil gambar dan memastikan korang dalam the best pose dan angle supaya gambar korang nampak realistik.

📍 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

🕑 9 AM – 6 PM

📞 04-263 1628

🎟️ Warga Malaysia: RM 15 (Dewasa), RM 10 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 25 (Dewasa), RM 15 (Kanak-kanak)

7. Upside Down Museum

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @chloeroseflatt
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @mokgaajing

Upside Down Museum ialah muzium yang mana semua peralatan yang sepatutnya berada di lantai akan berada di atas kepala korang! Kalau korang belum pernah mengunjungi Upside Down Museum kat tempat lain, pastikan korang datang yang kat Penang ni. Antara port menarik untuk ambil gambar ialah di bilik tidur dan juga ruang tamu. Jangan takut sebab semua peralatan kat sini dah dilekat dan dijamin selamat. Kakitangan disini juga akan bantu korang untuk ambil gambar dan memastikan korang dalam the best pose dan angle supaya gambar korang nampak realistik.

📍 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

🕑 9 AM – 5.30 PM

📞 04-264 2660

🎟️ Warga Malaysia: RM 15 (Dewasa), RM 10 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 25 (Dewasa), RM 15 (Kanak-kanak)

8. Avatar Secret Garden

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @haikalirfanamir
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @syafiqahazizam

Rasai pengalaman seperti didunia fantasi filem Avatar di Penang! Taman cahaya ni sangat cantik tambah-tambah lagi kalau korang datang pada waktu malam. Lampu akan bertukar-tukar warna dan digantung tinggi dari pokok yang besar. Korang mesti akan terpegun melihat keindahan kat tempat ni dan semestinya tempat ini adalah salah satu port kalau korang nak bergambar. Keadaan disini agak gelap jadi kalau korang nak bergambar, gunakan lampu pada smartphonr korang untuk memberi cahaya secukupnya.

📍 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

🕑 8 AM – 12 AM

🎟️ RM 1

9. Kek Lok Si Temple

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @abenhezryl_
Sumber: @rociog.vega

Kek Lok Si Temple juga dikenali sebagai Temple of Supreme Bliss yang bermaksud Kuil Kebahagian Agung. Kek Lok Si Temple merupakan kuil Buddha terbesar dia Asia Tenggara dan sangat popular dikalangan penganut Buddha kerana lokasi kuil ini memiliki kesemua elemen ‘feng shui’ untuk sebuah kuil. Tarikan utama di Kek Lok Si Temple ini ialah pada 7 tingkat Pagoda 10,000 Buddha yang menggabungkan elemen Cina, Thailand dan Burma. Bagi korang yang sukakan sejarah dan berminat untuk mengetahui sosiobudaya lain, Kek Lok Si adalah salah satu destinasi yang boleh korang kunjungi.

📍 1000-L, Tingkat Lembah Ria 1, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

🕑 9 AM – 6 PM

🎟️ RM 2

10. Street Art

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @n.a.l.i_wonderland
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @dosmochilasenruta

Ambil topi dan cermin mata hitam korang dan bersedia untuk pengembaraan disekitar bandar Georgetown yang indah. Street Art ialah mural-mural yang dilukis di sekitar bandar Georgetown. Terdapat lebih kurang 14 mural yang berada di kawasan berbeza dan korang boleh anggap ini sebagai mini treasure hunt untuk korang mencarinya sama ada dengan berjalan kaki mahupun menyewa basikal. Walaupun dengan cuaca panas, Street Art confirm akan jadi antara kenangan terindah korang sepanjang bercuti ke Pulau Pinang.

📍 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

🕑 24 Jam

🎟️ Percuma

11. Project Rock Penang

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @projectrockpenang
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @shoutrageous

Bagi korang yang sukakan aktiviti rock climbing, korang boleh berkunjug ke Project Rock Penang iaitu Rock Climbing Gym pertama di Penang. Beginner mahupun expert, route ini pasti akan memberi cabaran kepada korang dan pastinya ini adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan disamping menjadikan badan korang lebih sihat! Jadi kalau korang nak cuba sesuatu yang lain ketika bercuti, ini adalah salah satu tempat yang korang boleh kunjungi.

📍 1st Floor, 20 Lebuh Lembah Permai 4, Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Penang

🕑 1 PM – 9 PM (Selasa & Rabu), 1 PM – 10 PM(Khamis & Jumaat), 9 AM – 7 PM (Sabtu & Ahad)

📞 012-415 0573

🎟️ Senarai Penuh Harga

BACA LAGI: Makanan Sedap di Cameron Highland

12. Road Walk

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @hzmnsh
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @maryafateha

Rope Walk dan Lorong Kulit ialah nama lain bagi Road Walk yang merupakan pasar bagi barangan unik dan rare di Penang dan dah beroperasi sejak tahun 80-an. Bagi peminat barangan antik dan rare, inilah syurga untuk korang terjah dan jejaki barangan yang korang suka. Dari buku-buku lama, piring hitam hingga ke album lama, semuanya ada disini. Kebanyakkan peniaga kat sini hanya berniaga diatas tar dan dilapik canvas tetapi semua barang kat sini sangat rare dan boleh juga dibeli untuk dijadikan buah tangan.

📍 10460 George Town, Penang

🕑 7 AM – 2 PM

13. Tropical Spice Garden

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @thewanderlustingexpat
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @tsgcookingschool

Tropical Spice Garden adalah salah satu hidden gem di Penang dimana anda akan menjumpai taman didalam hutan! Korang boleh menerokai tempat ini dengan menggunakan Audio Tours atau Guided Tours dimana korang akan diterangkan tengtang tempat-tempat disini. Suasana yang tenang dan harmoni ini akan memberikan korang ultimate satisfaction. Tempat-tempat disini jugak sangat instagrammable dan pasti akan membuat korang jatuh cinta dengan alam semulajadi.

📍 Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang

🕑 9 AM – 6 PM

📞 04-881 1797

🎟️ Semak Harga Penuh

14. Little India

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @dereklooch
Tempat Menarik Di Penang
parisgzl_

Berjalan di Little India seolah-olah melancong ke Delhi dimana korang akan merasai pengalaman dimana lagu Bollywood dipasang disepanjang jalan dan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis baju tradisional India dan barangan India dikiri dan kanan jalan. Kalau korang ingin membeli rempah-ratus asli masakan kari, inilah lubuk yang korang boleh singgah dan mencarinya.

📍  Lebuh Pasar, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

🕑 8 AM – 9.45 PM

15. Clan Jetty

Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @carlosberruezo
Tempat Menarik Di Penang
Sumber: @bobzerang

Untuk instagrammer, ini satu lagi port untuk korang bergambar ketika bercuti di Penang. Jeti kayu dan juga sebuah rumah kecil di hujung jeti menjadikan tempat ini sangat cantik dan sesuai untuk korang bergambar diatasnya. Terdapat juga kedai-kedai kecil yang menjual cenderamata berhampiran dengan Chew Jetty.

Tips: Elakkan datang sewaktu air surut.

📍 Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

🕑 9 AM – 9 PM

Disclaimer: Harga yang dipaparkan adalah harga semasa artikel ini ditulis. Jika anda seorang pelajar, bawa bersama kad pelajar anda untuk nikmati lebih diskaun di tempat-tempat terpilih.

Jom Pergi Pulau Pinang

Penulis telah menyenaraikan 15 tempat menarik disekitar Penang yang anda boleh kunjungi ketika anda melancong ke Penang. Semoga artikel ini membantu anda untuk merancang sebuah percutian yang bermakna di Penang.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close