Tempat Menarik

10 Tempat Menarik di Selangor 2019

Jalan-jalan Makan Angin!

Selangor Darul Ehsan adalah negeri yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selat Melaka. Kedudukan negeri Selangor yang strategik menjadikan negeri ni banyak tempat yang menarik yang boleh korang terjah dan terokai!

10 Tempat Menarik di Selangor

Nak tahu tempat menarik apa yang ada kat Selangor ni? Jom baca 10 tempat menarik di sekitar negeri Selanngor yang korang kena terjah pada tahun 2019.

1. Batu Caves

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @maychoong
Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @cyncynti

Batu Caves ialah bukit batu kapur yang merupakan tapak keagamaan bagi penganut agama Hindu. Tempat ini sangat meriah terutamanya ketika musim perayaan Thaipusam. Untuk sampai ke puncak Batu Caves, korang kena daki 272 anak tangga. Apa yang menariknya, tangga kat sini berwarna-warni dengan tona warna yang sangat menarik. Kalau korang datang sini, memang banyaklah port untuk korang bergambar untuk #OOTD korang! Tangga yang dicat dengan gaya Ombre ini berjaya mendapat perhatian dari penduduk tempatan dan pelancong asing untuk berkunjung ke Batu Caves ni. Jadi korang jangan tunggu lama-lama okay?

📍 Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

🎟️ Percuma

2. Sunway Lagoon

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @findme_you

Mempunyai lebih dari 80 jenis tarikan disini, tidak hairanlah kalau Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang sangat popular di Malaysia dan juga luar negara. Taman tema air yang berkeluasan 88 ekar ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park. Tempat ini memang sangat luas dan korang mungkin tak sempat untuk terokai semua tempat dalam satu hari! Walaupun harga Sunway Lagoon ni agak pricey, tetapi memandangkan ia mempunya banyak station dan tarikan yang menarik, tempat ni memang sentiasa meriah lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolahan. Tetapi korang jangan risau sebab untuk warganegara, boleh dapat potongan kalau korang bawak MyKad dan MyKid.

📍 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

🕑 10 AM – 6 PM

📞 +603 5639 0000

🎟️ Senarai Harga Penuh

BACA LAGI: Makanan Sedap di Kuala Lumpur

3. i-City

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: i-City

i-City yang juga dikenali sebagai The No. 1 Technology Station City memang sangat terkenal dengan kemeriahan limpahan lampu yang cantik pada waktu malam. Tetapi bukan itu sahaja tarikan yang ada kat sini. Tempat ini juga mempunyai tarikan lain yang korang boleh kunjungi. 10 tempat menarik dalam satu bandar yang pasti akan membuatkan percutian korang lebih sempurna!

#1 Waterworld i-City

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @icitymalaysia

Wajib cuba Tornado Ride. Pertama dia Asia Tenggara!

🕑 11 AM – 7 PM (Isnin-Jumaat), 10 AM – 7 PM (Sabtu-Ahad & Cuti Persekolahan)

Tutup: Selasa(Kecuali Cuti Persekolahan)

#2 SnoWalk

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @icitymalaysia

Larikan diri dari terik matahari dan rasai pengalaman bermain salji di Malaysia!

🕑 11 AM – 12 AM (Isnin-Jumaat), 10 AM – 12 PM (Sabtu-Ahad)

#3 Red Carpet

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @faiketluari

Korang dah boleh jumpa artis kegemaran korang di Malaysia dan ambil gambar dengan mereka selama mana yang korang nak! Red Carpet 2 juga telah dibuka dan lebih ramai selebriti menanti korang!

🕑 2 PM – 10 PM (Isnin-Jumaat), 10 AM – 10 PM (Sabtu-Ahad & Cuti Umum & Cuti Persekolahan)

#4 Itsy Bitsy

Rasai pengalaman menaiki rides di pelbagai stesen yang pasti menawarkan pelbagai pengalaman menarik!

🕑 5 PM – 12 PM (Isnin-Khamis, Ahad), 5 PM – 1 AM (Jumaat – Sabtu)

#5 City of Digital Light

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @noor_surayarazali

Take out your camera and get ready to pose! Selain limpahan lampu yang cantik, korang juga boleh menaiki pelbagai rides yang ada disini.

🕑 5 PM – 12 PM (Isnin-Khamis, Ahad), 5 PM – 1 AM (Jumaat-Sabtu)

#6 House of Horror

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @gillian_patrick

Hantu di dalam bandar? Inilah tempat bagi korang yang sukakan elemen mistik!

🕑 5 PM – 12 PM (Isnin-Khamis, Ahad), 5 PM – 1 AM(Jumaat-Sabtu)

#7 5D Cinema

Bukan sekadar menonton, kini anda juga boleh memasuki dan merasai pengalaman menonton wayang secara live!

🕑 5 PM – 12 PM (Isnin-Khamis, Ahad), 5 PM – 1 AM (Jumaat-Sabtu)

#8 Trick Art Museum

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @thrinx_nbilxh

Rasai pengalaman berada di zaman kuno Trompe L’oeil dengan

🕑 5 PM – 12 PM (Isnin-Khamis, Ahad), 5 PM – 1 AM (Jumaat-Sabtu)

#9 Space Mission

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @angelray8

Naik ke kapal angkasa dan bersedia untuk berlepas ke angkasa lepas dan lalui pelbagai rintangan termasuk hujan meteor!

🕑 5 PM – 12 PM (Isnin-Khamis, Ahad), 5 PM – 1 AM (Jumaat-Sabtu)

#10 Fitness Junior

Siapkan anak korang untuk gaya hidup sihat dengan pelbagai aktiviti yang akan memberi ledakkan adrenalin pada mereka!

🕑 5 PM – 12 PM (Isnin-Khamis, Ahad), 5 PM – 1 AM (Jumaat-Sabtu)

📍 Persiaran Multimedia 40000 i-City Shah Alam ,Selangor, Malaysia

Maklumat menjut mengenai i-City:

📞 +603 5521 8800

🎟️ Senarai Harga Penuh dan Promosi

BACA LAGI: Cafe untuk Instagrammer di KL

4. Pantai Morib

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @wangzarul

Pantai Morib merupakan pantai yang sangat popular bagi warga kota untuk berekreasi bersama keluarga mahupun anak-anak. Bagi penduduk tempatan, terdapat dua bahagian Pantai Morib iaitu Pantai Morib Baru dan Pantai Morib Lama. Pantai Morib Baru lebih sesuai untuk aktiviti pantai seperti bermain di gigi air atau bermain layang-layang manakala Pantai Morib Lama lebih terkenal dengan tempat makannya. Terdapat pelbagai kemudahan asas tersedia disini seperti surau, tandas, taman permainan kanak-kanak dan dataran. Jadi kalau korang nak bersantai dengan susana pantai, inilah tempat yang sesuai untuk korang kunjungi.

📍 Morib, 42700 Banting, Selangor

🎟️ Percuma

5. Bukit Broga

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @aslothstravelguide
Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @yizuang

Bagi anda yang sukakan aktiviti yang sihat, mendaki Bukit Broga adalah satu aktiviti yang korang boleh lakukan jika berada di Selangor. Bagi geng hikers, tak sah kalau tak pernah daki Broga ni. Kalau korang nak melihat matahari terbit, korang perlu mendaki seawal 6.30 pagi kerana perjalanan ke atas memakan masa hampir 30 minit. Pastikan korang bawa lampu suluh sebab tak ada lampu yang disediakan disini. Walaupun perjalanan untuk daki Bukit Broga ni curam dan memenatkan, sebaik saja sampai korang akan jatuh cinta dengan permandangan dari ketinggian 400m dari paras laut. Dengan ketinggian ini, semua orang boleh mendaki walaupun belum ada pengalaman mendaki sebelum ini.

📍Broga, 71750 Semenyih, Selangor

🎟️ RM 1

6. Trampoline Park

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @elcmalaysia
Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @sujin717171

Mengikut kajian oleh NASA, melompat 10 minit di trampolin bersamaan dengan berlari dalam jangka masa 30 minit. Ini bermakna trampolining adalah 68% lebih berkesan daripada berlari dan memberikan faedah yang sama dalam jangka masa yang lebih pendek. Jadi jika korang mencari aktiviti yang menarik dan sangat mengujakan untuk dicuba, Trampoline Park adalah salah satu dari tempat yang korang boleh kunjungi. Bukan sahaja untuk bersuka ria, malah korang juga boleh menyihatkan tubuh badan pada masa yang sama!

📍 LG 011, The Club, No 1 Club Drive, Persiaran Bukit Utama,, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

🕑 10 AM – 7 PM (Isnin), 3 PM – 9 PM (Selasa), 10 AM–9 PM (Rabu- Jumaat), 9 AM – 9 PM (Sabtu-Ahad)

📞 03-7733 4090

🎟️ Senarai Harga Penuh

7. Tadom Hill Resorts

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @tadomhillresorts
Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @tadomhillresorts

Jika korang bercuti ke Selangor, jangan lepaskan peluang untuk memilih Tadom Hill Resorts sebagai tempat penginapan anda. Dengan suasana yang sangat cantikdan tenang umpama berada di perkampungan orang asli! Terdapat juga tasik yang korang boleh buat aktiviti air. Kalau korang taknak datang untuk bermalam, korang juga boleh datang dengan one day pass untuk bermain di tasik!

📍No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

📞 012-522 5908

🎟️ Dewasa: RM20 (Hari Bekerja) , RM23 (Hujung Minggu), RM25 & RM28 (Peak Seasons)

🎟️ Kanak-kanak: RM15 (Hari Bekerja) , RM18 (Hujung Minggu), RM20 & RM22 (Peak Seasons)

8. Sky Simulator

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @fatinnabilahmusa
Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @skysimulator

Nak jadi pilot tapi dah terlambat? Atau ada anak-anak yang ingin menjadi juruterbang? Rasai pengalaman mengemudi kapal terbang didalam kokpit pesawat sebenar! Walaupun hanya simulasi, tetapi korang akan rasa seperti benar-benar sedang membawa kapal terbang. Simulator yang digunakan adalah simulator 737NG yang sebenar dan ini juga adalah simulator bagi bakal juruterbang!

📍 LG-05, eCurve Mall, LG Floor, e@curve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

🕑 10.30 AM – 10.30 PM

📞 03-7733 4737

🎟️ Senarai Harga Penuh

BACA LAGI: MyKori Cafe Dessert Halal Jepun

9. Sky Mirror

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @skymirrormalaysia
Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @skymirrormalaysia

Sky Mirror ialah kawasan yang luas dan sangat cantik kerana kawasan yang air surut kelihatan seolah-olah cermin dengan pantulan biru langit di permukaan air. Kawasan luas ini juga kelihatan seolah-olah tempat yang infiniti keluasannya. Untuk sampai kesini, korang pelu menaiki bot yang perjalanannya memakan masa hampir 30 minit dari Jeti Sungai Buluh di Jeram, Kuala Selangor. Fenomena ini hanya berlaku 10 hari dalam sebulan dan pada waktu yang berbeza! Kalau korang berminat untuk pergi kesini, korang perlu membuat tempahan dan tiada walk-in disediakan bagi ke Sky Mirror. Ada beberapa agensi yang menyediakan khidmat ini antaranya ialah Adventoro dan Sky Mirror Tour & Travel.

📍 15, 3, Jalan Yu 1, Taman Yu, 45800 Jeram, Selangor

🕑 6.30 AM – 7 PM

🎟️ Bergantung pada agen yang dipilih

10. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @djimalaysia
Tempat Menarik di Selangor 2018
Sumber: @lilia_de_lyon

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ialah adalah masjid yang terbesar di Malaysia, dan yang kedua besar di Asia Tenggara, selepas Masjid Istiqlal di Jakarta. Dengan rekaan yang sangat cantik, masjid ini juga menjadi destinasi lawatan untuk mereka yang bukan beragama Islam.

📍 Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

📞 03-5519 9988

🎟️ Percuma

Disclaimer: Semua harga yang dipaparkan adalah mengikut harga semasa artikel ini ditulis dan harga semasa cuti umum mungkin lebih mahal.

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 10 tempat menarik di Selangor yang anda boleh kunjungi. Baik pengalaman di desa mahupun bandar, Selangor menawarkan pelbagai aktiviti buat anda sekeluarga. Semoga senarai ini membantu anda untuk merancang percutian yang lebih bermakna.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close