Tempat Menarik

10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur 2019

No More Boring Weekend!

Kuala Lumpur ialah bandar yang terbesar di Malaysia dan berperanan sebagai ibu negara bagi Malaysia. Sebagai bandar metropolitan yang semakin maju, terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh korang kunjungi kalau datang ke Kuala Lumpur. Jom tengok 10 tempat yang korang boleh pergi dan lawati yang kebanyakannya percuma!

10 Tempat Menarik di KL

Warga kota dah tak payah pening-pening lagi kalau nak keluar berjalan waktu hujung minggu sebab dalam KL pun banyak tempat best yang korang boleh terjah. Berbekalkan sedikit kesabaran menghadap jammed, korang akan dapat pengalaman yang sangat menarik.

1. Changkat Bukit Bintang

Sumber: @pepebond8

 

Sumber: @leminhnhut021285

Calling for Instagrammer! Changkat Bukit Bintang adalah tempat yang korang kena pergi untuk koleksi gambar di Instagram korang. Tempat ini mempunyai lukisan mural yang sangat cantik dan penuh warna-warni! Semua lukisan ini dilukis oleh pelukis tempatan sekaligus mengubah lorong ini menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar. Terdapat juga ‘marker’ untuk korang berdiri untuk dapatkan gambar yang cantik lagi perfect!

 50200 Bukit Bintang, Kuala Lumpur (Lorong sebelah Replica Inn)

 24 Jam

 Percuma

BACA LAGI: Makanan Sedap di KL

2. Thean Hou Temple

Sumber: @nuriaalos

 

Sumber: @zehravictoria

Malaysia memang terkenal dengan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama. Melawat tempat ibadat agama lain bukanlah sesuatu yang pelik kat Malaysia. Tempat ini telah tersenarai sebagai salah satu Tokong Cina yang terbesar di Asia Tenggara dan tokong ini dibina untuk Thean Hou iaitu Dewi Syurga. Di bahagian dalam tokong ini, korang boleh tengok patung besar Dewi Thean Hou bersama Dewi Laut dan Dewi Belas Ehsan. Selain itu, terdapat juga Taman Herba Perubatan, Telaga Hajat serta Kolam Kura-kura.

Lebuh Muntri, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

 9 AM – 6 PM

 +603 2274 7088

 Percuma

3. District 21

Sumber: @xchacmx

 

Sumber: @mayahanannn

Siapa cakap dah jadi dewasa tak boleh bergembira macam zaman kanak-kanak? Di District 21, dari kanak-kanak, remaja bahkan orang dewasa boleh bersuka ria disini! Walaupun harganya tidak begitu murah, tetapi harga ini sangat berpatutan dengan pelbagai aktiviti yang korang boleh cuba disini. Antara aktiviti yang ada disini ialah Go-Pedal, Pump Track, Low Ropes,Power Station, Launch Pad, Free Fall, Sky Trail, The Maze, Roller Glider dan Tubby Ride. Kalau korang sukakan cabaran dan ledakan adrenalin dalam tubuh korang, ini tempat yang sesuai untuk korang pergi!

 AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

 12 PM – 8 PM(Isnin-Jumaat), 10 AM – 8 PM(Sabtu-Ahad)

 03-8328 8888

 RM 64(Isnin-Jumaat), RM80(Sabtu-Ahad)

4. KL Forest Eco Park

Sumber: @planningaround

 

Sumber: @mmckel

Apa kata lari sebentar dari kesesakan bangunan tinggi dan pencemaran karbon dioksida dan pergi ke KL Forest Eco Park. Tempat ini juga dikenali sebagai ‘green lung’ kerana berada di tengah-tengah bandar metropolitan dan hutan ini merupakan hutan simpan paling tua di Semenanjung Malaysia. Terdapat titi gantung yang korang boleh naik untuk melawat sekitar hutan ini. Kalau korang datang pada waktu pagi, udaranya lebih segar dan nyaman kerana cuaca yang sejuk. Tempat ini juga sesuai untuk korang bergambar dengan suasana yang redup dan terlindung dari terik matahari.

 Lot 240, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 7 AM – 8 PM

 03-2020 1606

 Percuma

5. Pasar Seni

Sumber: @akmalidrus

 

Sumber: @meeij29

Kalau korang menyukai kraftangan dan pelbagai seni tempatan, Pasar Seni adalah tempat yang korang boleh kunjungi. Selain membeli buah tangan, korang juga boleh cuba pelbagai aktiviti kebudayaan disini seperti mencanting batik, membuat kolam dan juga menyaksikan pelbagai aktiviti kebudayaan lain disini.

Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 10 AM – 6.30 PM

 1300-22-8688

 Percuma

6. Taman Tasik Titiwangsa

Sumber: @xchacmx

 

Sumber: @juniorchy

Bagi korang yang ingin menenangkan fikiran, korang boleh berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa. Taman di tengah-tengah kota ini merupakan tempat yang popular bagi warga kota. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan disini ialah bermain Paddle Boat atau Unexs waterball. Terdapat juga kemudahan seperti trek jogging dan taman permainan kanak-kanak. Jadi jika anda ingin melakukan aktiviti rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa adalah pilihan yang tepat.

 Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

 24 Jam

 Percuma

BACA LAGI: Cafe Best di KL

7. Jalan Tuanku Abdul Rahman

Sumber: @thisisyeoy

Jalan TAR bukanlah sesuatu yang asing lagi buat warga kota. Lebih-lebih lagi ketika menjelang musim perayaan. Dari pakaian, kasut, hingga ke makanan, semuanya ada di Jalan TAR. Bagi anda yang suka untuk shopping mahupun window shopping, tempat ini sangat sesuai untuk anda kunjungi ketika hujung minggu.

Lorong Tuanku Abdul Rahman 5 City Centre 50100 Kuala Lumpur

 5 PM – 11 PM (Sabtu)

 Percuma

8. Indoor Games Berjaya Times Square

Sumber: @Berjaya Times Square

 

Sumber: @win_win_win

 

Sumber: @catherine_and_oliver

Bagi korang yang ada anak kecil, Berjaya Times Square menawarkan taman tema indoor yang terbesar di Malaysia kalau korang tak mahu pergi ke tempat yang jauh atau risau akan kepanasan. Taman tema ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Fantasy Garden dan Galaxy Station dan setiap bahagian mempunyai lebih kurang 20 stesen yang korang boleh cuba.

Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

 10 AM – 10 PM

 +603 2117 3118

 Senarai Harga Penuh

BACA LAGI: Dessert Jepun Halal di KL

9. Sky Bridge KLCC

Sumber: @aqilahsy

 

Sumber: @codaecs

Menara Berkembar PETRONAS adalah mercu tanda atau ikon bagi Malaysia dan tempat ini telah dikenali di serata dunia.  Jika sebelum ini korang hanya selfie atau melihat Menara Berkembar PETRONAS dari bawah, apa kata kalau korang cuba untuk lihat Kuala Lumpur dari tingkat 41 bangunan ini. Untuk pengatahuan korang, hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari jadi anda perlu berbaris dan mendapatkan tiket anda di kaunter. Kaca di bangunan ini diperbuat daripada magnifying glass jadi anda dapat lihat suasana dibawah dengan lebih jelas.

 Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, 50088, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 9 AM – 9 PM(Selasa-Ahad), Rehat: 1 PM – 2.30 PM(Jumaat), Tutup: Isnin, Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha

 +603 2331 8080

 Warga Malaysia: RM 30 (Dewasa), RM 15 (Kanak-kanak), RM 15 (Warga Emas)

 Pelancong Luar:  RM 85 (Dewasa), RM 35 (Kanak-kanak), RM 45 (Warga Emas)

10. Dataran Merdeka

Sumber: @anthony_hgx

 

Sumber: @trangrabbit

Dataran Merdeka adalah tempat dimana laungan ‘Merdeka’ telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Federasi Malaya dinaikkan pada tengah malam 31 Ogos 1957. Tempat ikonik ini menjadi lokasi wajib untuk pelancong asing datang dan bergambar. Korang dapat lihat senibina klasik bangunan ini berlatarbelakangkan bangunan moden dan pencakar langit di Kuala Lumpur. Ini juga adalah tempat yag sangat sesuai untuk korang bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

 Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

 24 Jam

 03-2693 7905

 Percuma

Disclaimer: Semua harga yang dipaparkan adalah mengikut harga semasa artikel ini ditulis dan harga semasa cuti umum mungkin lebih mahal.

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 10 tempat menarik yang anda boleh lawati semasa di Kuala Lumpur. Anda boleh memilih tempat yang anda suka berdasarkan bajet anda kerana kebanyakkan tempat adalah percuma untuk dilawati! Semoga senarai ini membantu anda untuk merancang percutian yang lebih bermakna!

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *