Tempat Menarik

Homestay Dengan Kolam Renang di Utara

Yeay! Mandi Kolam!

Cuti persekolahan hujung tahun bakal tiba tak lama lagi. Mesti mak ayah dah mula fikir nak ambil cuti untuk bawa anak-anak bercuti kan? Bagi yang akan bercuti dan melancong, mesti mencari hotel ataupun homestay adalah proses yang sangat penting. Jom tengok homestay di utara Malaysia yang menyediakan kemudahan kolam renang untuk pengunjungnya.

Homestay Berkolam Renang di Utara

Sesetengah orang, bercuti bersama keluarga dekat pun tak apa. Yang penting bonding dan aktiviti waktu percutian tu menarik. Antara tempat yang dekat tapi best kalau nak pergi dekat-dekat mestilah cari homestay yang ada kolam renang! Anak-anak la yang paling happy kalau dapat homestay yang ada pool ni sebab time tu je la nak berendam 24 Jam pun dalam tu tak kena marah. Lagi-lagi kalau dapat homestay yang private pool. Jom tengok homestay yang ada kolam renang di Utara.

Pulau Pinang

1. Bao Sheng Durian Farm

Gambar dari @junaidahzairus
Gambar dari Mr. Bao Sheng
Gambar dari @jacobwhipcream

Membaca sahaja nama homestay ini pasti anda sudah boleh membayangkan suasana tenang dikelilingi dusun durian. Terdapat 3 pakej yang anda boleh pilih iaitu Durian Season dengan penginapan atau tanpa penginapan dan Non-Durian Season. Semasa Durian Season, anda boleh menikmati segar terus dari dusun durian! Apa yang menarik, semua penginapan disini mempunyai kolam renang dan anda boleh pilih private pool jika anda mahukan privasi atau sedang menghadiri hari keluarga. Air kolam disini juga berasal dari air bukit yang sangat sejuk dan nyaman.

📍 150 Mk2 Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Penang, Pulau Pinang

📞 +6012-411 0600 / +6012-401 0800

🔗 Bao Sheng Durian Farm

BACA LAGI: 30 Makanan Sedap di Penang

2. Malihom Private Estate

Gambar dari @kellylayna
Gambar dari @talktonatasha
Gambar dari @ju_sp

Bagaikan satu perkampungan yang sangat indah didalam hutan ialah ayat yang sangat sesuai untuk menggambarkan Malihom. Malihom mempunyai rekaan bangunan yang sangat cantik dan klasik. Anda pasti akan tertawan dengan suasana di Malihom yang nyaman. Kecantikkan di Malihom juga sangat sesuai untuk sesi fotografi. Anda juga boleh menikmati durian segar terus dari dusun jika anda berkunjung semasa musim durian!

📍 Kiri N/T 168, Bukit Penara, Mukim 6 Balik Pulau, 11000 Penang

📞 04-261 0190

🔗 Malihom Private Estate

3. Batu Ferringhi Homestay

Gambar dari Batu Ferringhi Bungalow Homestay
Gambar dari Batu Ferringhi Bungalow Homestay

Batu Ferringhi homestay menawarkan dua pilihan utama kepada pengunjung iaitu Banglo dengan fasiliti BBQ dan juga VVIP Unit Apartment dengan fasiliti kolam renang. Rata-rata pengunjung yang telah menginap dengan Kak Ida ni sangat berpuas hati dengan layanan dan tahap kebersihan di Batu Feringghi Homestay ni!

📍 Jalan Sungai Emas, Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysia

📞  017-4378973 / 017-5959756

🔗 Batu Ferringhi Homestay

4. Legend Bungalow Homestay

Gambar dari Legend Bungalow HomeStay
Gambar dari Legend Bungalow HomeStay
Gambar dari Legend Bungalow HomeStay

Impikan tinggal di banglo serba mewah? Di Legend Bungalow Homestay, anda mempunyai 4 pilihan rumah banglo yang mewah dan mempunyai kolam renang yang cantik dan sangat sesuai untuk sebarang majlis bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Sebaik sahaja anda melangkah, anda akan rasakan bagai dirumah sendiri kerana keramahan pemilik rumah dan suasana yang sangat welcoming.

📍 61,Lilitan Sungai Emas, Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysia

📞 012-442 3166

🔗 Legend Bungalow Homestay

BACA LAGI: 10 Supper Halal di Penang

5. ArteS Penang Homestay

Gambar dari @makanmaintengok
Gambar dari @ts_ting96
Gambar dari @mimie_mk_28

Terletak di bangunan yang sangat menarik dan unik di Pulau Pinang, homestay ini antara pilihan terbaik jika anda ingin mencuba pengalaman baru dengan gaya hidup urban. ArteS menawarkan private lift yang akan membawa anda terus ke tempat penginapan anda! Apa yang lebih menarik, ArteS merupakan hanging Jacuzzi pertama di dunia dengan permandangan di sekitar bandar yang sangat menarik. Kolam renang disini ialah infinity pool yang juga mempunyai tiga lapisan yang pasti membuat anda tidak mahu keluar dari kolam!

📍 3-P1-2, Persiaran Bukit Gambir, 11700, Bayan Lepas, Penang

📞 012-5906588

🔗 ArteS

6. Hnz Homestay Penang

Gambar dari Hnz Homestay Penang

Hnz Homestay menawarkan swimming pool yang luas disepanjang kawasan homestay dan anda boleh mandi-manda hingga larut malam. Hnz homestay ini juga sangat sesuai untuk aktiviti keluarga mahupun aktiviti team building. Homestay ini terletak di Permatang Pauh iaitu disebelah seberang Pulau Pinang berdekatan dengan UiTM Permatang Pauh dan Politeknik Seberang Perai.

📍 1245 Kg Belah Dua, Permatang Pauh, 13500 Bukit Mertajam, Penang Island

📞  010-3984067

🔗 Hnz Homestay

Kedah

1. Salak Denai

Gambar dari SALAK DENAI CHALET
Gambar dari SALAK DENAI CHALET

Jika tempat lain chalet didatangkan dengan kolam, tetapi di Salak Denai, kolam yang didatangkan dengan chalet. Macam mana ianya boleh terjadi? Ini kerana setiap chalet di Salak Denai mempunyai kolam persendirian tersendiri dimana saiz kolamnya juga besar! Tempat ini sangat sesuai untuk anda bercuti dan merehatkan minda dari bebanan kerja kerana suasana yang tenang disini serta limitation terhadap penggunaan internet kerana kawasannya sukar mendapat liputan.

📍 Jln Peranginan Batu Hampar, 06900 Yan, Kedah

📞 0125376151

🔗 Salak Denai

2. Amaya Pool Homestay Sungai Petani

Gambar dari Amaya Pool Homestay Sungai Petani
Gambar dari Amaya Pool Homestay Sungai Petani

Dengan hiasan ala English, Amaya Pool Homestay ini semestinya antara pilihan terbaik sekiranya anda ingin berkunjung ke Kedah. Segala kelengkapan di homestay dua tingkat ini lengkap dan akan membuat anda rasa bagai di rumah sendiri! Selain kolam mandi, terdapat juga floating gazebo yang dikelilingi air untuk anda yang tidak mahu mandi. Bukan itu sahaja, terdapat juga kids corner yang akan memberi keseronokkan maksima untuk anak-anak anda dan memberi peluang untuk anda berehat pada masa yang sama.

📍 61, Jalan Anggerik 1/2, Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

📞 019-4761477

🔗 Amaya Homestay

3. Anjung Menjaro @ Teratak Ayahanda

Gambar dari Anjung Menjaro Resort Titi Hayun
Gambar dari Anjung Menjaro Resort Titi Hayun

Kalau di tempat lain air kolam dari air paip dan menggunakan klorin untuk memutihkan air, di Anjung Menjaro, kolam disini mengunakan sumber air sungai asli yang sangat menyegarkan. Homestay di Anjung Menjero mengetengahkan konsep kampung dan pasti akan menenangkan fikiran dan mengujakan anak-anak anda.

📍 Kampung Titi Hayun,, 06900 Yan, Kedah

📞019-599 6099

🔗 Anjung Menjaro

BACA LAGI: Makanan Sedap di Kedah

4. Chalet Rimbun Hijau

Gambar dari Chalet Rimbun Hijau
Gambar dari Chalet Rimbun Hijau

Chalet Rimbun Hijau hanya menerima satu group atau satu keluarga sahaja buat satu-satu masa dan mempunyai 3 buah kolam dan 5 bilik. Tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi untuk aktiviti keluarga mahupun rakan-rakan. Sebuah kolam dikhaskan untuk kanak-kanak manakala dua buah kolam lagi untuk orang dewasa yang akan buat anda rasa macam nak mandi kolam sampai malam! Kecantikkan di Rimbun Hijau ni tak dapat disangkal lagi sampai ada orang buat majlis kahwin kat situ.

📍 Jalan Batu Hampar, Yan, Kedah

📞 012-510 8191

🔗 Chalet Rimbun Hijau

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 10 buah homestay yang mempunyai kemudahan kolam renang di Penang dan Kedah. Dari sharing pool ke private pool dengan pelbagai konsep semuanya ada disini!

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close