Makanan

30 Makanan Menarik Di Pulau Pinang Anda Mesti Cuba

Food Hunting Mood: ON

Nak cuba makan best,sedap dan menarik kat Penang tapi tak tau nak pergi mana?Jangan risau sebab kami akan bantu anda dari breakfast,lunch,dinner dan juga supper! Semua ada, khas untuk anda. Tahukah anda makanan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai makanan ketiga terbaik di dunia oleh VirtualTourism.com pada tahun 2016? Sebut sahaja Pulau Pinang pasti semua orang sudah membayangkan keenakkan makanan di sini atau sudah terhidu aroma nasi kandar yang pasti membuat semua berasa lapar.

30 Makanan Menarik Di Pulau Pinang

Bagi yang belum pernah berkunjung ke Pulau Pinang, jangan risau. Ikuti 30 senarai makanan ini dan percutian anda ke Pulau Pinang pasti akan menjadi kenangan terindah! Tak kisah anda bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, makanan ini pasti menggembirakan semua!

Sarapan Pagi

1. Ali Nasi Lemak

Sumber; @connieconsumes

Untuk orang Malaysia sejati yang tak boleh berpisah dari nasi tu, korang kena try nasi lemak ni. Nasi lemak ni confirm lain dari yang korang pernah makan. Nasi panas-panas, sambal banjir, makan pula atas daun pisang mesti tak menyesal kalau cuba.

Alamat: Sri Weld Food Court, Beach St, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 7 am-4 pm, (Sabtu | 7am-12pm), Tutup: Rabu&Ahad

2. Roti Jala Teluk Bahang

Sumber: @raymundyeoh

Biasa kalau makan roti jala mesti yang lipat kecil-kecil tu kan? Tapi istimewanya roti jala kat sini, Pak Non menjala roti tu atas kuali canai! Boleh bayang tak betapa besar roti jala dia tu? Makan pula dengan kuah kari pekat, memang surr orang Penang kata.

Alamat: Belimbing Cafe Corner, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

Waktu operasi: 7.30 am-12 pm, Tutup: Isnin

3. Roti Bakar Hutton Lane

Sumber: @othmannurhayati

Ni boleh dikatakan roti bakar terbaik kat Penang ni. Istimewa roti ni sebab dia bakar guna arang jadi bau roti bakar tu dia jadi wangi jee. Gabungan dia mesti la telur separuh masak atau telur goyang baru ngam!

Alamat: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 5.30 am-2 pm

4. Roti Canai Gemas Road

Sumber: @eastinhotelpenang

Roti canai kat gemas road ni bukan roti canai biasa yang selalu beli tu. Roti canai ni siap ada lauk ayam, telur mata dengan bawang  tau! Roti canai kat sini memang sedap giler, order pulak kuah kari banjir. Fuh! confirm puas hati makan. Kuah kari kat sini pekat tau, tu yang buat roti canai ni lagi sedap.

Alamat: 51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town

Waktu operasi: 7 am- 12.30 pm, 5.30 pm-10 pm(Kecuali Ahad), Tutup: Isnin

5. Apom Manis

Sumber: @badboyben

Kedai apom manis Uncle Ravi ni dalam kedai kopi Swee Kong tau (depan Balai Polis Pulau Tikus). Uniknya apom manis kat Uncle Ravi ni sebab apom kat sini dimasak dalam claypot dan diatas arang okay? Bukan atas dapur gas biasa macam kat kedai lain tu. Nak lagi special, ambil yang pecah telur sebiji. Kalau korang nak datang sini, pastikan awal-awal dah datang sebab apom Uncle Ravi ni kejap je habis.

Alamat: 3, Lorong Baru, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 6 am- 9/10 am (sampai habis)

6. Bee Hwa Cafe

Sumber: @phoebeyap1102

Teringin nak rasa makanan Cina tapi takut tak jumpa yang halal? Jangan risau sebab kat Bee Hwa ni semua halal ye walaupun yang masak tu Auntie yang masak tu Cina. Mee Kari dengan Hokkien Mee dia memang cukup rasa. Banyak pilihan makanan juga kat sini jadi korang boleh try apa-apa je sebab semua sedap!

Alamat: 10, Lebuh Dickens, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang (berhadapan Ibu Pejabat Polis)

Waktu operasi: 7 am- 5 pm, Tutup: Ahad

7. Maj Capati

Sumber: @taufiqali

Kat Restoran Maj ni memang di punya signature dish capati la. Capati dia memang sangat lembut dan gebu. Special kat sini, pengunjung boleh request kambing bawang untuk makan dengan capati. Kedai Maj ni orang memang selalu ramai, jadi kalau nak makan tu order banyak terus kalau tak nak tunggu lama.

Alamat: Lebuh Ah Quee, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 7 am-6 pm, Tutup: Ahad

8. Roti Benggali Maliia Bakery

Sumber: @jt6263

Kalau korang nak cuba makanan yang unik kat Penang, Maliia Bakery ni memang wajib singgah. Kat bakery ni ada cafe yang jual makanan berasaskan pastri. Signature dish kat sini roti benggali cicah kari dan ada dua kari yang korang boleh pilih sama ada kari ayam atau kari ikan. Kari kat sini sangat sedap dan kuah dia pun pekat.

Alamat: 114, Transfer Road, George Town

Waktu operasi: 8 am- 11 pm

Makan Tengah Hari

1. Hameed Pata Mee Sotong

Sumber: @dyanaaj

Mee sotong Hameed Pata ni digoreng berempah bersama ubi kentang, taugeh, telur dan dipadankan bersama sambal sotong and juga hirisan limau untuk bagi lebih kick kat mee tu. Kat sini ada jual mee rebus, kuey teow goreng tapi mee goreng dengan mee kuah dia best seller.

Alamat: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town

Waktu operasi: 11 am- 8 pm, Tutup: Ahad

2. Nasi Lemak Lobster

Sumber: @foodjourneys_

Dah bosan dengan nasi lemak biasa? Nak cuba nasi lemak ala hipster? Yeah kat Penang kita ada nasi lemak lobster. Istimewanya nasi lemak ni mesti lah kat lobster dia. Lobster tu dibakar dengan cheese dan dipadankan dengan sambal dan nasi lemak memang superb!

Alamat: 498, Jalan Dato Keramat, George Town, 10150 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 12 pm-3 pm, 6 pm- 10.30 pm

3. Deen Maju

Sumber: @ericekos

Kalau datang Penang tapi tak makan nasi kandar memang rugi la sebab nasi kandar ni makanan wajib bagi semua pelancong yang datang ke Penang. Deen Maju ni antara top restoran yang ada kat Penang. Kedai belum bukak pun orang dah start beratur! Kedai ni memang ramai orang so korang kena sabar sikit. Jangan lupa minta kuah banjir okay?

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 2.30 pm-11.30 pm

4. Mee Goreng Bangkok Lane

Sumber: @iam.aliaarneeza

Mee goreng kat sini adalah mee goreng mamak yang digoreng secara banyak dalam satu kuali dan mee goreng dia berempah dan warna terang macam mee mamak lain juga. Mee rebus kat sini juga memang antara yang popular kat Penang ni. Dan macam biasa, kena beratur ye untuk beli dan selalunya hujung minggu kena tunggu lama sikit.

Alamat: 280, Jalan Burma, George Town, 10350 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi:8.30 am-6.30 pm, Tutup: Isnin

5. Nasi Padang Minang

Sumber: @normabahri

Nasi Padang ialah kedai masakan minang yang mempunyai variasi lauk. Kedai ini biasanya sibuk dan padat pada waktu tengahari. Uniknya kedai ini, ia terletak didalam kedai kopi cina dan air boleh diorder terus dari situ! Lauk yang sentiasa menjadi pilihan ialah ikan cencaru goreng sambal yang digoreng mengikut order dan dihidang panas kepada pengunjung.

Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 11 am- 3 pm

6. Hainanese Chicken Chop

Sumber: @chrislee9822

Kedai ini menyajikan variasi pilihan makanan Hainan untuk pengunjung. Signature dish sini ialah Hainanese Chicken Chop dimana kepingan isi ayam digoreng ranggup dan sos istimewa hainan dicurah diatasnya menjadikan rasa makanan isi sedap.

Alamat: Sin Bee Shew,11, Lorong Bagan Luar 3, Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi: 12 pm – 2.45 pm, 5 pm-8 pm

7. Kacang Phool

Sumber: @seven.the

Nazzerah Kacang Phool ialah kedai pertama di Penang yang menyajikan Kacang Phool! Kacang Phool ialah sejenis makanan berbentuk kuah dan dihidangkan bersama hirisan bawang, cili hijau, limau dan sebiji telur mata. Kacang Phool boleh dimakan bersama roti bakar. So korang tak boleh terlepas yang ni okay?

Alamat: Nazzeerah’s Roti Bakar Kacang Phool
Stall No. 1, Kompleks Desiran Tanjung
Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong
10470 Penang

Waktu operasi: 8.30 am-9 pm, Tutup: Isnin

8. Hameediyah Restaurant

Sumber: @min_fang

Restoran ni dah beroperasi lebih dari 100 tahun iaitu dari tahun 1907. Kedai ni menjual nasi kandar dan ada banyak lauk yang korang boleh try. Dari ayam, kambing, daging, kelempong semuanya ada dalam pelbagai jenis masakan.  Murtabak kat sini juga sedap dan penuh dengan inti mengikut pilihan korang.

Alamat:  Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 10 am-10.30 am

9. Nasi 7 Benua

Sumber: @sharkeyz1134

Pernah terfikir nak makan semua jenis nasi dalam satu masa tapi susah nak masak semuanya sekali? Jangan risau, di Penang ada satu kedai yang menyajikan 7 jenis nasi dalam satu pinggan yang sama! 7 jenis nasi itu terdiri daripada nasi lemak, nasi minyak, nasi kacang, nasi tomato, nasi putih, nasi hujan panas dan nasi lemuni. Bagi lauk pula, anda boleh memilih lauk mengikut citarasa anda sendiri. Jangan terlepas untuk mencuba ini.

Alamat: Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang

Waktu operasi: 11 am- 6pm

10. Laksa Janggus

Sumber: @eastinhotelpenang

Jika anda seorang ‘hantu’ laksa, maka ini adalah tempat yang wajib dikunjungi. Ia terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau iaitu kira-kira 30km dari Georgetown. Perjalanan yang sangat berbaloi untuk menikmati semangkuk laksa yang sangat lazat. Menu lain seperti kuey teow th’ng, mee udang dan pisang goreng turut tersedia disini.

Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu operasi: 3.30 pm-8 pm, Tutup: Isnin

Makan Malam

1. Pak Mat Western

Sumber: @pakmatwesterncafe

Kalau korang semua Western Food Lover, korang semua patut datang kesini sebab kedai ni sediakan pelbagai jenis makanan western dengan harga yang sangat berpatutan. Portion makanan disini juga agak banyak dan mengenyangkan. Signature dish kat sini ialah lamb chop dan dimakan bersama black pepper sos. Memang sedap giler!

Alamat: 14000 Simpang Ampat, Penang

Waktu operasi: 5 pm-12.30 am

2. Cheese Burger Sungai Pinang

Sumber: @fookaiwai

Hey Cheese Lover! Kedai burger wajib pergi sebab kat kedai ni je korang akan jumpa burger yang cheese dia melimpah ruah. Pengunjung pernah beratur selama tiga jam hanya untuk dapatkan burger ni so bayangkan betapa sedapnya burger kat sini. Rugi gila kalau tak pergi!

Alamat: Street Grill Burger Bakar,126, Lebuh Sungai Pinang, George Town, 10150 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 6.30 pm-12 am

3. Resto Pagar Buluh

Sumber: @restopagarbuluh

Restoran ini berkonsepkan kampung dan uniknya penjunjung boleh duduk di meja kaca dan melihat ikan koi berenang sambil menikmati hidangan. Restoran ini mempunyai variasi pilihan makanan untuk dipilih sama ada makanan goreng, western ataupun mee udang. Jangan terlepas untuk menikmati pengalaman ini semasa percutiaan anda.

Alamat: 240, Jalan Dato Ismail Hashim, Kampung Pagar Buluh, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu operasi: 5.30 pm-12.00 am (tutup 12.30 am pada hari Ahad)

4. Gani Famous Pasembur

Sumber: @nvrainiysf

Pasembur ialah salad versi Malaysia di mana ia menggabungkan cucur udang, hirisan timun, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya mengikut citarasa anda. Ia dihidangkan dengan kuah kacang. Waktu order korang jangan ambil banyak sangat nanti tak habis, okay? Bestnya kalau makan kat sini korang boleh duduk kat open space sambil ditemani angin laut dan tengok feri kat situ.

Alamat: 3,Medan Renong,Padang Kota Lama,Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,George Town, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu operasi: 11 am- 2 am

5. Alamak Maggi Goreng

Sumber: @lingziedotcom

‘eleh maggi goreng kat rumah pun boleh buat’ – No. Korang salah kali ni. Maggi goreng kat kedai Alamak ni bukan biasa-biasa tu. Kat Alamak cafe ni, diorang guna Indomie so bau maggie goreng ni lain dari bau mee goreng mamak yang biasa. Setiap hidangan juga ditambah sambal dan hirisan timun bagi memenuhi citarasa orang Malaysia. Korang boleh tambah ayam goreng jugak kalau nak lagi umpph!

Alamat: 1W, Jalan Gottlieb, George Town, 10350 George Town

Waktu operasi: 6.30 pm-2.30 pm

6. Char Kuey Teow Longkang

Sumber: @asyraf_maruan

Char Kuey Teow Parit atau Longkang sangat popular dikalangan orang Penang sendiri. Kalau nak makan Char Kuey Teow pasti ini antara destinasi yang terlintas di fikiran. Jangan risau pasal nama dia walaupun nama dia parit atau longkang, rasa char kuey teow kat sini sangat la superb! Korang kena cuba char kuey teow basah dia dan harga dia pun murah je RM4 untuk kecil dan RM6 untuk yang besar.

Alamat: Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu operasi: 8.30 pm-5 am

Pencuci Mulut / Makanan Ringan

1. Ais Tingkap

Sumber:@heritageaistingkap

Siapa yang pernah datang Penang mesti tahu Penang kalau musim panas macam mana. Tengah-tengah panas tu, kalau dapat minum ais tingkap ni mesti nyaman ja rasa. Ais tingkap atau air sarbat ni boleh dapat kat Penang ja tau! So kalau datang, jangan tak cuba. Walaupun nampak macam sirap selasih je, jangan tertipu sebab rasa dia unik gila sebab dah dicampur air serai, kulit kayu manis dan sebagainya.

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town

Waktu operasi: 11.30 am – 8 pm , 11.30 am-7.30 pm(Monday)

2. Pisang Goreng Air Itam

Sumber: @littleindia

Kalau dalam perjalanan nak pergi jalan-jalan kat Penang ni kena ada bekal dalam kereta baru jalan jammed pun hati tu tenang je rasa. Kalau korang nak try makanan ringan, boleh cuba pisang goreng Air Itam ni. Pisang yang digoreng ranggup tapi isi manis dan lembut didalam mesti buat korang rasa nak makan dan makan lagi! Harga dia pula, cuma RM 1 untuk 7 keping pisang goreng.

Alamat: Jalan Air Itam, 11500 Penang

Waktu operasi: 12 pm – 6 pm, Tutup: Jumaat

3. Teochew Chendul

Sumber: @majahenna

Alamat: Jalan Penang, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 10.30 am-7 pm (Isnin-Jumaat), 10 am-7.30 pm (Sabtu&Ahad)

4. Joez Coconut

Sumber: @andriesetio

Nak rasa coconut shake yang lain dari yang lain? Jika ya, korang kena datang Joez Coconut Shake ni. Uniknya coconut shake kat sini, bukan setakat aiskrim dia letak, siap ada bubble yang macam korang selalu minum dengan bubble milk tea tu lagi tau! Rasa dia pulak memang sedap giler dan dia buat tu fresh lepas kita order.

Alamat: 201, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 7 am-7pm

5. Star Coffee

Sumber: @coffeecupseries

Oh hey coffee lover! This one for you guys! Nak minum kopi ais dengan hiasan ala-ala kopi Starbucks tu? Kalau korang memang pencinta kopi, korang wajib try kopi Auntie Evelyn buat ni. Kopi dia kaw memang kena dengan citarasa si penggemar kopi. Harga dia cuma RM2.50 untuk sebungkus. Plus, Auntie Evelyn ni ramah tau, kalau ajak selfie pun dia layan je.

Alamat: 146, Lebuh Noordin, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi:8 am-5.30 pm

6. The Best Chakuey Pandan

Sumber: @TheBestChakueyPandan

Teringat nak makan chakuey pandan macam kat Thailand tu tapi jauh nak pergi? Jangan risau, Penang kan syurga makanan, sekarang nak makan chakuey pandan tu, pergi je kat Batu Feringgi. Chakuey ni makan panas-panas dengan kuah pandan dia tu memang confirm terkenang la. Harga dia pula cuma RM1 untuk 5 biji baby chakuey tu. So ni wajib korang try okay?

Alamat: Jalan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi. (Sebelah Petronas)

Waktu operasi: 1.30 pm- 7 pm

Tempat Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang

 

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *