Makanan

MyKori Dessert Cafe-Halal Japanese Dessert di Malaysia

Cantik Sangat Nak Makan TT

Kalau sebut pasal Jepun, mesti semua dah terbayang makanan ikon Jepun iaitu Sushi. Tapi selain sushi, ada lagi makanan Jepun lain yang korang perlu cuba iaitu Kakigori! Kini Kakigori yang 100% halal sudah boleh didapati di Malaysia tau. Tapi..Kakigori tu apa pulak? Jom baca lebih lanjut untuk ketahui dessert yang best dan sedap ni dari negara matahari terbit ni.

Mykori Kakigori

Sumber: @mykoridessertcafe

MyKori Dessert Cafe ialah sebuah cafe yang menyajikan pencuci mulut tradisional Jepun iaitu Kakigori. Kalau korang nak tau, Kakigori ialah shaved ice yang disiram sirap dari variasi pilihan rasa dan ditambah pemanis seperti susu pekat atau susu cair yang menjadikan pencuci mulut ini sangat sedap, lebih-lebih lagi jika dinikmati ketika musim panas. Konsep Mykori Dessert Cafe ni ialah self-service, jadi lepas korang order terus bayar dan korang akan dapat satu buzzer. Once buzzer tu dah bunyi, korang boleh self-pickup kat kaunter.

Sejarah Kakigori

Kakigori ialah pencuci mulut bagi golongan bangsawan Jepun dan ia telah diasaskan pada abad ke-11 dimana ais yang disimpan semasa musim sejuk akan dikisar halus sebelum disiram sirap manis dan dihidangkan semasa musim panas. Menjelang abad ke-19, hidangan Kakigori telah meluas dan seluruh rakyat Jepun telah mula menikmati hidangan tersebut semasa musim panas.

3 Jenis Kakigori di MyKori

1. Mykōri Signature Kakigōri

Sumber: @mykoridessertcafe

 

Sumber: @mykoridessertcafe

Mykori Signature Kakigori ialah pilihan yang paling laris di Mykori dan korang boleh pilih dari 15 jenis perisa unik seperti Melon, Honeydew, Matcha Latte, Mango Yourt, Strawberry Cheesecake dan banyak lagi. Hotselling item kat sini ialah Melon Kakigori tapi perisa yang lain juga tak kurang sedapnya. Confirm rambang mata kalau nak pilih ice bowl kat sini sebab semuanya sedap giler!

2. Kenkō Kakigōri

Sumber: @mykoridessertcafe

 

Sumber: @mykoridessertcafe

Nak makan dessert tapi takut tak sihat? Jangan risau sebab kat sini ada Kenko Kakigori yang bermaksud Healthy Shaved Ice Bowl dimana korang boleh pilih base ais sama ada susu atau yogurt ditambah 2 buah dan 3 bijirin pilihan anda sendiri! Terdapat 7 jenis buah dan 9 jenis bijirin yang korang boleh pilih dan cofirm korang akan puas hati dengan gabungan rasa yang hebat dan mantap ni!

3. Kakigōri BōRU

Sumber: @mykoridessertcafe

 

Sumber: @mykoridessertcafe

Kalau korang nak cuba sesuatu yang unik dan berlainan, korang boleh cuba Kakigori Boru yang bermaksud Custom Made Shaved Ice Bowl dimana korang boleh pilih sendiri base ais sama ada susu atau yogurt ditambah 3 topping dan satu perisa aiskrim pilihan anda. Terdapat lebih 20 jenis topping yang anda boleh pilih dari buah, crunch dan sos. Dan bagi aiskrim pula, terdapat 6 pilihan aiskrim yang pasti membuatkan korang sangat teruja untuk mix and match bowl korang!

Japanese Snacks

Sumber: @mykoridessertcafe

 

Sumber: @mykoridessertcafe

Selain ice bowl, korang juga boleh cuba makanan lain seperti toast dan croissant yang sangat sedap dan unik di sini. Ada 7 pilihan toast dan 4 jenis pilihan bagi croissant yang korang boleh pilih yang semestinya sedap giler! Antara snack yang korang wajib cuba kat sini ialah Chocolate Strawberry Toast dia yang marvellous giler tu!

Menu dan Harga di Mykori Dessert Cafe

7 Outlet Beroperasi Setiap Hari

? Puchong Jaya Outlet: No 6-2, Jalan Kenari 18A, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor

? Old Klang Road Outlet: No 28, Jalan 2/109E Desa Business Centre, Taman Desa Off Jalan Klang Lama 58100, Kuala Lumpur.

? SS15 Subang Jaya Outlet: No 5-1, Jalan SS15 8A, Subang Jaya 47500, Selangor.

? SS2 Petaling Jaya Outlet: 6A, Jalan SS2/66, Petaling Jaya, 47300, Selangor.

? Kota Kemuning Outlet: No 5-1, Jalan Anggerik Bf31/Bf Kota Kemuning Shah Alam, Selangor.

? Mahkota Cheras Outlet: 1C-G, Jalan Temenggung 27/9, Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras Selangor.

? Setapak Outlet: A-1-1, Plaza Prima Setapak, Jalan Prima Setapak 5, Off Jalan Genting Klang, 53300, Kuala Lumpur.

?  016-908 1990

? 2 PM – 11 PM (Isnin-Jumaat) , 1 PM – 11 PM (Sabtu-Ahad)

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close