Bantuan Kerajaan

Program PRIHATIN Kasih: Semak Status Penerima RM100 Sebulan

Buat pengetahuan semua, kerajaan baru-baru telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah. Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.

Apakah MyKasih Foundation?

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless. Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Semakan Kelayakan

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan Captcha.
  3. Klik butang ‘Semak Status.’
  4. Keputusan kelayakan dipaparkan.
  5. Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
  6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Berikut adalah cara penerima ketika pembelian dilakukan:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

Sumber: My Kasih (Website)

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close