News

Frontliners Menari Cara Untuk Hiburkan Penduduk Di Flat Ini Buat Ramai Sebak

Kita semua sedia maklum frontliners merupakan pihak yang paling banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka demi menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19. Penat dan lelah mereka bekerja tidak kira masa membuatkan ramai mengasihani mereka kerana ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama.

Tular Sebuah Video Para Frontliners Menari Di Sebuah Kawasan Perumahan Flat Telah Mencuri Perhatian Ramai

Menerusi perkongsian video oleh @brgsjks, kelihatan sekumpulan frontliners berada di perkarangan parking flat itu. Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka secara tiba-tiba menari dan menghiburkan penduduk yang berada di balkoni flat lima tingkat itu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Menari Untuk Hiburkan Penduduk Flat

Gelagat mereka itu ternyata membuatkan ramai sebak kerana para frontliners sanggup menghiburkan orang ramai walaupun mereka penat dan panas memakai sut PPE sepanjang masa. Susulan tularnya video itu yang kini mendapat 470.7k views, 17.1K likes dan 9,427 retweet di Twitter, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat frontliners itu.

#KitaJagaKita

Demi membantu kerja mereka, marilah kita jaga diri kita dan orang sekeliling supaya dapat mengurangkan kes Covid di negara ini. Duduk dirumah sekiranya tidak ada perkara yang penting untuk dilakukan dan amalkan pemakaian pelitup muka berganda diluar. Semoga kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan segera.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close