News

Terokai 3 Tempat Percutian Yang Semakin Hangat Di Vietnam: Nha Trang, Da Lat & Phu Quoc

Nampaknya sekarang kita dah tak perlu lakukan ujian saringan untuk melancong ke Vietnam! Lagi senanglah kita nak meneroka negara tersebut dengan keluarga dan rakan-rakan. Untuk mereka yang belum pernah lagi menjejakkan kaki di Vietnam, inilah masanya!

Jom Melancong Ke Vietnam Dan Lawati 3 Tempat Menarik Ni!

Apabila anda sampai sahaja di Vietnam, anda cuma perlu tunjukkan bukti insurans kesihatan/perjalanan anda yang sah yang turut merangkumi rawatan Covid-19. Seterusnya, anda perlu muat turun PC-Covid mobile app di App Store atau Google Play yang kemudiannya perlu ditunjuk ketika anda memasuki mana-mana tempat di Vietnam.

Cakap je pasal Vietnam, mesti kita akan terfikir tentang Hanoi atau Bandar Ho Chi Minh, tapi sekarang Vietnam ada macam-macam lagi tarikan yang menarik yang boleh kita lawati! Jom teroka Nha Trang, Da Lat, dan Phu Quoc.

Nha Trang – Syurga Dunia Kepada Mereka Yang Suka Bermain Air

Berlainan sekali dengan kebanyakkan pantai di bandar-bandar nelayan lain, Bandar Nha Trang mempunyai persisiran pantai yang cukup indah sepanjang 6km! Pantai ini turut mempunyai 19 pulau kecil disekelilingnya dan pelbagai aktiviti-aktiviti perlancongan yang menarik. Memang mustahil lah kalau nak duduk diam je!

5 tempat menarik untuk dilawati di Nha Trang:

1. Taman Tema VinWonders dengan kereta kabel terpanjang di Vietnam

VinWonders merupakan taman tema terbesar di Vietnam! Terletak di Pulau Hon Tre, taman  tema ini mempunyai keluasan sebesar 50 hektar dengan 6 kawasan berbeza untuk anda lawati! Tambahan lagi, sekarang anda boleh pergi kesana menaiki kereta kabel sepanjang 3.3 km!

2. Taman Tema 100 Eggs Mud Bath

Dengan keluasan sebesar 20 hektar, anda mesti lawati taman tema air yang unik ini! Dikelilingi kehijauan yang cukup nyaman dan segar, anda boleh berendam dan tenangkan minda didalam air herba dan lumpur. Yang menariknya, mereka siap sediakan kolam didalam kubikel berbentuk telur! Comel betul! Kolam renang pun ada kalau anda nak main air.

3. Menara Po Nagar Cham

Dibina antara abad ke-7 dan ke-12, menara Cham yang mengagumkan ini masih aktif digunakan untuk beribadat oleh penganut Buddha Cham, Cina dan Vietnam. Pada asalnya kompleks ini mempunyai tujuh atau lapan menara, tetapi hanya tinggal empat. Iaitu menara-menara utara setinggi 28m. Dengan bumbung piramid bertingkat, binaannya cukup mengagumkan

4. Air Terjun Ba Ho 

Air Terjun Ba Ho di Nha Trang adalah salah satu tempat yang paling terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Orang ramai datang ke sini untuk berehat di tengah-tengah alam semula jadi dan menikmati air sungai yang sejuk yang mengalir dari puncak gunung.

5. Pulau Hon Mieu

Tidak seperti Nha Trang yang sesak, Pulau Hon Mieu adalah tempat di mana anda dapat melihat cara hidup sebenar orang Vietnam. Wajib pergi! Pulau ini kecil, sesuai untuk mereka yang nak meneroka sambil berjalan kaki. Antara tempat yang anda boleh lawati di sini adalah Akuarium Tri Nguyen, Pantai Bai Soi dan Kampung Nelayan Hon Mieu

Da Lat – Lupakan Realiti Untuk Seketika Di Kawasan Yang Cukup Nyaman Dan Indah Ini

Da Lat merupaka kota yang dipenuhi dengan bunga! Sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu di vila ala Perancis yang indah. Sambil menghirup udara segar serta mengamati air terjun dan tasik yang indah. Terletak di lembah yang subur dan hijau dengan keindahan yang tiada tandingannya.

7 tempat menarik untuk dilawati di Da Lat:

1. Pelbagai Taman Bunga di Da Lat

Mempunyai lebih daripada 300 spesies bunga yang mekar sepanjang tahun, Taman Bunga Da Lat merupakan salah satu destinasi menarik yang anda wajib pergi! Pengunjung sanggup datang dari jauh untuk bergambar di taman yang cukup menawan ni. Selain bunga yang cantik, Taman Bunga Da Lat juga mempamerkan tumbuh-tumbuhan yang istimewa seperti Bonsai dan kaktus Afrika.

2. Pagoda Linh Phuoc

Pagoda Linh Phuoc, juga dikenali sebagai Ve Chai Pagoda, dibina daripada serpihan kaca, mangkuk tembikar dan porselin diantara tahun 1949-1952 di kawasan perumahan terpencil di Bandar Da Lat. Pagoda ini direka secara unik dengan ukiran porselin halus dan struktur gergasi yang menyimpan banyak rekod tentang Vietnam dan dunia.

3. Berjalan melalui Sunny Farm dan lawati Langbiang Heaven Gate

Laluan ini telah direka supaya anda dapat menikmati semua persekitaran yang indah di kawasan desa di Vietnam. Anda akan mendaki sepanjang 18 km melalui hutan tropika, beberapa kampung, melepasi air terjun yang indah,  merentasi jambatan gantung di atas Sungai Lang Bian dan akhir sekali sampai ke puncak ‘Heaven Gate’. Rasai sendiri pengalaman berdiri dikalangan lautan awan, perjalanan ini akan buat anda rasa macam Indiana Jones!

4. Air Terjun Pongour

Air Terjun Pongour merupakan air terjun yang paling terkenal di Wilayah Lam Dong. Setiap tahun, kawasan pelancongan ini akan menarik berjuta-juta orang dari semua peringkat umur. Anda bukan sahaja akan tertarik dengan keindahannya tetapi juga dengan pelbagai aktiviti yang ada. Seperti Festival K’Ho, memancing, dan ‘canyoning’ yang mencerminkan ciri-ciri adat dan tradisi etnik minoriti.

5. Pasar Malam Da Lat

Pasar Malam Dalat dikenali sebagai syurga untuk penggemar makanan! Menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang sederhana, disini anda boleh cuba banh mi, ubi keledek panggang, buah berangan panggang, sup ketam, dan piza versi Vietnam yang cukup popular.

6. 100 Roofs Bar

Bar yang unik ini diciptakan untuk buat anda sesat. Kerana bangunan ini dipenuhi dengan laluan rahsia yang berbengkang-bengkok, tangga yang menuju entah kemana, dan jalan yang sempit dan gelap. Walaupun begitu, setiap laluan mempunyai ciri-ciri uniknya yang tersendiri.

7. Stesen Kereta Api Da Lat

Bagi mereka yang pertama kali melawat Da Lat, stesen kereta api Da Lat adalah tempat yang sesuai untuk dilawati. Stesen kereta api yang paling indah di Vietnam ini banyak dikaitkan dengan banyak nilai budaya dan sejarah di Da Lat

Phu Quoc – Syurga Buat Pencinta Alam Semula Jadi

Dengan lebih daripada separuh pulau di sini dilindungi oleh UNESCO Biosphere Reserve, Phu Quoc adalah tempat dimana anda boleh dapatkan sos ikan, lada hitam, dan mutiara. Di sini anda boleh juga pilih untuk menikmati perlancongan yang mewah ataupun seperti orang tempatan. Ditemani air yang jernih di siang hari dan langit yang cerah pada waktu malam.

6 Tempat menarik untuk dilawati di Phu Quoc

1. Grand World Phu Quoc

Dengan keluasan 85 hektar, Grand World Phu Quoc memiliki seni bina yang cukup indah dan mengagumkan kerana ianya diilhamkan oleh bandar-bandar Eropah. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke tempat ini, anda akan terus berasa kagum dengan pelbagai jenis bangunan berwarna-warni yang menarik perhatian. Sangat sesuai untuk anda ber-OOTD!

2. Dinh Cau Rock

Dinh Cau Rock, juga dikenali sebagai Kuil Cau merupakan tempat untuk para nelayan tempatan berdoa mereka pergi ke laut. Terletak hanya bersebelahan dengan Pelabuhan Nelayan Duong Dong, batu besar ini mempunyai rumah api yang berwarna terang, menjadikannya tempat fotografi yang popular di kalangan pelancong.

3. Ham Ninh Fishing Village & Pearl Farm

Kampung Ham Nihn adalah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Phu Quoc yang dapat menarik ramai pengunjung setiap tahun. Apabila sampai disini, anda boleh menikmati makanan laut segar pada harga yang rendah, berehat di pantai, menyertai para nelayan tempatan dan belayar laut, serta melawat kawasan pertanian mutiara.

4. Kilang sos ikan

Pulau Phu Quoc bukan sahaja terkenal dengan pemandangan yang indah tetapi juga kilang sos ikan tradisional dengan kualiti terbaik di seluruh negara. Phu Quoc turut menghasilkan lebih 12 juta liter sos ikan yang luar biasa setiap tahun dan mempunyai sekitar 85 kilang yang giat beroperasi.

5. Ladang lada

Lada Phu Quoc adalah salah satu lada terbaik yang boleh anda temui di Vietnam. Bila memandu di sekitar pulau ini, anda boleh nampak beberapa ladang lada di sepanjang jalan. Jadi jangan lupa untuk singgah! Biji lada di Phu Quoc masih lagi dituai dengan tangan dan terbahagi kepada tiga jenis: lada hitam, lada putih dan lada merah.

6. Sunset Sanato Beach Club

Jom lawati kompleks pantai yang penuh dengan bar, restoran dan hiburan menarik! Disinilah anda boleh cuba pelbagai sukan air, dan membeli-belah di pusat membeli belah yang ada. Anda juga akan temui perarakan bertema lautan yang cukup menyeronokkan dan aneh. Memang takkan bosan!

Terbang Ke Vietnam Dengan Harga Yang Gila-Gila Murah Bersama Airasia!

Airasia akan mulakan penerbangan ke destinasi-destinasi ini dari:

  • Nha Trang – 8 Julai 2022 (2x seminggu iaitu pada hari Isnin & Jumaat)
  • Da Lat – 10 Julai 2022 (2x seminggu iaitu pada hari Rabu & Ahad)
  • Phu Quoc – 3 September 2022 (2x seminggu iaitu pada hari Rabu & Ahad)

Dapatkan juga promosi DISKAUN 20% untuk semua tiket penerbangan. Tempahan boleh dilakukan bermula 11 Julai – 17 Julai 2022, untuk perlancongan bertarikh 12 September 2022 – 8 Disember 2022!

  • Nha Trang – Harga bermula dari RM149.40
  • Da Lat – Harga bermula dari RM99.80
  • Phu Quoc – Harga bermula dari RM99.40

*Harga yang diberikan adalah tanpa ‘base fare’, cuma termasuk cukai lapangan terbang, yuran MAVCOM, surcaj bahan api, dan bayaran lain yang berkenaan. Mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Jom buat tempahan sekarang: https://bit.ly/3PdpXJG

Menarik kan? Kalau anda berminat, jangan lupa untuk salin tarikh-tarikh penting ni! Nanti bolehlah pergi bercuti dengan orang tersayang!

Pautan: Website

Baca Juga: Nikmati Pakej Eksklusif 3H2M Termasuk Penginapan, Permainan & Baucar Membeli-Belah di Sunway Big Box!

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways), dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close