Travel

Nikmati Pakej Eksklusif 3H2M Termasuk Penginapan, Permainan & Baucar Membeli-Belah di Sunway Big Box!

Kalau duduk rumah sepanjang masa mesti bosan, kan? Tapi, kalau dapat staycation di hujung minggu tu lain lah cerita! Dengarnya, Sunway Big Box di Iskandar Puteri, Johor dah bersedia untuk kedatangan anda semua dengan pengembaraan yang akan memacu adrenalin! Promosi ‘Welcome Back, Neighbours’ ini menawarkan pakej 3H2M Stay + Play + Shop yang menarik pada harga RM599 saja! Tunggu apa lagi? Jom! 

Pakej Percutian Yang Amat Menyeronokkan Di Sunway Big Box, Hanya RM599!

Sunway Hotel Big Box dan Sunway Big Box Retail Park kini menawarkan pakej percutian yang  dipenuhi dengan keseronokkan maksima! !

Pakej Percutian RM599 (bernilai RM1,199) ini didatangi dengan:

1. Penginapan 3 Hari 2 Malam Di Sunway Hotel Big Box

Penginapan di bilik Deluxe dengan sarapan pagi yang lazat di Pendas Cafe, sesuai untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak (berumur 4 tahun hingga 12 tahun).

2. Akses ke X Park, Sunway City Iskandar Puteri

Pakej untuk 2 orang dewasa ini termasuk tiket Go-Kart single-seater di X Park, salah satu taman rekreasi ekstrim terbesar di Malaysia.

X-Park Johor

X-Park Johor

3. Akses ke EnerG X Park, Sunway Big Box Retail Park 

Untuk 2 orang dewasa – termasuk tiket ke EnerG X Park, pusat hiburan bertemakan sukan yang terdiri daripada aktiviti seperti Trampolin Wipeout, Ninja Obstacle Course dan banyak lagi.

Energy X Park Johor

Energy X Park Johor

4. Baucar eMall Pusat Beli-belah Sunway Big Box Bernilai RM100

Bagi anda yang suka beli-belah, anda boleh manjakan diri dengan pelbagai pilihan kedai terkenal termasuk Skechers, Dum Dum Thai, Pizz@, Mr. Dakgalbi, dan banyak lagi. Jamu selera di kedai-kedai terpilih ini sepanjang penginapan anda di Sunway Hotel Big Box.

Bagi anda yang gemar membeli-belah online, gunalah baucar e-Mall  di Sunway eMall. Sila tempah tujuh (7) hari lebih awal jika anda ingin item tersebut dihantar ke Sunway Hotel Big Box. Penghantaran percuma ke mana-mana alamat di Malaysia, melainkan dinyatakan sebaliknya. (Liputan penghantaran terhad ke Malaysia Timur).

Sunway Big Box Holiday Package

5. Tempat Letak Kereta Percuma

Nikmati tempat letak kereta percuma sepanjang penginapan anda apabila anda kunjungi Sunway Big Box.

Siapa Dah Bersedia Untuk Penginapan + Pengembaraan Di Sunway Big Box?

Hebat bukan? Semua dah ada dalam pakej percutian ini – tempat makan, menginap, bermain dan membeli-belah. Memang sesuai nak datang bercuti dengan keluarga atau kawan-kawan! Jadi, kalau pelan ni memang sesuai dijadikan rancangan hujung minggu anda, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan tiket anda sekarang! 

Tempoh Tempahan: 16 Mei 2022 to 28 Jun 2022

Tempoh Penginapan: 24 Mei 2022 to 28 Jun 2022

Untuk maklumat lanjut, sila tekan SINI.

Pautan: Facebook | Instagram

Baca Juga: Cawangan Bekalan Bakeri No.1 Kini Buka Superstore Di Taman Megah Dengan Lebih 3000 Item!

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close