News

Prihatin Dalam Membantu Jiran, Makcik Ini Siap Tanya Jenama Kicap Yang Digemari Masyarakat Cina

Seperti dilanda tsunami perpaduan, seluruh rakyat Malaysia kini berusaha membantu satu sama lain untuk kekal hidup. Lebih-lebih lagi sejak munculnya kempen #benderaputih. Kita menjadi lebih bersemangat untuk memberi bantuan kerana kita tahu kepada siapa dan bagaimana untuk menghulurkan bantuan secara efektif. Tetapi, apa yang lebih mengharukan adalah apabila yang memberi bantuan betul-betul prihatin dengan penerima.

“Biasanya Orang Cina Guna Kicap Yang Mana Satu Ya?”

Meraih 29 ribu ‘Likes’ di Twitter, kisah yang telah dikongsi oleh @carolyong ini berjaya menyentuh hati para netizen. Menurut Carol, ketika dia sedang membeli-belah di pasaraya, seorang wanita datang bertanyakan soalan kepadanya, “Dik, nak tanya, biasanya orang cina guna kicap yg mana satu ya?”. Dengan segera Carol menunjukkan jenama kicap yang baginya sedap.

Rupa-rupanya wanita tersebut ingin memberikan bantuan kepada jirannya yang berbangsa cina. Demi menyambut seruan kempen #benderaputih. Tetapi tindakan beliau mencari barang runcit dengan teliti demi keselesaan pengguna membuatkan ramai orang terharu.

Bangga Dengan Komuniti Di Malaysia

Rata-rata rakyat Malaysia memuji keprihatinan wanita tersebut di bahagian komen.

“Tabik hormat kepada makcik ini kerana prihatin dengan jenama pilihan penerima (untuk kualiti dan rasa yang lebih baik). Siap tanya pendapat lagi bila nak membantu orang lain. Semoga makcik dirahmati!”

“Waktu yang sangat membanggakan! Lebih-lebih lagi apabila melihat perpaduan rakyat Malaysia yang kuat di saat-saat genting seperti ini. Beginilah Malaysia dan rakyat Malaysia yang sebenar. Terima kasih atas perkongsian yang hebat ini! Terima kasih makcik atas keprihatinan anda!”

Tak Salah Untuk Beri Lebih

Sudah semestinya orang yang dalam kesusahan akan sentiasa bersyukur dengan apa sahaja bantuan yang diterima. Namun begitu, tidak salahkan sekiranya kita hendak berikan mereka keperluan yang mereka betul-betul selesa untuk guna. Terima kasih sahabat-sahabat yang berusaha keras untuk membantu dan melindungi komuniti ini. Teruskan berjuang!

Sumber: Twitter

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close