Bantuan Kerajaan

GKP 3.0: Pemohon Kini Boleh Mula Semak Kemasukkan Bantuan RM1,000

Mudah je

Dalam PEMERKASA sebelum ini, kerajaan telah meneruskan bantuan GKP 3.0 atau dikenali sebagai Geran Khas Prihatin 3.0 khas untuk membantu meringankan beban Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Akhirnya tarikh bayaran telah pun diuar-uarkan dan banyak pemohon akan menerima bantuan bermula hari ini.

Maksud GKP 3.0

Geran Khas Prihatin 3.0 merupakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Bantuan sebanyak RM1,000 secara one-off ini bertujuan untuk meringankan beban para peniaga. Dalam PEMERKASA PLUS, kerajaan telah menaikkan bantuan GKP kepada RM1,500.

Tarikh Bayaran & Semakan GKP 3.0

Tarikh semakan untuk kemasukan bantuan GKP 3.0 adalah bermula pada 8 Jun 2021. Bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat:

  • Bayaran 8 Jun 2021 = RM1,000
  • Julai 2021 = RM500 (Tarikh akan dimaklumkan kelak)

Cara Semak Geran Khas Prihatin 3.0

Untuk semakan kelayakan, sila ikuti langkah-langkah semakan di bawah:

  1. Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda
  3. Pergi ke menu Semakan Status
  4. Status Kelayakkan anda akan dipaparkan

Apakah Beza GKP 3.0 & GKP Tambahan?

Berikut adalah perbezaan untuk kedua-dua bayaran yang disediakan oleh kerajaan ini:

Soalan-Soalan Lazim GKP 3.0

1. Bilakah tarikh pembayaran GKP 3.0?

Tarikh pembayaran bantuan ini bermula pada 8 Jun 2021 dan akan dibayar sedara berperingkat.

2. Bagaimanakah cara pembayaran Geran Khas Prihatin?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang berkelayakan. Pastikan akaun bank anda aktif.

3. Berapakah jumlah bantuan GKP 3.0?

Jumlah bantuan adalah RM1,000 secara one-off. Namun, dalam PEMERKASA PLUS, bantuan ini telah dinakkan kepada RM1,500.

Sumber: Portal Malaysia

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close