PEMERKASA

BSN Mikro Kredit: Permohonan Bantuan Sehingga RM50k Untuk Peniaga Mikro

Ramai yang ingin berniaga ketika PKP ini, Namun begitu, ramai juga yang tidak cukup modal untuk mengembangkan perniagaan. Dengan itu, anda boleh cuba inisiatif ini yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang iaitu permohonan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yag dilaksanakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Skim Mikro Kredit PEMERKASA

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan perlaksanaan 20 inisiatif PEMERKASA ini. Dimana salah satunya mengenai ialah kemudahan mikro kredit kepada usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta untuk rakyat Malaysia.

Syarat Kelayakkan

Syarat-syarat kelayakan bagi anda yang ingin memohon:

1. Pembiayaan ini ditawarkan bagi perusaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang didalam pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19 yang melanda.

2. Syarikat perniagaan hendaklah dimiliki oleh warganegara Malaysia sahaja.

3. Syarikat perniagaan anda berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

4. Pemohon mestilah bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

5. Perniagaan pemohon mestilah sudah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Cara Memohon

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemohon:

1. Muat turun borang permohonan di pautan: https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/forms/micro.pdf

2. Isi borang permohonan dangan betul dan lengkap.

3. Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

4. Dan hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada cawangan BSN yang berdekatan anda.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan hendaklah dihantar bersama borang permohonan anda adalah:

  1. Sijil Pendaftaran  Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
  3. Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
  4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak bank.

Tempoh Pinjaman

Menurut Bank Simpanan Nasional, amaun pembiayaan atau pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro-i Kredit Prihatin adalah:

  1. Amaun: Maksimum sehingga RM75,000
  2. Tempoh: Antara 1 hingga 5.5 tahun
  3. Kadar Keuntungan/ Faedah: 0% (Sebelum ini 2%)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai BSN Micro-i Kredit Prihatin, sila hubungi talian BSN yang disediakan berikut:

Telefon: 1-300-88-1900

Laman web rasmi: https://www.mybsn.com.my/

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close