Covid-19

Begini Caranya Untuk Memakai Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask)

Demi keselamatan bersama, kita kini perlu mengamalkan pemakaian pelitup muka berganda (double face mask). Ini sangat penting kerana pelitup muka yang kita sering gunakan (surgical mask medical mask) banyak kelemahannya. Daripada itu, marilah kita lihat bagaimanakah caranya untuk memakai pelitup muka secara berganda.

Cara-cara Untuk Memakai Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask)

Ramai yang bertanya mengenai amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask). Berikut adalah panduan ringkas daripada CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat:

1.Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu sahaja pelitup muka. Lihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di bawah.

2. Terdapat dua kaedah yang telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka. Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

3. Cara yang kedua adalah dengan mengikat gelung telinga hampir ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka kedalam bagi mengurangkan lopong yang terbuka.

4. Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

5. Berikut adalah perbandingan peratus keberkesanan pelitup muka. Pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4%.

6. Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul adalah dengan menggabungkan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain.

7. Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% pertikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.

Amalkan Norma Baharu

Demi keselamatan bersama, marilah kita mengamalkan pemakaian pelitup muka berganda ini sebagai sebahagian daripada norma baharu. Yang paling penting adalah, anda dan keluarga berusaha untuk mencegah daripada dijangkiti virus COVID-19.

Sumber: KPKesihatan

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *