BPR 2021

BPR Fasa 2: Cara Semakan No Baucer BPR Untuk Penerima Tunai (Fasa 2)

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bayaran BPR fasa 2 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak bermula 7 hingga 12 Mei. Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN. Berikut adalah cara semakan no baucar BPR fasa 2 bagi penerima tunai, tiada akaun bank atau gagal kredit.

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion (merangkumi BPN2.0 RM1.91b + BPR Fasa 1 RM1.93b + BPR Fasa 2 RM2.75b)

Cara Semakan No Baucar BPR Fasa 2

Berikut dikongsikan cara membuat semakan no baucar BPR Fasa 2:

  1. Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad anda di ruang kosong
  3. Tekan butang ‘Semak’
  4. Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.
  5. Berikut ialah maklumat yang dipaparkan.
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah bayaran
    • Status kredit
    • Tarikh tunai
    • Nama tunai bank
    • Nama bank
    • No akaun bank
    • Kod tidak berjaya
    • Nombor baucar
    • Sila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian tersebut.

No baucar ini boleh disimpan dalam handphone dan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan. Jika anda berstatus LULUS namun tiada no baucar yang dipaparkan, anda masih boleh membuat penebusan bayaran BPR Fasa 2 ini.

Tempoh Rayuan BPR Fasa 2

Jika anda tidak lulus Fasa 2 tetapi lulus Fasa 1 tanpa alasan yang munasabah, anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LHDN. Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Sumber: BPR LHDNM

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close