BPR 2021

BPR 2021: Kemaskini Dan Daftar Permohonan Baru Untuk Bantuan Prihatin Rakyat

Pada 16 Januari 2021, satu sesi pembentangan Belanjawan 2021 telah diadakan di parlimen. Didalam perbentangan tersebut, Menteri Kewangan mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) kini digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Apakah Itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Seperti BSH, BPR adalah inisiatif kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang tergolong didalam B40 dan M40. Khususnya untuk meringankan beban ketika pandemik COVID-19.

Permohonan BPR Bermula 15 Januari – 15 Febuari 2021

Menurut Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican. Selain itu, portal rasmi BPR sudah boleh diakses di https://bpr.hasil.gov.my untuk kemaskini atau permohonan baru bermula 15 Januari – 15 Februari 2021.

Dengan tujuan memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk menerima bantuan.

Tarikh Bayaran BPR & Kadar Bantuan

Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021. Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – April / Mei 2021
  • Fasa 2 – September / Oktober 2021

Semakan BPR 2021 (Kategori Kelayakan)

Mereka yang layak akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori isi rumah dan kategori bujang.

i. KATEGORI ISI RUMAH

  • Kahwin; atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas

Kriteria Kelayakan

a) Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

b) Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

c) Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan had umur:
    • 17 tahun dan ke bawah; atau
    • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

ii. KATEGORI BUJANG

  • Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan

Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Cara Permohonan Dan Kemaskini Maklumat

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu apabila mereka tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Sementara itu, sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini tanpa perlu membuat permohonan baru.

Ada 3 cara untuk membuat permohonan atau kemaskini maklumat, iaitu;

  1. Secara dalam talian : https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Cetak Borang Permohonan BPR melalui Portal Rasmi BPR atau terus klik di SINI
  3. Hadir ke Cawangan LHDNM ; Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM ; Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.

Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima Adalah Seperti berikut:

Isi rumah berpendapatan <RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

Isi rumah berpendapatan RM4,001 – RM5,000

  • 1 orang anak RM500
  • 2 orang anak atau lebih RM750

Bujang berpendapatan <RM2,500

  • 21 tahun ke atas RM350

KWSP turut membenarkan pengeluaran akaun 1 RM500 setiap bulan di samping RM500 dari akaun 2 di i-Lestari.

Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Memohon

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  3. Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Lahir
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Semakan Status Permohonan BPR 2021

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
    Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Tentang Semakan BPR

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Sumber: Portal BPR | Telegram | eCENTRAL | Semakan Online

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *