KWSPNews

I-SURI KWSP : Maklumat Dan Cara Memohon Bantuan Untuk Suri Rumah

Seperti yang kita tahu, suri rumah adalah mak-mak yang tidak bekerja di luar tetapi ‘bekerja’ di dalam rumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga, mereka ini tiada sumber pendapatan tetap. Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah turut mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,teruskan membaca.

Apakah I-Suri KWSP?

i-Suri KWSP. Permohonan bantuan suri rumah RM480 kini masih diteruskan dalam Perbelanjawan 2021 bagi suri rumah yang tiada sumber pendapatan tetap semasa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif i-Suri yang patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.

Manfaat I-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun.
  • Bantuan kematian sebanyak RM 2,500.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Bantuan hilang upaya.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih)
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

Nota Tambahan: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Siapa Yang Boleh Mencarum

  • Suami kepada pasangan yang layak.
  • Diri sendiri (isteri).

Borang Pendaftaran Dan Cara Permohonan

Kepada sesiapa yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:

  1. Borang i-Suri –  KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri –  KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Pembayaran Caruman

  1. Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank, PB, RHB Bank, Bank Muamalat, Cimb Bank
  2. Kaunter Ejen Bank : Tunai/Cek seperti di BSN, Maybank, PB, dan RHB Bank
  3. Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
  4. Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.

Had Bayaran

  • Minimum (RM sahaja): Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Semakan Status Pendaftaran

  1. Layari portal RASMI RASMI E-KASIH
  2. Masukkan maklumat No Kad Pengenalan
  3. Klik ‘carian’ untuk semak pendaftaran.

PERINGATAN: Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem e-Kasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (Balu, bercerai ataupun bujang).

Maklumat Lanjut

  • Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)
  • Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)

Sumber: KWSP

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *