Covid-19

Begini Caranya Untuk Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

Seperti tahun yang sebelumnya, rakyat Malaysia terpaksa menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing disebabkan PKP yang telah dilaksanakan di seluruh negara. Berikut dikongsikan panduan dan tatacara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri yang ringkas dan mudah beserta amalan sunat, teks takbir dan doa yang boleh dibacakan bersama keluarga pada malam Hari Raya.

Pengenalan

Hukum menunaikan solat hari raya di rumah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah adalah harus dan sah. Disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.

Manakala tidak dituntut bagi mereka yang melaksanakannya secara bersendirian untuk berkhutbah disebabkan tidak ada faedah padanya .

Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang limam kecuali perkra sunat yang ditambahkan iaitu:

  • Bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan
  • Lima kali pada rakaat yang kedua,
  • Disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Lafaz tasbih yang dibacakan adalah seperti berikut:

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]

Usalli sunnatan li Aidil Fitri rak’ataini makmuman / imaman lillahi ta’ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum / imam/ sendirian kerana Allah Ta’ala.

Cara Menunaikannya

Rakaat Pertama

  1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

  1. Membaca doa iftitah
  2. Lafaz takbir 7 kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
    [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Lafaz takbir 5 kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
    [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

Infografik: Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Berikut adalah ringkasan infografik Panduan Solat Sunat Aidilfitri untuk memudahkan rujukan anda:

Download : Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri (Versi PDF)

Untuk mendapatkan versi PDF bagi panduan solat sunat aidilftiri di atas, sila muat turun fail di bawah:

atau

Sila download melalui Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pautan berikut https://www.jais.gov.my/userfiles/user/Panduan-Solat-Eidulfitri-2021/1442H.pdf

Khutbah Aidilfitri 2021 / 1442H (JAKIM)

Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak 9 kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Berikut adalah Teks Khutbah Aidilfitri oleh JAKIM yang boleh dibacakan oleh imam interim di rumah semasa tempoh PKP.

Muat turun teks khutbah dalam versi PDF di laman web Jakim e-khutbah :

Khutbah Aidilfitri 1442H – Aidilfitri Dirai Keluarga Disantuni (Rumah)

Sumber: Harian Post

Pautan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *