News

Tabung Haji: Cara Simpan Duit ke Tabung Haji Tanpa Caj Melalui JomPAY

Berita baik untuk pendeposit Tabung Haji, kini anda boleh transaksi duit ke Tabung Haji dengan lebih mudah. Sebabnya kita dah boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, melalui JomPAY! Berikut adalah maklumat lanjut tentang JomPAY dan cara membuat transaksi online.

Simpanan Haji Melalui JomPAY

Mulai 3 Februari 2021, pihak Tabung Haji telah mengumumkan penggunaan JomPAY melalui laman web dan media sosial mereka. JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Kod JomPAY Tabung Haji adalah seperti berikut:

Biller Code – 60228
Biller Name – Tabung Haji – Deposit
Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Dengan JomPay

  1. Pendeposit hanya perlu log masuk ke perbankan internet pilihan
  2. Pilih JomPAY
  3. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
    • Biller Code – 60228
    • Biller Name – Tabung Haji Deposit
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2 – jika ada
    • Amaun (RM)

NOTA: Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Walau bagaimanapun, pendeposit perlu mempunyai akses perbankan Internet atau perbankan mudah alih di bank pilihan pendeposit.

Caj Perkhidmatan & Tempoh Transaksi Ke Akaun Tabung Haji

Melalui FAQ JomPay Tabung Haji, memang telah dinyatakan tiada caj perkhidmatan kepada pendeposit. Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja.

Boleh Juga Buat Transaksi Akaun Ketiga

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bolehkah kita membuat transaksi ke Akaun TH yang lain, contohnya akaun anak-anak atau ibu ayah kita.

Jawapannya YA!

Anda boleh melakukan transaksi untuk Akaun TH sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga. Maklumat yang diperlukan hanyalah nombor Akaun TH untuk melakukan transaksi.

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji (Menggunakan JomPAY)

Di bawah kami kongsikan contoh untuk buat simpanan dari Maybank2u ke Tabung Haji menggunakan JomPAY.

  1. Login macam biasa.
  2. Lepas tu cari butang ‘Pay & Transfer’
  3. Kemudian tekan butang JomPay (rujuk gambar di bawah)

Nanti kita hanya perlu isikan maklumat berikut:

  • Biller Code – 60228
  • Biller Name – Tabung Haji Deposit
  • Ref-1 – Nombor Akaun Tabung Haji (15 digit) — Boleh pilih nak transfer ke akaun kita sendiri atau akaun anak kita atau sesiapa saja.
  • Ref-2 – jika ada reference note boleh tulis di sini
  • Amaun (RM)

Kemudian, dia akan hantar TAC dan kita bolehlah transfer. Selesai!

P/S: Anda juga boleh buat pemindahan daripada bank lain, melalui menu JomPAY!

Mudah kan?

Jadi lepas ni kita bolehlah simpan dan transaksi duit ke Tabung Haji dari akaun Maybank2u, CIMB Clicks, RHB, Bank Islam, Bank Rakyat atau mana-mana bank sekalipun tanpa perlu mendaftar atau menghubungkan akaun lagi. Lepas dah transfer nanti, boleh buat semakan melalui laman web Tabung Haji Online (THiJARI).

Maklumat Lanjut

Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan,atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.

Sumber: Lembaga Tabung Haji (Facebook) 

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close