NewsUncategorized

CIMS 3.0: Cara Untuk Mendapatkan Surat Kelulusan MITI Bagi Sektor-Sektor Berkaitan

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua surat kelulusan untuk urusan berkerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terbatal mulai Rabu, 1 Jun 2021. Bagi yang telah berdaftar sebelum 1 Jun 2021, anda perlu memuat turun surat kebenaran MITI baharu dan mengemaskini senarai pekerja anda.

Cara Untuk Mendapatkan Surat Kelulusan MITI Baharu

Berikutan dengan pengumuman tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown) yang akan bermula pada 1 hingga 14 Jun 2021, hanya segelintir sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi. Selain itu, surat kelulusan MITI yang telah dimohon sebelum 1 Jun 2021 juga akan terbatal.

Gambar: MITI Malaysia (Laman Web)

Cara membuat permohonan bagi surat kelulusan MITI baharu:

  • Permohonan bagi pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan sahaja boleh memohon di MITI: https://notification.miti.gov.my/login
  • Permohonan bagi sektor-sektor selain pembuatan dan berkhidmatannya yang berkaitan perlu dimohon daripada kementerian yang mengawal selia sektor-sektor tersebut.

Senarai Sektor Pembuatan & Perkhidmatannya Yang Berkaitan Yang Dibernarkan Beroperasi (1 – 14 Jun 2021)

Kapasiti (60% pekerja):

  1. Aeroangkasa
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan
  4. Baran-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  6. Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Produk kimia
  11. Mesin dan peralatan
  12. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

Siapsiaga (10% pekerja):

  1. Automotif (kenderaan dan komponen)
  2. Besi dan Keluli
  3. Simen
  4. Gelas
  5. Seramik

Sumber: MITI Malaysia (Siaran Media)

Permohanan Bermula Pada 31 Mei 2021

Bagi syarikat yang belum berdaftar, pendaftaran boleh dibuat mulai Isnin, 31 Mei 2021, bermula jam 1:00 tengah hari. Anda perlu memuat turun surat kelulusan MITI baharu dan mengemaskini senarai pekerja. Untuk makluman lanjut mengenai CIMS 3.0, sila klik disini: www.miti.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *