JPJ

mySikap JPJ: Panduan Pembaharuan Lesen, RoadTax & Pembayaran Saman Atas Talian (Online)

Pernahkah anda mendengar mengenai Portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Online @mySIKAP? Mungkin ramai sudah menggunakan laman web ini, dan mungkin juga ramai masih belum mengetahui tentang hal ini. mySIKAP adalah portal JPJ yang membolehkan pengguna-pengguna kenderaan motor di Malaysia untuk membayar saman, memperbaharui lesen dan roadtax, dan lain-lain tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ. Mari kita lihat cara menggunakan mySIKAP!

Cara Menggunakan Portal JPJ Online @ mySIKAP:

Pendaftaran Bagi Pengguna Baru:

  1. Layari laman web mySIKAP, di sini. Klik butang ‘Log Masuk’ dibawah Daftar / Log Masuk Kali Pertama (MyKad).

2. Isikan semua maklumat diri dan masukkan kod sekuriti seperti yang tertera.

mySIKAP JPJ

3. Pastikan maklumat anda betul dan lengkap. Kemudian, tandakan kotak pengesahan sebelum klik ‘Hantar‘.

4. Pop up window akan keluar. Pilih ‘Ya‘ jika anda telah pasti semua maklumat tepat dan untuk meneruskan proses pendaftaran.

5. Jika pendaftaran anda telah berjaya, pop up window seperti dibawah akan keluar. Tekan tutup dan semak email anda untuk mendapatkan kata laluan sementara.

6. Log masuk menggunakan kata laluan tersebut. (Id Pengguna: No. Kad Pengenalan)

mySIKAP JPJ

7. Anda akan dibawa kepada halaman ini. Tukar kata laluan anda dan isi semua soalan sekuriti.

Cara Pembaharuan Lesen Kenderaan:

  1. Log masuk di Portal JPJ mySIKAP.
  2. Anda akan dibawa ke halaman ini. Pilih submenu Lesen Memandu‘.

3. Pilih ‘Pembaharuan Lesen Memandu‘.

4. Pilih dan isi semua maklumat yang diperlukan.

5. Langkah terakhir adalah membuat pembayaran dan pengesahan maklumat.

Cara Pembaharuan RoadTax:

  1. Log masuk Portal mySIKAP. Kemudian, pilih submenuKenderaan‘. Anda akan dibawa ke halaman di bawah.

2. Pilih ‘Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)‘.

3. Isi segala maklumat yang diperlukan.

4. Langkah terakhir adalah anda perlu membuat pembayaran dan pengesahan maklumat.

Cara Pembayaran Saman:

1. Log masuk di Portal JPJ mySIKAP. Kemudian, pilih submenuKesalahan & Peniliti‘. Anda akan dibawa ke halaman di bawah.

2. Klik ‘Pembayaran Saman‘ dan anda akan dibawa ke halaman di bawah. Klik ‘Cari‘ untuk semak saman anda.

3. Semak saman dan klik pada saman yang anda ingin membuat pembayaran.

4. Buat pembayaran dan pengesahan maklumat.

Penggunaan Lain-Lain

Selain tiga penggunaan yang dinyatakan di atas, mySIKAP juga boleh digunakan untuk mendaftar kenderaan klasik dan vintag, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom di bahagian ‘Kejuruteraan Automotif‘. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk maklumat di bawah:

Pautan: Laman Web | Panduan Umum

Talian Hotline: (+60)3 8000 8000

Artikel berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close