JPJ

JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga JPJ

Buat pengetahuan anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada, di mana sistem tersebut juga baru sahaja dilancarkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong 12 April sempena sambutan Hari JPJ. Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang aplikasi sistem nombor giliran dalam talian terbaharu JPJ iaitu JPJeQ.

Apakah JPJeQ?

Sejak PKP bermula, JPJ telah pun meneliti trend orang ramai yang datang ke Jabatan ini, dan prihatin terhadap keluhan mereka yang terpaksa beratur dan menunggu lama dalam membuat pelbagai urusniaga di JPJ. Atas sebab itu, JPJ mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ.

Fungsi

Aplikasi JPJ eQ ini merupakan aplikasi secara mobile yang membenarkan pelanggan

  • Membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
  • Menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
  • Mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3Cā€™s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu.

Lepas dah ambil nombor, bolehlah kita pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat. Ia juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba. Sistem ini juga Mesra Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, dan Berkeperluan Khas.

Muat Turun Aplikasi JPJeQ

Jom muat turun JPJEQ sekarang!

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jaln Malaysia (JPJ)

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close