Bantuan Kerajaan

Skim Air Darul Ehsan 2021: Daftar Permohonan Air Percuma Selangor Untuk Pendapatan RM4,000 Kebawah

Tahukah anda yang anda boleh memohon untuk mendapatkan bekalan air percuma di Selangor? Nampaknya pendaftaraan permohonan masih lagi dibuka untuk penduduk Negeri Selangor. Kini hampir semua orang layak untuk menerima air percuma sebanyak 20 meter padu selagi anda berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Apakah Skim Air Darul Ehsan?

Objektif pelaksanaan Program Pemberian Air Percuma ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Walaubagaimanapun, program ini telah dapat dinikmati oleh semua peringkat pendapatan.

Justeru itu, bagi memastikan program ini menepati objektif perlaksanaannya dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah perbelanjaan yang lebih berhemah.

Dewan Negeri Selangor pada 23 November 2018 telah meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan negeri dangan menyasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.

Objektif

Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan adalah seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Premis kediaman jenis meter individu
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

*Nota: Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Kerajaan negeri telah memperkenalkan SADE yang merupakan program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor untuk golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Kini Skim Air Darul Ehsan telah dibuka semula untuk permohonan baru dan permohonan rayuan mulai 1 April 2020 sehingga Jun 2021.

Jika anda menepati syarat-syarat di atas, daftar segera diĀ https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

Sumber: Harian Post

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close