Makanan

Top 10 Cafe Halal di Kuala Lumpur untuk Instagrammer 2019

Ready To Pose!

Bagi warga kota yang mencari-cari cafe halal di sekitar Kuala Lumpur, kami ada penyelesaiannya. Bukan setakat kafe yang halal, makanan kat cafe-cafe ni juga sedap giler. And yes, jika korang seorang yang Instagrammer, inilah tempat yang paling sesuai untuk korang lepak!

10 Cafe Halal for Instagrammer

Take out your camera and get ready to pose! Selain makanan yang sedap, 10 cafe yang akan disenaraikan ni memang mempunyai design yang menarik dan pastinya korang akan jatuh cinta dengan semua cafe ni! So jangan lupa masukkan 10 cafe ni sebagai next pit stop korang!

1. Rimba & Rusa by Wondermilk

Sumber: @dearchar_

 

Sumber: @nnnaiaaa

Rimba & Rusa ialah cafe yang berkonsepkan All Day Dining dimana mereka menyajikan sarapan, makan tengahari dan makan malam sepanjang hari. Kalau korang berkunjung kesini, mesti korang akan terpukau dengan hiasan dalaman di cafe ini yang sangat moden dan ada banyak spot untuk korang bergambar. Makanan disini pula mengetengahkan masakan Itali, Mediterranean & Asia yang pasti menggamit selera makan korang.

📍 D-GF-01, Ground Floor, 2, Jalan PJU 5/14, Sunway Nexis, 47810, Kota Damansara, Selangor, 47810 Kota Damansara

🕑 12 PM – 10 PM (Isnin- Khamis), 9 AM – 10 PM (Sabtu,Ahad), Tutup: Jumaat

📞  03-6151 4022

2. Soul Sacrifice

Sumber: @globetrotter_journey

 

Sumber: @izzahyaakub

“I don’t usually eat at cafe.” Na-ah! Kalau korang dah phobia makan kat cafe sebab rasa makanan yang biasa-biasa tetapi harga kemain mahal, korang boleh cuba ubati rasa kecewa tu kat Soul Sacrifice. Warning! Mungkin Soul korang akan betul-betul terkorban kat situ sebab makanan dan coffee kat sini memang superb sedap. Kalau korang coffee lover, mungkin korang terpaksa tapau lagi satu sebelum balik sebab coffee kat Soul Sacrifice ni memang pekat dan memikat! Bagi makanan pula, korang wajib cuba Orange Blueberries French Toast dan Classic Eggs & Toast kat sini untuk kepuasan maksima!

📍 38, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🕑 8 AM – 11 PM (Selasa-Jumaat), 8 AM – 7 PM (Sabtu,Ahad), Tutup: Isnin

📞 03-9201 3596

3. The Good Batch

Sumber: @thegoodbatchmy

 

Sumber: @michellectting

The Good Batch ialah pakar dalam sajian yang berasaskan telur dan roti menjadikan cafe ini antara cafe terbaik yang anda boleh lawati untuk menikmati brunch! Roti untuk setiap hidangan dibuat segar setiap hari dari Chef mereka sendiri di Nara Kitchen & Co. Jangan lupa untuk cuba Salted Egg Wing kalau korang nak cuba sesuatu yang baru.

📍 No. 53, Jalan SS21/1A, Damasara Utama, Selangor, 47400 Petaling Jaya

🕑 11 AM – 12 AM (Selasa-Jumaat), 9 AM – 12 PM (Sabtu), 9 AM – 10 PM (Ahad), Tutup: Isnin

📞 03-7733 2303

Disclaimer: Cafe ini menyajikan alkohol.

4. 28 Fireplace

Sumber: @anntanofficial

 

Sumber: @squarepad

Teringin nak alami suasana cafe ala Australia di Malaysia? Inilah salah satu lokasi yang korang boleh cuba! Sebaik sahaja korang melangkah masuk, korang akan disapa dengan natural light ang menjadikan cafe ini sangat unik dan instagramable. Disamping suasana yang tenang, pilihan makanan yang sedap mesti akan buat korang jatuh cinta dengan cafe ni! Antara makanan yang korang boleh cuba di sini ialah Crispy Salmon Steak dimana ikan salmon dipanggang sempurna dan diletakkan diatas cendawan menghasilkan gabungan rasa yang unik dan sangat lazat!

📍 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🕑 9 AM – 11 PM

📞 03-2856 8810

BACA LAGI: Makanan Viral 2019

5. LOKL Coffee Co

Sumber: @hearmac

 

Sumber: @order_inchaos

“Get the chicken & waffles. We’ve been trying it in most of the nine countries we’ve visited (to see how other cultures prepare), and this is the best by far.” – Stephen Alfred Jr.

Ini adalah salah satu review beribu orang yang telah mengunjungi LOKL Coffee Co dan berpuas hati dengan makanan dan minuman kat sini. Jadi kalau korang nak pergi lepak, jangan lupa utuk mempertimbangkan LOKL Coffee Co sebagai salah satu lokasi korang sebab korang confirm suka dengan suasana dan makanan kat sini.

📍 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🕑 8 AM – 5 PM (Setiap Hari), 8 AM -3 PM(Selasa)

📞 03-2072 1188

6. Dotty’s Pastries & Coffee

Sumber: @nanaashrina

 

Sumber: @mydottys

Kalau korang cari tempat terbaik untuk dessert, donut dan cake, Dotty’s Pastries & Coffee adalah salah satu tempat yang anda boleh terjah. Selain suasana didalam cafe yang tenang dan cantik, anda juga boleh menikmati makanan yang unik disini iaitu Salted Egg Doughnut dan Red Velvet Latte! Walaupun kedengaran agak pelik, tetapi 2 hidangan ini hot selling tau kat sana. Jadi kalau korang berkunjung kesana, make sure korang cuba 2 hidangan ni okay.

📍 20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

🕑 8 AM – 8 PM

📞 03-7733 4233

7. Meet Joe (Dulu dikenali sebagai OJO Coffee)

Sumber: @meetjoeinbangsar

 

Sumber: @meetjoeinbangsar

Terletak diatara KL dan PJ, ini merupakan the best cafe kalau korang ingin berkumpul bersama rakan pada hujung minggu. Tetapi kalau korang nak cafe spot untuk minum coffee sambil buat kerja, Meet Joe juga salah satu tempat yang boleh dimasukkan dalam senarai. Persekitaran yang agak tenang dan power supply yang diletakkan di setiap meja menjadikan cafe ini ideal untuk sebarang kerja melibatkan laptop. Cafe ini juga menawarkan Horchata iaitu minuman yang manis dan creamy yang dibuat mengunakan almond dan beras yang sangat jarang ditemui di cafe lain. Jadi kalau korang nak try sesuatu yang baru, Horchata adalah satu pilihan yang boleh korang cuba.

📍 23, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🕑 9 AM – 12 AM (Isnin-Khamis, Ahad),  9 AM – 1 AM (Jumaat-Sabtu)

📞 03-2633 5095

8. Fat Spoon Cafe

Sumber: @fatspooncafe

 

Sumber: @fatspooncafe

‘Local food in cafe’ itulah gambaran terbaik untuk Fat Spoon Cafe. Jika cafe lain menyajikan makanan barat atau dessert, Fat Spoon Cafe pulak ialah cafe yang menyajikan makanan local Malaysia. Antara hot selling disini ialah nasi ulam yang biasanya hanya boleh didapati dikedai yang menyajikan makanan kampung. Selain nasi ulam, pengunjung juga sangat sukakan Moo Moo Bowl. Jadi jika korang berkunjung kesini, ini adalah makanan yang korang boleh cuba.

📍 73, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🕑 11 AM – 10 PM, Tutup: Isnin

📞 03-7728 3323

9. The Good Co

Sumber: @goodcompany

 

Kalau korang nak cafe makanan yang sihat, The Good Co adalah salah satu lokasi yang boleh dimasukkan didalam list kerana cafe ini menyajikan pelbagai variasi makanan yang pastinya membuatkan korang makan tanpa rasa bersalah jika korang sedang berdiet. Antara pilihan makanan yang akan buat korang rambang mata ialah salad pots, energy jar, smoothie bowl dan macam-macam lagi. Tetapi makanan yang korang wajib cuba kat sini ialah Nasi Lemak Beckham! Memang sedap giler dengan presentation makanan yang cukup menarik, Fuh! Memang bertambah selera makan tu.

📍 184, Jalan Maarof, Taman Bandaraya, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🕑 9 AM – 6 PM

📞 03-2202 6536

10. Sugar Rush

Sumber: @sugarrush_desserts

 

Sumber: @sugarrush_desserts

Cake Heaven! Itulah yang paling sesuai untuk menggambarkan Sugar Rush sebab variasi kek kat sini memang banyak dan sedap-sedap belaka. Antara kek yang korang boleh cuba jika berkunjung kat sini ialah Chocolate Mint dan Lemon Poppyseed. Rasanya memang superb sedap yang akan buatkan korang nak makan lagi dan lagi. Rahsia kepada rasa kek yang sempurna ni ialah kelembapan dan rasa yang tidak terlalu manis pada kek ini yang menghalang rasa muak pada kek ini. Ada yang dah try?

📍 28 Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Section 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor

🕑 4 PM – 12 AM (Isnin-Jumaat), 11 AM – 12 AM (Sabtu-Ahad)

📞 03-7954 5271

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 10 cafe yang halal disekitar Kuala Lumpur. Jadi bagi korang yang mencari port untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan, salah satu dari 10 cafe ni mesti menjadi cafe favorite korang!

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close