Food

Bimbang Akan Kesihatan Ibunya, Anak Mohon Beri Sokongan Melalui Kedai Makan Mereka

Dalam misi mencari tempat makan baru untuk Foodie sekalian, tweet oleh @HazwaniSofia (Twitter) telah menarik perhatian kami. Sebab bimbang akan kesihatan ibunya, Sofia minta bantu beri sokongan melalui perniagaan ibu dan bapanya – Pak Tam Kopitiam.

Bimbang Akan Kesihatan Ibunya, Sofia Mohon Beri Bantuan Melalui Perniagaan Ibu Bapanya

Hal promosi bukanlah perkara ganjil buat Sofia yang sering mempromosikan restoran Pak Itam Kopitiam milik ibu dan bapanya di laman media sosial. Tetapi semuanya bertukar satu hari apabila penglihatan mata kanan ibunya menjadi gelap. Selepas merujuk doktor, ibu Sofia disyaki menghidap diabetic retinopathy iaitu kompikasi penyakit kencing manis yang meninggalkan kesan ke atas saluran darah dalam mata, dan perlukan rawatan serta merta.

Gambar: @HazwaniSofia (Twitter)

“Saya bukan nak meminta derma tapi cuma mahu anda beri sokongan kepada perniagaan ibubapa saya,” kata Hazwani Sofia di laman twitter dengan niat sedikit sebanyak duit itu mampu bantu bayar rawatan ibunya. “Saya guarantee makan semua sedap!”

Kata-kata Sofia pun mendapat sokongan warga Twitter yang pernah jamah di restoran Pak Itam Kopitiam ini:

Selain tweet sokongan dari warga Twitter, ramai juga dah terliur tengok gambar-gambar makanan yang ditweet Sofia. Jom lihat apa yang ada di Pak Itam Kopitiam:

Gambar: @HazwaniSofia (Twitter)

1. Kacang Pool

Gambar: @HazwaniSofia (Twitter)

2. Lontong

Pak Itam Kopitiam
Gambar: @HazwaniSofia (Twitter)

3. Laksa

Pak Itam Kopitiam
Gambar: @HazwaniSofia (Twitter)

4. Mee Udang

Pak Itam Kopitiam
Gambar: @HazwaniSofia (Twitter)

Itu baru menu sepintas lalu tapi perut mesti dah berbunyi kan? Kalau anda tinggal di daerah berdekatan, jangan lupa singgah makan di Pak Itam Kopitiam ini ya. Kalau jauh, jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan ya. Harap sokongan kita ini sedikit sebanyak dapat bantu Sofia dan keluarga.

Pak Itam Kopitiam

Lokasi: Pak Tam Kopitiam, Cafe SMBK, Lorong Titiwangsa 2, Taman Bukti Setia, Seremban (sebelah Kedai Runcit Sarasamura)

Waktu Operasi: 8 pagi – 3 petang (tutup Jumaat)

Baca Juga: JONETZ by DON DON DONKI Kini Buka Cawangan Kedua Yang Terbesar Di PJ Dengan Seksyen Barangan Halal

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close