Food
Wanita M’sia Ini Berkongsi Penggunaan Pelbagai Herba Dalam Masakan Hariannya
Nak bagi makanan lebih sedap mestilah nak masukkan macam-macam rempah dan herba kan? Bagi wangi masakan kita tu sampai jiran pun terliur. Tapi, anda tahu tak perbezaan herba-herba yang tersusun rapi di rak pasaraya kalau nak masukkan dalam resipi kita? Kalau tak, jom kita tengok cara penggunaan herba yang betul dalam masakan yang dikongsi oleh Puan Syida Dae Lurve’A ini.
Perbezaan & Penggunaan Herba Dalam Masakan Harian
1. Oregano Leaves Ground
Untuk Oregano, sesuai letak dalam hidangan seperti Aglio Olio, Egg Muffin, Carbonara, Murtabak Telur, Cucur Goreng dan Daging Perap. Tapi ingat! Jangan letak banyak sangat sebab nanti boleh jadi pahit hidangan kita.
2. Italian Herbs
Untuk Italian Herbs pula, ia lebih sesuai digunakan dalam masakan Italian seperti pasta dan pizza. Lebih kurang mixed herbs (herba campuran) tapi lebih sedap dan wangi!
3. Cinnamon Ground
Cinnamon Ground lebih terkanal dalam resipi-resipi pastri seperti Apple Pie, Pancake, Muffin, dan French Toast. Menurut Puan Syida, rasanya macam manis-manis ‘natural’ tapi tak semanis gula.
4. Black Pepper Whole
Disebabkan lada hitam ini dalam bentuk sebelum dikisar, Puan Syida akan kisar kering lada hitam ini hingga halus sebelum digunakan dalam masakan. Tipsnya, ambik sedikit di hujung sudu saja sebab pedas. Black Pepper Whole ini sesuai untuk masak Sos Black Pepper, pelbagai jenis sup, sebagai bahan perap dan gorengan.
5. Mixed Herbs
Menurut Puan Syida, Mixed Herbs inilah paling banyak berjasa dalam masakannya. Kalau anda peminat setia Sos Bolognese Prego, tambahkan saja Mixed Herbs ini dan anda boleh dapatkan rasa dan bau yang sama seperti Sos Prego! Bau ia sangat wangi dan sesuai untuk digunakan dalam resipi seperti pasta, sup, Baked Potato dan Masak Lemak.
6. Nutmeg Ground
Ha, untuk Nutmeg Ground pulak mesti ramai yang keliru kan? Fungsinya sangat mudah sebenarnya. Ia digunakan sama seperti Cinnamon Powder! Kalau Cinnamon Powder rasanya manis, Nutmeg Ground ini akan memberikan rasa seperti kacang atau ‘nutty’ dalam hidangan.
7. Paprika Ground
Ramai yang fikirkan bahawa Paprika Ground ini pedas. Tapi, menurut Puan Syida ia tak pedas langsung! Jadi, kalau anda nak masak ayam seperti Ayam Tandoori yang merah menyala tu, bolehlah gaul dengan serbuk paprika ni. Oh iya, Puan Syida juga ada pesan kalau nak gunakan dalam masakan untuk anak-anak, tambahkan bila anak anda sudah boleh makan Cili Kembung atau ‘Capsicum’.
8. Cumin Seeds Ground
Cumin Seeds Ground ini sebenarnya serbuk jintan. Kalau taknak guna ini, boleh saja kisarkan biji jintan dengan semua bahan kisaran seperti bawang merah, bawang putih, cili dan sebagainya. Kalau tambah jintan dalam masakan, dia akan lebih beraroma dan lebih berasa! Sesuai guna untuk masak Nasi Briyani, kurma, kari dan banyak lagi.
Membantu Tak Tips Ini?
Begitulah cara Puan Syida menggunakan herba-herba yang tersenarai diatas. Memang semua berfungsi untuk membuat lauk-pauk dan pastri kita lebih sedap, tapi ingat! Pastikan anda masukkan sukatan yang betul ya. Kalau lebih-lebih sangat, nanti kuat pulak rasanya. Dunia masakan ini penuh dengan penerokaan, jadi selamat meneroka bahan dan selamat memasak!
Sumber: Syida Dae Lurve’A
Artikel Berkaitan: