Food

Resipi Mudah Karipap Jelita Yang Cantik Dianyam

Mesti ramai dah jumpa resipi menarik pada musim PKP ni. Tapi dalam banyak-banyak resipi, pernah tak anda menganyam karipap? Selalunya kita mengayam ketupat daun kelapa, tapi kali ini Nana Ereena telah berkongsi cara untuk mengayam karipap pula. Ha, menarik tak? Jom kita lihat cara membuat resipi karipap jelita ini!

Inilah Resipi Karipap Jelita Yang Dianyam:

Resipi Inti Karipap:

Bahan A:

  • 2 bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan)
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3 batang serai

Bahan B:

  • 500g isi ayam (dipotong dadu)
  • 3 biji kentang (dipotong dadu)
  • 2 helai daun kunyit disimpul
  • Sedikit santan
  • Gula
  • Garam

Anda boleh dapatkan bahan-bahan disini

Cara-cara:

  1. Kisar bahan A dan tumis sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan ayam, kentang, daun kunyit dan santan ke dalam bahan tumisan. Biarkan sehingga ayam dan ubi empuk.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa, serta hirisan daun kunyit dan siap.
Resipi Karipap Jelita
Gambar: Nana Ereena (Facebook)

Resipi Kulit Karipap

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Sedikit oregano (tidak wajib)
  • Air sejuk (ais)

Anda boleh dapatkan bahan-bahan disini

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dan mentega dalam kuali.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, garam dan oregano. Gaul dengan senduk sehingga bahan kelihatan seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air sejuk (ais) secukupnya dan ui sehingga menjadi doh.
  4. Rehat doh selama 30 minit dan canai seperti gambar dibawah.
Resipi Karipap Jelita
Gambar: Nana Ereena (Facebook)

*Sedikit tips, kelimkan hujung karipap atau sapukan sedikit air supaya karipap tidak terbuka masa goreng nanti.

Jom Anyam Karipap!

Resipi Karipap Jelita
Gambar: Nana Ereena (Facebook)

Sudah selalu sangat makan karipap yang biasa, jom la kita cuba resipi Karipap Jelita yang dianyam ni. Cantik pun cantik, sedap pun mesti sedap! Dah tahu asas nak menganyam dan cara membuat kulit karipap ini, intinya mestilah boleh ditukar-tukar kan? Jadi, bolehlah anda cuba gunakan inti karipap kegemaran anda. Oh, jangan lupa tunjukkan hasil kalau anda cuba resipi ini di bahagian komen ya. Selamat mencuba!

Sumber: Nana Ereena (Facebook)

Artikel Berkaitan:

Gambar: Reha Rahma & Watie Paidi (Facebook)

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close