Food

Resipi Mudah Kek Buah-Buahan Kegemaran Ramai Yang Anda Perlu Cuba Di Rumah

Siapa cakap nak buat kek susah? Memang ada yang sedikit banyak langkah, tapi kami terjumpa resepi kek yang mudah dari halaman Facebook Are Pezz untuk anda cuba di rumah. Are Pezz berkongsi cara mudah untuk membuat kek yang bertekstur lembut dan dilengkapkan dengan buah-buahan kegemaran anda! Masam, manis, buttery – semuanya berasa! Lagi-lagi, kebanyakan bahan-bahan yang akan digunakan juga adalah bahan asas membuat kek dan senang dimiliki. Jadi, siapa yang suka kek buah-buahan bolehlah cuba resepi mudah di bawah.

Resipi Mudah Kek Buah-Buahan:

Bahan-bahan:

  • 100g yoghurt
  • 150g gula kastor
  • 110g mentega
  • 210g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Buah strawberi
  • Buah pic

Cara-cara:

Resepi Kek Buah-Buahan
Gambar: Are Pezz (Facebook)

1. Bersihkan dan potongkan buah-buahan yang disediakan.

2. Kemudian, masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mesin pengadun. Adun sehingga halus.

3. Tambahkan telur satu per satu (jarak tidak terlalu lama) dan tuangkan esen vanila ke dalam mesin pengadun. Adunkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit dan masukkan yoghurt.

Resepi Kek Buah-Buahan
Gambar: Are Pezz (Facebook)

5. Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam bekas (gunakan kertas bakar).

6. Susun dan tekankan sedikit buah-buahan ke dalam adunan.

Gambar: Are Pezz (Facebook)

7. Kemudian, bakar adunan tersebut pada suhu 160C selama 45 minit.

Gambar: Are Pezz (Facebook)

8. Selepas 45 minit, biarkan kek itu sejuk dan barulah ayakan serbuk salju (snow powder) / gula aising (icing sugar) sebagai topping.

Resepi Kek Buah-Buahan
Gambar: Are Pezz (Facebook)

9. Sedia untuk dihidang.

Sangat Sedap & Mudah!

Bagi sesiapa yang ingin cuba membuat kek untuk kali pertama, resepi ini sangat mudah untuk diikuti. Anda hanya perlu masukkan semua bahan untuk akan diadun mengikut urutan sahaja dan masukkan ke dalam ketuhar untuk dibakar dengan suhu dan masa yang telah ditetapkan. Mudah tak? Bagi yang belum ada bahan-bahan, anda boleh dapatkan disini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan: https://shp.ee/f58jyti

Sumber: Are Pezz (Facebook)

Artikel Berkaitan:

Tips Nasi Dagang
Gambar: @xiilaaa (Instagram), Mayusnizam Mohamad (Facebook)
Gambar: Reha Rahma & Watie Paidi (Facebook)

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Sekarang, Episod Baru Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close