Food
Resipi Puding Susu Buah Naga Merah Yang Mudah & Menyegarkan
Pernah cuba Puding Susu Buah Naga Merah? Lihat gambar di atas, cantik sangat kontras warna pudding ini. Tapi, bukan cantik saja. Puding Susu Buah Naga Merah ini sangat mudah dibuat dan sangat menyegarkan. Sesuai untuk manisan pada hari-hari yang sedikit panas. Jadi, mari kita lihat resipi Puding Susu Buah Naga Merah yang mudah dan menyegarkan ini oleh Puan Nurhayati Abd Malek (Facebook).
Resipi Puding Susu Buah Naga Merah:
Bahan-Bahan
- 1 biji buah naga (isi merah) – https://shp.ee/eu58chd
- 20g agar-agar bertali
- 750ml susu cair
- 750ml air kosong
- 1 cawan gula kastor (boleh dikurangkan)
- Loyang bersaiz 7 inci – https://shp.ee/3ps4wbd
Cara Penyediaan
1. Potong buah naga menjadi kepingan bersaiz gigitan.
2. Di dalam kuali, masukkan air dan agar-agar. Kacau sehingga agar-agar larut di atas api.
3. Masukkan susu dan gula kastor. Kacau sehingga semua bahan sebati.
4. Masukkan buah naga yang telah dipotong tadi dan kacau lagi supaya puding tidak berketul.
5. Tutup api dan masukkan dalam loyang.
6. Ketepikan sehingga sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
7. Simpan di dalam peti ais selama beberapa jam sehingga menjadi puding, dan sedia untuk dihidang!
Selamat Mencuba!
Itu saja caranya. Hanya guna satu periuk, masukkan bahan satu persatu dan yang paling penting, jangan lupa kacau setiap kali anda masukkan bahan baru. Dengan cuaca di Malaysia, puding ini sangatlah sesuai untuk di jadikan manisan pada hari-hari panas. Kalau anda cuba, jangan lupa tunjukan hasil masakan anda kepada kami di bahagian komen di bawah. Selamat mencuba, Foodies!
Sumber: Nurhayati Abd Malek (Facebook)
Artikel Berkaitan:
–
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V