Food
Resipi Viral Kerang Rebus Ala Thai, Olah Menjadi Lebih Padu & Mudah

Peminat kerang mesti suka resipi yang kita akan lihat hari ini. Kerang rebus memang sangatlah sedap dijamah, tapi kalau tambah lagi dengan sos di yang sedikit masam, sedikit manis – memang sedap tak terkata! Pernah viral dulu, tapi telah diolah resipi Kerang Rebus Ala Thai ini oleh Puan Liza Idris (Facebook) menjadi lebih padu, lebih mudah dan lebih cepat memasak! Jadi, jom kita lihat cara memasak resipi viral Kerang Rebus Ala Thai ini.
Resipi Viral Kerang Rebus Ala Thai:
Bahan-Bahan

- 1 kg kerang
- 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
- 1 biji cili merah (dikisar kasar)
- 3 biji cili api (dikisar kasar)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
- Daun limau purut (tidak wajib)
- 1/2 cawan air
Mesin Kisar Mini: https://shp.ee/9cyqpth (Shopee) | https://lzd.la/3DY7bkB (Lazada)
Untuk Sos:

- 2 sudu orange sunquick
- 2 sudu sos ikan
- 2 sudu sos tiram
Cara Penyediaan

1. Rebus sekejap, angkap dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tak kecut. Kemudian, kopek dan buang sebelah kulit saja.

2. Panaskan kuali, masukkan air. Boleh lebihkan air untuk lebihkan kuah. Biarkan air mendidih dan masukkan sos.
Periuk Masak Dessini: https://shp.ee/gkd7whh (Shopee) | https://lzd.la/3njiE8d (Lazada)

3. Bila kuah sudah likat, masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam mengikut citarasa sendiri.

5. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Kacau seketika dan tutup api.

6. Tuangkan kuah di atas kerang dan siap!

Selamat Mencuba!
Sedap sangat tengok gambar terakhir di atas. Jadi, adakah anda akan cuba resipi ini? Jangan lupa kongsi resipi viral Kerang Rebus Ala Thai ini dan tunjukkan hasil masakan anda di bahagian komen dibawah. Selamat mencuba, Foodies!
Sumber: Liza Idris (Facebook)
Artikel Berkaitan:
–
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V