Food

Resipi Pasta Buttermilk #SemuaBolehMasak, Jom Kami Beritahu Rahsianya!

Memasak susah? Sebenarnya tak susah pun dan kami yakin setiap orang ada bakat memasak. Hanya perlu mulakan dengan bahan rahsia ini dan fuh, mesti makan hingga menjilat jari! Ha, nak tahu apa rahsia kami? Jom, jom, kami bagi.

#SemuaBolehMasak Dengan Bahan Rahsia Ni!

Sudah pasti ramai dah terbiasa dengan masakan ibu atau isteri. Bila mereka tak ada dirumah, mulalah segala masalah. “Nak makan apa?” “Nak makan mana?” Tapi, makan di luar agak mahal. Kalau dikira-kira, lebih jimat masak di rumah. Nak kami selamatkan dompet anda? Ha, inilah rahsianya – produk Kimball Pasta, penyelesaian mudah segala masalah!

Kenapa Kimball Pasta? Sebab dengan Kimball, anda tak akan pernah jemu. Tahu tak produk Kimball Pasta ini datang dalam aneka pilihan seperti Spaghetti, Penne, Macaroni, Fettuccine dan banyak lagi untuk dipadankan dengan Traditional Pasta, Mushroom Pasta, Basil & Garlic, Spicy Chili Tomato dan banyak lagi!

Disebabkan produk Kimball Pasta ini serba boleh, anda juga boleh masukkan ke dalam resipi-resipi lain seperti Popiah Makaroni, Murtabak Pasta, Sandwic Bebola dan macam-macam lagi! Harga pun mesra poket – memang menang di hatilah!

Kimball Pasta

Lagi-lagi, produk Kimball Pasta direka untuk membolehkan semua orang memasak, jadi langkah-langkah memasaknya lebih mudah dari yang kita sangkakan. Kalau tak percaya, jom kami tunjukkan!

Resipi Mudah Pasta Buttermilk Kimball

Kimball Pasta

Bahan-bahan:

  • 1 tin Sos Pasta Buttermilk Kimball
  • 150g Spiral Kimball (masak ikut arahan di paket)
  • 2 sudu besar Mentega
  • 6 keping Sosej daging, dihiris halus
  • 30g bawang, dipotong dadu
  • 50g lada benggala hijau, dipotong dadu
  • 50g lobak merah, dipotong dadu
  • 1/2 cawan air
  • 4 keping keju Cheddar & Mozzarella, dihiris halus

Cara Memasak:

1. Rebus Pasta Spiral Kimball selama 10 minit dan ketepikan.

Kimball Pasta

2. Tumis bawang, lada benggala dan lobak merak. Kemudian, masukkan sosej dan gaul sehingga masak.

Kimball Pasta

Kimball Pasta

3. Masukkan Sos Pasta Buttermilk Kimball dan Pasta Spiral Kimball yang direbus tadi.

4. Taburkan keju Cheddar dan Mozarella secukupnya. Gaul rata dan siap!

Kimball Pasta

Jom Masak Sama-Sama Dengan Kimball!

Zaman sekarang mana ada perempuan saja yang masak. Ada kaum lelaki yang lebih hebat memasak daripada kaum wanita! Tapi, jika anda masih belajar atau teringin membuat sesuatu yang istimewa untuk orang tercinta, boleh mula dengan produk Kimball Pasta. Cepat dapatkan di pasaraya berdekatan dan rasakan keajaibannya sendiri!

#SemuaBolehMasak #KimballPasta #KimballMalaysia

Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram

Baca Juga: Harga Roti Putih Sandwic Massiomo Kekal Sama! (Jom Lihat 3 Resipi Anda Boleh Cuba)

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close