Perniagaan

10 Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera Untuk Tahun 2021

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis kemudahan pinjaman agensi kerajaan serta bank yang menyediakan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera. Ekoran Malaysia yang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 juga memberi impak terhadap sosio-ekonomi negara semenjak bulan Mac 2020 di mana secara tidak langsung menjejaskan aktiviti kelangsungan perniagaan para usahawan. Oleh itu, kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang jenis bantuan pembiayaan pinjaman yang boleh dimohon oleh usahawan Bumiputera.

Pinjaman Perniagaan Untuk Usahawan PKS & Bumiputera 2021

1. TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Terdapat beberapa skim pembiayaan perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya:

  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
  • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i
  • AR-RAHNU TEKUN
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
  • Tekun Mobilepreneur

Pembiayaan yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi TEKUN Nasional.

2. TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

  • Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta.
  • Dana Teras pula bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic. Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS). Semak syarat kelayakan anda di portal rasmi TERAJU.

3. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Skim pinjaman MARA / pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara. Antara Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
  • Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  • Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
  • Program Mobilepreneur Food Truck
  • Program Rantaian Industri (PRiN)
  • MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
  • Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  • SPiM Tekno
  • Program Galakan Eksport (GEB)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Sila rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan.

4. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).

Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga. Antara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia adalah:

  • Skim i-Mesra
  • Skim i-Srikandi
  • Skim i-Wibawa
  • Skim i-Sejahtera
  • Skim i-Bestari
  • Skim i-Penyayang

Antara syarat untuk menyertai AIM adalah pendapatan bulanan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,855 atau per kapita RM 838, dan pemilikan aset yang tidak melebihi jumlah RM 50,000. Maklumat lanjut tentang Amanah Ikhtiar Malaysia, sila rujuk di SINI.

5. Hijrah Selangor

Pinjaman mikrokredit perniagaan Hijrah Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan pinjaman mudah, cepat dan tidak membebankan kepada rakyat. Selain pinjaman Mikro kredit, Hijrah Selangor juga menawarkan pakej pembiayaan ‘Zero to Hero’ yang melaksanakan sistem mentoring.

Maklumat lanjut tentang skim pembiayaan pinjaman perniagaan ini boleh didapati melalui laman web https://www.hijrahselangor.com/

atau

Ibu Pejabat Hijrah Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Telefon: +603 5519 1692

6. PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan pakej pinjaman perniagaan untuk usahawan Bumiputera. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM100,000 hingga RM10 juta bagi tempoh bayaran balik 10 tahun.

Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan seperti Program JUMPER. Sila layari Portal Rasmi PUNB untuk maklumat lanjut.

7. SME Corp

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

BAP 2.0 contohnya menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu. SME Corp.

*Nota: Permohonan baharu bagi geran di bawah program ini adalah ditangguhkan buat sementara waktu. Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

Lain-lain Pinjaman Perniagaan 2021

Terdapat banyak lagi pinjaman perniagaan 2021 yang disediakan oleh pelbagai bank di Malaysia seperti BSN, Bank Islam, Bank Rakyat dan sebagainya.

i) BSN Micro/i Kredit Prihatin 

Pinjaman ini memberikan anda tempoh moratorium di mana peminjam hanya perlu mula bayar bayaran bulanan 6 bulan selepas tempoh kelulusan. Tiada kadar faedah keuntungan yang dikenakan iaitu 0%.

Pinjaman ini memang ditawarkan untuk mengurangkan beban dikalangan usahawan, peniaga, penjaja sepanjang gelombang COVID 19 ini. Setiap usahawan mikro disediakan pelbagai segmen iaitu sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum di bawah BSN Micro/i-Kredit Prihatin dalam tempoh pembiayaan atau pinjaman antara satu hingga 5.5 tahun.

Maklumat lanjut: BSN

ii) Pembiayaan Mikro BangKIT Bank Islam

Pembiayaan Mikro BangKIT adalah program yang menyediakan pembiayaan mikro mampu milik kepada segmen masyarakat yang kurang berkemampuan dan tidak layak memohon kemudahan pembiayaan perbankan biasa tetapi memerlukan modal kerja dan/atau pembiayaan untuk perbelanjaan modal.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan dilengkapi dengan latihan perniagaan praktikal dan mentor oleh pembuat perubahan yang dilantik untuk kembangkan perniagaan dan kemampanan.

Ditawarkan di bawah kontrak al-Qard (tanpa faedah), Pembiayaan Mikro BangKIT menyediakan pinjaman serendah RM500 hingga RM3,000 bagi perniagaan baharu dan RM3,000 hingga RM20,000 bagi pengembangan perniagaan dengan tempoh bayaran balik antara enam bulan dan tiga tahun

Maklumat lanjut: Bank Islam

iii) Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk Bank Rakyat

Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk direka khas bagi menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan masing-masing.

Maklumat Lanjut:

Bank Rakyat juga menyediakan Pembiayaan Qaseh Biz-i khusus untuk usahawan wanita. Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Sumber: Mstar

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close