Food
10 Restoran Kegemaran Kami Dengan Delivery PERCUMA, Diskaun Ramadan & Banyak Lagi!
Hi geng! Ramadan pun dah dekat jadi inilah masanya kami syorkan restoran-restoran kegemaran kami yang anda boleh cuba untuk berbuka nanti! Dari makanan laut, nasi berlauk, kek, pastri dan macam-macam lagi untuk memuaskan Iftar anda pada bulan yang ditunggu-tunggukan ini! Dah bersedia? Jom lihat antara 10 restoran kegemaran ramai yang datang dengan pelbagai promosi seperti potongan harga, delivery PERCUMA, set hidangan berbuka dan macam-macam lagi!
10 Restoran Pilihan Ramai Ramadan Ini!
1. Shell Out
Siapa tak kenal Shell Out, memang legend! Menyajikan antara makanan laut segar ala Louisiana terbaik di Malaysia – ketam, siput lala, kerang buluh, udang, sotong dan banyak lagi yang dipadankan dengan sos lazat menjilat jari dan minuman segar penghilang dahaga – memang padu! Ha, sebelum makan jangan lupa lipat lengan baju – baru boleh nikmati sepuas-puasnya!
Yang paling best, ada DUA promosi eksklusif menu Syawal dari 27 Mac – 5 Mei 2023 untuk anda:
- Delivery PERCUMA (dihadkan sehingga RM6), kod promo: SORAYADELIVER
- DISKAUN RM5 untuk pesanan pickup, kod promo: SORAYAPICKUP
2. Muhibbah Seafood
Selain Shell Out, anda juga boleh cuba Muhibbah Seafood yang menyajikan makanan Cina dan Thai Halal asli yang lazat sejak tahun 90-an lagi. Jamu selera hidangan seperti Buttered Prawns, Miang Fish, Chicken in Lemon Sauce, Mixed Tom Yam Soup dan banyak lagi sambil nikmati pemandangan indah dari atas bukit terletaknya restoran ini! Pst! Porsinya besar, sangat sesuai untuk dikongsi.
Dengar-dengar mereka anda TIGA hidangan set Ramadan menanti anda dari 23 Mac – 20 April 2023! Jom ajak kawan-kawan dan keluarga makan bersama!
3. Nippon Sushi
Jangan gelarkan diri anda peminat sushi kalau anda belum cuba Nippon Sushi! Antara makanan Halal Jepun terlaris yang tersedia di sini termasuk Handroll Suhi, Shimeji Niku Jyu, Chicken Teppan, Mito Set dan banyak lagi menu yang lebih daripada 100 jenis pilihan oishi menanti anda!
Ha, Ramadan ini jangan lupa menu istimewa – Hachi Set dan kalau pesan pickup boleh dapat Chuka Selection PERCUMA dengan perbelajaan minimum RM80 dari 15 Mac – 30 April 2023.
4. Mahbub
Restoran nasi kandar terkenal di Bangsar ini sudah berjaya dioperasikan oleh TIGA generasi sejak tahun 1974 lagi dengan aneka sajian lazat! Selain Nasi Kandar kuah taruh atas, perlu cuba hidangan istimewa mereka yang diminati ramai selama berpuluhan tahun iaitu Nasi Briyani Ayam Madu!
Buka puasa ramai-ramai dengan PROMOSI Briyani BELI 15 PERCUMA 1 Nasi Briyani Ayam dari 20 Mac – 30 April 2023!
5. JM Bariani
Ditubuhkan pada tahun 1982, JM Bariani menyajikan makanan diinspirasikan resepi asli Johor termasuk Nasi Bariani Johor, Mee Rebus, Otak-Otak, Tauhu Bakar dan banyak lagi! Kalau singgah, jangan lupa cuba menu sampingan lain seperti Sirap Gula Melaka, Kelupis dan macam-macam lagi!
Nikmati TIGA Menu Eksklusif Riang Ria Syawal dan RM5 DISKAUN bagi semua pesanan pickup dari 20 Mac – 30 April 2023 tanpa kod promosi!
6. Nasi Lemak Saleha
Apabila dengar saja Nasi Lemak, mesti perut berbunyi. Mana tak iya kalau nasi berlemak dipadankan dengan sambal pedas manis serta sotong, paru dan banyak lagi hidangan sampingan yang lazat tak terkata. Wow, semuanya ada di Nasi Lemak Saleha! Tapi jangan diingatkan Nasi Lemak saja, Pulut Kuning dengan Kari Ayam dan Lontong Kedah juga ada di sini!
Nikmati DUA pakej Raya eksklusif termasuk hidangan set dan ala carte serta DISKAUN RM20 untuk pesanan pickup melebihi RM100 dari 21 Mac – 30 April 2023!
7. Salad Atelier
Tibanya Ramadan, ada juga yang ingin mulakan gaya hidup sihat. Maklumlah, Syawal pun sudah dekat kan? Bagi semua yang mahukan hidangan sihat – cubalah Salad Atelier! Mereka ada DUA Healthy Eid Set Meal Eksklusif untuk Ramadan ini termasuk Satay Ayam, Satay Happiee Squidee berasaskan tumbuhan, Sambal Squidiee, Papadom dan banyak lagi!
Lagi best sebab ada DISKAUN RM12 (perbelanjaan minimum RM12) & RM9 (perbelanjaan minimum RM60) untuk semua pesanan Delivery & Pickup dari 1 Mac – 21 April 2023!
8. Sugar and I
Sudah tiba kita ke pencuci mulut! Berbuka tak lengkaplah kalau tak ada manisan kan? Kalau dibuka dengan buah, diakhiri dengan pastri dan kek – baru Alhamdulillah kenyang! Sugar and I ada pelbagai jenis manisan dan yang paling popular semestinya Bomboloni mereka! Dari Nutella, Oreo Monster, Vanilla Custard, Homemade Mixed Berry Jam, Niko Neka Macha, Lotus Biscoff & banyak lagi perisa! Satu takkan cukup, nasiblah datang dalam pax.
Sugar and I popular dengan pastri dan kek bertema. Ramadan ini, mereka keluarkan perisa BARU Bomboloni Pandan Gula Melaka dengan tiga kukis – Belgium Chocolate Chip, White Chocolate Macadamia dan Honey Corn Flakes, sesuai untuk berikan hadiah Ramadan ini dan dikongsi bersama!
9. Manila Bakes
Terkenal dengan roti mereka yang gebu dan lembu, Manila Bakes menjadi pilihan kami dengan sekelip mata! Bukan saja mereka ada pelbagai jenis pastri kegemaran ramai seperti Croissant, Baguette, Spanish Bread – mereka juga ada Karipap dan tambahan terbaharu iaitu Quadro Mix Pandesal dalam perisa Klasik, Ube, Pandan dan Coklat. Makan untuk moreh atau sahur memang mantap!
Kalau teringin, mereka ada DUA Ramadan Box Bundle of Joy yang didatangi semua roti bestseller mereka, 2 pencuci mulut dan Ensaymada. Lagi-lagi, anda boleh dapatkan Buttercream atau Ensaymada PERCUMA (perbelanjaan minimun RM35) dan pelbagai lagi diskaun Ramadan:
10. Gula Cakery
Yang terakhir, mestilah Gula Cakery. Siapa tak kenal Gula Cakery? Dari pastri, kek hinggalah ke kuih raya – semuanya boleh dapat di sini. Hindangan utama juga ada seperti burger, pasta dan banyak lagi! Kalau beriftar di sini memang lengkaplah hidangan berbuka anda.
Tambah pula dengan ada Promo Hindangan Bundle Ramadan dari 22 Mac – 30 April 2023, memang mantap kalau berbuka dengan Gula Cakery! Dan geng yang sukakan kek di sini boleh pra-pesan sebiji kek sekarang dengan 15% DISKAUN!
Selamat Berbuka, Foodies!
Sekiranya anda adalah pemilik restoran yang mencari sistem tempahan PERCUMA atau sistem pesanan atas talian untuk perkhidmatan delivery dan self-pickup, klik di sini untuk maklumat lanjut. Selamat menyambut Ramadan Mubarak!
Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram
Email: contact-eats@oddle.me
Baca Juga: Resipi Pasta Buttermilk #SemuaBolehMasak, Jom Kami Beritahu Rahsianya!