Taiwan

11 Spot Menarik, Satu Kereta Api Di Taiwan

Spot Bucket List Taiwan (Part 2)

Kalau korang tengah rancang trip ke Taiwan, Pingxi Railway Line wajib masuk dalam itinerary korang! Laluan keretapi sepanjang 12.9km ni memang perfect untuk korang yang suka day trip sambil enjoy pemandangan semula jadi. Pingxi Line ni bawa korang melalui kawasan Ruifang dan Pingxi di New Taipei City yang kaya dengan sejarah, budaya, dan lanskap yang menakjubkan.

11 Spot Menarik, 1 Kereta Api

1. Ruifang

11 Spot Pingxi Line
Foto: Halal Foodie

Ruifang Station ialah stesen utama untuk korang yang nak explore semua tempat menarik di sepanjang Pingxi Line. Dari sini, korang boleh pilih sama ada nak ke arah selatan atau utara.

2. Jiufen Old Street

11 Spot Pingxi Line
Foto: Wikipedia

Spot pertama mestilah Jiufen! Kalau korang nak ke Jiufen, pekan yang terkenal sebagai “Spirited Away Village,” korang boleh naik bus terus dari Ruifang. Jiufen ni memang popular dengan lorong-lorong yang penih dengan kedai tradisional dan pemandangan yang memukau. Nak tahu kenapa Jiufen Old Street ini dipanggil real-life Spirited Away, korang kena pergi Amei Teahouse!

Spot Menarik di Laluan Pingxi Railway Line

3. Houtong

Foto: Taiwan Today

Kalau korang pencinta kucing, Houtong adalah syurga korang! Dulunya kampung pelombong, sekarang Houtong terkenal sebagai “Kampung Kucing.” Jalan-jalan je kat sini, korang akan nampak kucing berkeliaran bebas. Ada juga muzium kecil yang tunjuk sejarah perlombongan di kawasan ni.

4. Sandiaoling

Foto: Taiwan Adventure

Kalau korang suka aktiviti lasak, Sandiaoling ialah tempat hiking yang awesome. Laluan hutan di sini membawa korang ke beberapa air terjun yang cantik. Pemandangan kat sini memang buat korang rasa tenang dan segar.

5. Dahua

Foto: Wikipedia

 

Dahua ni satu lagi spot tenang kat laluan ni, dengan pemandangan cantik Sungai Keelung. Kat sini, korang boleh jalan-jalan santai sambil nikmati keindahan alam.

6. Shifen

11 Spot Pingxi Line
Foto: Halal Foodie

Tak lengkap trip korang tanpa singgah kat Shifen! Tempat ni terkenal dengan air terjun Shifen, yang dikenali sebagai ‘Niagara of Taiwan’. Selain tu, Shifen juga hotspot untuk lepaskan tanglung. Tulis harapan korang kat tanglung dan tengok ia terbang ke langit. Memang pengalaman yang magik!

7. Wanggu & Lingjiao

Foto: TripAdvisor

Wanggu dan Lingjiao ialah dua pekan kecil yang penuh dengan suasana kampung tradisional. Tak ramai orang tahu tempat ni, jadi kalau korang suka tempat yang kurang sesak tapi indah, korang kena singgah sini.

8. Pingxi

Foto: Expedia

Pingxi memang terkenal dengan tradisi tanglung. Pekan kecil ni ada vibe nostalgic yang kuat dengan kedai-kedai antik dan lorong-lorong sempit yang penuh sejarah. Kat sini korang boleh beli tanglung dan lepaskan kat langit sambil buat wish!

9. Jingtong

Foto: New Taipei Travel

Jingtong ialah stesen terakhir di Pingxi Line. Pekan ni macam satu throwback ke zaman dulu. Korang boleh jalan-jalan kat stesen keretapi lama dan snap gambar retro kat sini. Jangan lupa tulis harapan kat kad kayu dan gantung kat stesen, tradisi yang popular kat Jingtong.

Laluan Shen’ao – Utara Riufang

Kalau korang pilih nak ke utara dari Ruifang, boleh naik Shen’ao Line untuk ke Haikeguan dan Badouzi. Laluan ni bawa korang ke pantai-pantai cantik dengan pemandangan laut biru. Tempat ni sesuai untuk korang yang suka suasana tepi pantai yang chill.

10. Haikeguan

Foto: Taiwan

Haikeguan, yang juga dikenali sebagai National Museum of Marine Science & Technology, adalah spot yang ideal untuk korang yang minat dengan kehidupan laut. Kat sini, korang boleh belajar tentang ekosistem laut Taiwan melalui pameran interaktif dan akuarium. Muzium ni ada banyak ruang terbuka yang menghadap laut, jadi sambil belajar, korang boleh juga nikmati pemandangan indah pantai.

11. Badouzi

11 Spot Pingxi Line
Foto: Halal Foodie

Badouzi, terletak tak jauh dari Haikeguan, adalah tempat yang penuh dengan suasana pantai yang tenang dan pemandangan menakjubkan. Kat sini, korang boleh jalan-jalan kat Badouzi Coastal Park yang terkenal dengan trek berjalan kaki di sepanjang pantai berbatu, sambil nikmati angin laut yang segar. Badouzi juga terkenal dengan pemandangan sunset yang epic, sesuai untuk korang yang suka ambil gambar. Kalau korang suka suasana tepi laut yang santai, Badouzi memang tempat yang wajib singgah!

Festival Tanglung di Pingxi

Satu highlight terbesar kat kawasan Pingxi adalah Pingxi Lantern Festival yang diadakan pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Lunar. Event ni memang sangat meriah sebab korang boleh tengok ribuan tanglung dilepaskan serentak di langit malam. Walaupun Festival Tanglung dirayakan di seluruh Taiwan, hanya di Pingxi korang boleh tengok tanglung terbang banyak-banyak macam ni. Suasana kat sini memang magik dan buat korang rasa macam masuk dalam cerita dongeng!

Jadi, kalau korang ada plan nak ke Taiwan, jangan lepaskan peluang untuk explore Pingxi Railway Line. Ia bukan je tentang keretapi, tapi juga tentang pengalaman budaya, sejarah, dan keindahan alam yang susah nak dapat kat tempat lain!

Baca Juga: 10 Spot Menarik Di Taiwan Wajib Masuk Bucket List Korang

 

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close