PKP 2.0

SPPIM: Panduan Mengisi Borang Kebenaran Nikah Online

Berikut adalah cara memohon dan mengisi borang kebenaran nikah secara online (Benar Nikah Online/BNO) melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di bawah seliaan JAKIM.

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

SPPIM merupakan sistem yang disediakan berasakan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur. Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendafyaran nikah sehinggalah kepada proses penceraian, rujuk dan rundingcara.

Panduan Modul Benar Nikah Online (BNO)

Panduan ini disediakan bagi tujuan memberi penjelasan cara-cara permohonan kebenaran berkahwin online melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Permohonan Kebenaran Berkahwin bermula dangan permohonan baru. Pemohon juga boleh membuat carian untuk mengemaskini maklumat dan melihat status permohonan.

 Peringatan Penting

1. Permohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:

  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
  • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Permohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Sebelum mengisi BNO, pastikan anda mempunyai maklumat perkahwinan dan maklumat wali.

5. Permohonan BNO hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh cadangan pernikahan. Sekiranya melebihi 3 bulan (90 hari) secara automatik permohonan akan terbatal.

6. Sebarang permasalahan boleh berhubung terus dengan talian hotline SPPIM atau boleh hadir ke pejabat agama terdekat.

7. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

8. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan lelaki belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

9. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

10 Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin. Bagi pasangan dari negeri selain dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), boleh pilih mana-mana kariah yang berhampiran dan ia tidak memberi kesan kepada sistem ini.

11. Pastikan status pemohon lelaki (Bujang, Beristeri, Duda) dan perempuan (Dara, Janda, Balu Thayyib) adalah betul.

12.Pastikan maklumat warganegara dan negara asal dikemaskini sekiranya pemohon atau pasangan bukan warganegara.

13. Pastikan alamat surat menyurat tepat dimana ini akan menentukan Pejabat Agama Islam Daerah yang berbidangkuasa dalam mengeluarkan Kebenaran Berkahwin. Bagi kawasan yang bersempadan contohnya antara Wilayah Persekutuan dengan Selangor, pemohon boleh merujuk kepada Cukai Pintu. Sekiranya cukai pintu dibayar kepada Wilayah Persekutuan, maka ‘negeri’ bagi alamat dalam sistem diletakkan Wilayah Persekutuan dan sebaliknya.

14. Maklumat Ujian Saringan HIV tidak perlu diisi kerana Borang Pemakluman Ujian Sariingan HIV hanya boleh dicetak selepas permohonan online selesai diisi. Maklumat ujian boleh dikemaskini selepas pemeriksaan dijalankan.

Langkah-Langkah Permohonan Atas Talian (Online)

1. Layari laman web rasmi SPPIM dengan klik disini.

2. Klik butang ‘Permohonan Baru’.

3. Baca syarat-syarat permohonan dan klik butang ‘Permohonan Baru’.

4. Isi maklumat pemohon lelaki dan klik butang ‘Seterusnya’.

5. Isi maklumat pemohon perempuan dan klik butang ‘Seterusnya’.

6. Isi maklumat yang berkaitan dan klik butang ‘Seterusnya’.

7. Isi maklumat wali dan klik butang ‘Seterusnya’.

8. Baca maklumat perakuan dan tandakan kotak berlabel ‘Saya bersetuju’.

9. Klik butang ‘Hantar’.

10. Pastikan nombor rujukan anda diingat bagi tujuan kemaskini.

11. Klik ‘cetak borang’. Untuk lelaki, boleh dicetak diruang permohonan lelaki dan begitu juga untuk perempuan.

Nombor Yang Boleh Dihubungi

Jika anda mempunya sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Negeri Sembilan: 06-6771352

Melaka: 06-333 3333 samb 5630 / 5631/ 5634

Perlis: 04-979 4401

Kedah: 04-774 5530/ 5423/ 5424

Perak: 05-208 4853

Wilayah Persekutuan: 03-2274 9333/ 3312/ 3306

JAKIM: 03-8870 7527/ 7528

E-mail: hdsppim@islam.gov.my

Waktu Operasi: 9 AM – 4PM

Sumber: SPPIM

Artikel Berkaitan: 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close