Bantuan Kerajaan

Bantuan KKM: Permohonan Bantuan Tabung Bantuan Perubatan

Kos perubatan di Malaysia tidaklah murah, namun begitu, banyak bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan yang lebih sempurna dengan harga yang mampu dibayar. Sekiranya anda bukan pekerja sektor awam dan mempunyai penyakit seperti yang telah disenaraikan, anda boleh memohon bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TBP).

Tabung Bantuan Perubatan (TBP)

Tabung Bantuan Perubatan (TBP) adalah program yang dilancarkan untuk mmbantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan.

Syarat-Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia

2. Status sosio-ekonomi

  • Kategori miskin atau kurang mampu yang diperaku dan disahkan olh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP)
  • Seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Penilaian Sosio ekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan KKM Tahun 2017.

3. Rujukan Hospital: Pesakit dirujuk oleh Hospital Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti Awam.

4. Bukan Penjawat Awam/ Persara Kerajaan atau anggota keluarga penjawat awam yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009, Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan atau pindaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Jenis-Jenis Bantuan Yang Dipertimbangkan

Terdapat tiga jenis bantuan yang anda boleh mohon, iaitu;

  • bantuan peralatan perubatan termasuk peralatan rehabilitasi yang merangkumi pemulihan asas, meningkatkan kefungsian, dan bukan untuk tujuan keselesaan atau kosmetik.
  • Ubat-ubatan:
  1. Didaftarkan dalam Senarai Formulari KKM
  2. Telah berdaftar dangan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)
  3. Mendapat kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan sekiranya ubat tersebut tidak terdapat dalam Senarai Formulasi KKM
  4. Bagi tujuan rawatab dan penyembuhan.
  • Lain-lain bantuan bagi tujuan rawatan, pemulihan dan penyembuhan.

Syarat Permohonan Tabung Bantuan Perubatan

  1. Permohonan dikemukakan dan kelulusan diperolehi sebelum
    rawatan dijalankan.
  2. Pesakit/ keluarga pesakit perlu membiayai sejumlah amaun mengikut kemampuan berdasarkan Garis Panduan Penilaian Sosioekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Tahun 2017.

*Walaubagaimanapun, amaun ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Melulus.

Jenis-Jenis Rawatan/ Peralatan Perubatan Yang Tidak Dipertimbangkan

  1. Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostik.
  2. Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility).
  3. Alat pakai buang (disposable item) dan consumable item.
  4. Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya.
  5. Rawatan pembedahan estetik kecuali bagi rawatan untuk meningkatkan atau mengembalikan kefungsian.

Kaedah Tuntutan Pembayaran

  1. Tuntutan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KKM melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti Awam yang menjalankan rawatan/ membekalkan peralatan perubatan kepada pesakit.
  2. Dokumen yang diperlukan bagi tujuan tuntutan pembayaran adalah
    seperti berikut:
  • Surat permohonan tuntutan bayaran dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kerajaan KKM/ Pusat Perubatan Universiti Awam.
  • Surat pengesahan rawatan/ alat/ ubat kepada penerima bantuan di bawah TBP (Borang F) yang diisi oleh Pegawai Perubatan atau Pegawai Kerja Sosial Perubatan
  • Surat perakuan dan pengesahan rawatan perubatan kepada penerima di bawah TBP (Borang G) yang diisi oleh pesakit/ waris pesakit
  • Invois asal yang telah disahkan
  • Nota penghantaran (Delivery order) yang telah disahkan
  • Salinan sijil bumiputera bagi amaun RM50,000.00 dan ke atas
  • Salinan surat kelulusan.

3. Pembayaran bagi bantuan yang telah diluluskan akan disalurkan terus kepada pusat rawatan/ pembekal peralatan.

Punca Pembatalan Permohonan/ Kelulusan

  1. Maklumat yang diberikan didapati tidak benar.
  2. Pesakit telah mendapat tajaan/bantuan daripada pihak lain.
  3. Rawatan tidak diperlukan lagi.
  4. Telah tamat tempoh sahlaku kelulusan.

Tempoh Kelulusan

Tempoh sahlaku kelulusan bantuan adalah seperti di bawah TBP:

1. Kes Kecemasan: 5 hari bekerja

2. Kes Elektif:

  • Disiplin Kardiologi dan Ortopedik: 1 tahun
  • Lain-lain disiplin perubatan: 6 bulan

3. Permohonan perlanjutan tempoh kelulusan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KKM dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku kelulusan beserta dengan justifikasi dan cadangan tarikh rawatan baru.

4.  Permohonan perlanjutan tempoh sahlaku kelulusan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kelulusan.

5. Kelulusan bantuan bekalan ubat diberi sekali sahaja bagi setiap pesakit untuk tempoh 6 bulan.

6. Tempoh kelulusan bekalan permohonan bantuan susu ialah selama 6 bulan.

Jenis-jenis Penyakit Yang Boleh Diberi Bantuan

Terdapat pelbagai jenis bantuan yang boleh dipertimbangkan di bawah TBP untuk kegunaan di Ibu Pejabat Kementeruan Kesihatan Malaysia (IPKKM) dan hospital-hospital kerajaan. Anda boleh rujuk senarai di bawah:

1. Blood Disorders – all blood disorders excluding:

  • Thalassemia for relevant age groups
  • Factor V111 deficiency
  • Factor 1X deficiency
  • Von-Willebrands
  • Others where treatment is available at the Government hospitals.

2. Bone and joint disorders

3. Ear and hearing disorders

4. Endocrine disorders

5. Eye disorders

  • Age Related Mascular Degeneration
  • Photo Dynamic Therapy
  • Glaucoma
  • Anisometropia
  • Corneal Opacities

6. Genetic and metabolic disorders

  • Special diets (as advised by medical specialists)
  • Medications
  • Other proven interventions (as advised by medical specialists)

7. Heart diseases

  • Congenital
  • Acquired

8. Immune disorders

9. Interventional Radiology

10. Long term care following surgical intervention.

11. Maxillofacial

12. Neurological and neurodegenerative disorders.

13. Orthopedic conditions requiring surgical interventions.

14. Renal disorders

15. Respiratory disorders

  • Chronic respiratory failure requiring home ventilation, home
    oxygen therapy
  • Other chronic conditions.

* Penyakit yang tidak disenaraikan boleh dipertimbangkan untuk bantuan secara ‘case to case basis’ jika diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Perubatan.

Dokumen Wajib Yang Perlu Disertakan

Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut:

1. Dokumen Pengenalan Diri

  • MyKad/MyKid
  • MyKad/Passport bagi ibubapa/penjaga
  • Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Pengangkatan.

2. Dokumen Pendapatan (pesakit dan keluarga)

  • Slip gaji
  • Borang BE/Cukai Pendapatan
  • Surat/Kad Pencen Ilat bagi penerima PERKESO
  • Surat Pengesahan Penerima Bantuan JKM
  • Surat Pengesahan Penerima Bantuan Baitulmal

3. Dokumen Caruman (pesakit dan keluarga)

  • Penyata KWSP
  • Polisi Insuran Kesihatan.

4. Bil Utiliti Dan Lain-Lain Komitmen

  • Elektrik
  • Air
  • Telefon tetap/ bimbit
  • Lain-lain komitmen (bulanan).

5. Lain-Lain Dokumen Sokongan (bagi permohonan yang melibatkan kos RM3,000.00 dan ke atas, sekiranya perlu)

  • Surat Pengesahan Pendapatan dari Ketua Kampung/ Penghulu/ Ketua Masyarakat/ Jawatankuasa Kampung/ Pegawai Daerah/ Surat Akuan Sumpah
  • Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Surat Pengesahan Pelajar
  • Gambar rumah (hadapan dan ruang tamu)
  • Dokumen pemilik kedai bagi pemohon yang bekerja sebagai pembantu kedai.

6. Dokumen Permohonan Bantuan 

  • Borang Permohonan TBP (Borang A)
  • Laporan Sosio Ekonomi (Borang B)
  • Surat Pengesahan Pakar/ Pegawai Perubatan (Borang C)
  • Pandangan dan ulasan Ketua Perkhidmatan Kebangsaan bagi permohonan ubat sahaja (Lampiran D);
  • Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Implan & Prostesis bagi pesakit-pesakit ortopedik kos RM30,000.00 dan ke atas (Lampiran E).

7. Sebut Harga

Tiga (3) sebutharga dari syarikat berlainan yang disahkan oleh Pegawai/ Pakar Perubatan dan Pengarah Hospital.

Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut

1. Bagi urusan permohonan dan tuntutan bayaran :

Urus Setia Tabung Bantuan Perubatan
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Putrajaya

Tel : 03-8883 3105/3116/3108/3119
Faks : 03-8888 4009/3677

2. Bagi urusan penilaian teknikal perubatan:

Urus Setia Teknikal Perubatan Tabung Bantuan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E1, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Putrajaya

Tel : 03-8883 1020/1016/1010/1013/1037
Faks : 03-8883 1048
Emel : kes_urgent.uteknik@moh.gov.my (bagi kes urgent sahaja)

Sumber: MyGov | MOH

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close