Belanjawan 2021

JKM: Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 Sehingga RM1000 Sebulan

Sebelum ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM450. Namun begitu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat isitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 menjelang 2021.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021

Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat isitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

Syarat Kelayakan BKK 2021

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Cara Memohon BKK 2021 Secara Online

Berikut adalah panduan untuk memohon bantuan secara online:

  1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini.
  2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.
  3. Kilk  DAFTAR PERMOHONAN.
  4. Pilih NEGERI pemohon.
  5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN  pemohon.
  6. Klik DAFTAR.
  7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.
  8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.
  9. Klik KEPUTUSAN.
  10. Permohonan anda sudah berjaya dihantar sedara online ttetapi prosesnya masih belum siap.
  11. Anda dikehendaki hadir ker Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang anda mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan di buat atas talian. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
  12. Sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan/ surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefom/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan).

Permohonan Secara Manual

Anda juga boleh memohon secara manual dengan hadir terus ke mana-mana Pejabat JKM yang berdekatan dengan anda.

Untuk memudahkan urusan anda, anda boleh muat-turun Borang Permohonan dibawah ini:

  1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
  2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah anda.

Sumber: Jawatan Malaysia | Salam Kerjaya

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close