KWSP

Dividen KWSP: Cara Semakan Dividen KWSP 2020 Melalui i-Akaun

Seperti yang baru dimaklumkan pada 27 Februari lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.2 % dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 % untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion. Dalam artikel ini akan diterangkan lebih lanjut cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.

Apakah Dividen KWSP?

Seperti diketahui, ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.

Nota Ringkas: Kadar dividen Simpanan Shariah KWSP adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

Cara Semakan Dividen KWSP

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.

  1. Layari www.kwsp.gov.my
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  4. Klik View Details di bahagian menu Dividend
  5. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan

*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastkan anda daftar terlebih dahulu.

Aplikasi i-Akaun

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan: KWSP atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Sumber: KWSP

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close