KWSPNews

I Sinar: Cara Pindaan Amaun & Pembatalan Pengeluaran

Bermula 8 Mac 2021, para pencarum KWSP di seluruh negara kini boleh meminda amaun pengeluaran atau membatalkan pengeluaran kemudahan i-Sinar KWSP mereka yang telah mereka mohon sebelum ini. Ini juga termasuklah permohonan baharu yang ingin dilakukan kepada para pencarum yang tidak pernah memohon kemudahan tersebut sebelum ini.

Syarat Tukar Amaun iSinar

Berdasarkan FAQ i-Sinar yang terkini oleh KWSP, ahli boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar walaupun sekiranya permohonan anda telah diluluskantertakluk kepada syarat berikut:

  1. Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
  2. Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.

Maka, sila semak betul-betul kerana tiada lagi perubahan maklumat boleh dibuat sekiranya anda tersilap memilih jumlah pengeluaran.

Jumlah Pengeluaran

Jumlah pengeluaran kemudahan i-Sinar yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 ke bawah di dalam Akaun 1, jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM10,000 untuk 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.
  • Bagi pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100,000 di dalam Akaun 1, jumlah pembayaran yang dibenarkan adalah sehingga 10% dalam simpanan Akaun 1 mereka dengan maksimum pengeluaran adalah RM60,000. Bayaran pertama yang boleh dipohon adalah maksimum RM10,000.

Cara Pindaan Pengeluaran

Para pencarum ingin meminda jumlah pengeluaran kemudahan i-Sinar KWSP boleh melakukan perkara tersebut melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ dan klik bahagian ‘Pindaan Pengeluaran.’
  2. Masukkan no kad pengenalan/MY Kad dan nombor telefon bimbit.
  3. Klik butang ‘Teruskan.’
  4. Klik tanda ‘betul’ pada kotak pindaan alamat untuk meminda alamat surat-menyurat.
  5. Pada bahagian ‘Amaun Dimohon’ klik tanda ‘Betul.’
  6. Tetapkan amaun yang baharu.
  7. Bagi pindaan maklumat bayaran, tekan tanda ‘Betul’ pada maklumat bayaran.
  8. Pilih akaun bank dan masukkan nombor akaun bank yang baharu.
  9. Klik butang ‘Teruskan’ untuk meneruskan proses.
  10. Paparan pindaan telah diterima dipaparkan dan permohonan pindaan tersebut diproses dalam masa 5 hari.

Cara Pembatalan Pengeluaran

Untuk membatalkan pengeluaran bagi permohonan kemudahan i-Sinar yang dibuat sebelum ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ dan klik bahagian ‘Pembatalan Pengeluaran.’
  2. Masukkan nama penuh dan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Batal.’

Maklumat Lanjut

  • Jika ada sebarang pertanyaan tentang permohonan baharu dan pindaan amaun i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.
  • Untuk maklumat lanjut berkaitan cara tukar amaun i-Sinar atau maklumat yang berkaitan, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://isinar.kwsp.gov.my/faq

Sumber: KWSP (Facebook)

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close