PKP 2.0

Portal Manfaat: Semak Semua Bantuan Yang Anda Layak Terima Melalui Portal Ini

Untuk mengurangkan beban rakyat ketika PKP 2.0, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melangsungkan hidup. Bantuan yang diberikan datang dalam pelbagai bentuk termasuklah seperti pemberian wang tunai, pengurangan dan pengecualian cukai, diskaun bil, dan lain-lain. Dan semua maklumat ini anda boleh dapatkan di portal yang telah disediakan oleh kerajaan ini.

Portal Manfaat Pusat Menyemak Bantuan Kerajaan

Tidak mustahil untuk anda berasa keliru tentang bantuan apa yang harus anda ambil. Boleh jadi juga ada yang akan terlepas pandang walaupun sebenarnya layak untuk menerima. Untuk memastikan semua orang mendapat peluang yang sama rata, anda boleh semak jenis-jenis bantuan yang anda layak terima melalui portal Manfaat ini.

Di dalam portal ini, pengunjung boleh memeriksa dengan teliti jenis bantuan yang layak diterima. Anda hanya perlu menjawab soalan mengenai maklumat diri sendiri seperti keluarga dan pekerjaan, dan ia akan menyenaraikan semua bantuan kerajaan yang layak anda terima.

Cara Untuk Menyemak Bantuan Melalui Portal Manfaat

1. Pergi ke portal Manfaat dengan klik di sini ataupun pergi ke alamat ini: http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

2. Pilih kategori anda; sama ada “Individu dan Isi Rumah“, “Perniagaan dan Majikan“, ataupun “Komuniti“.

3. Sebagai contoh, apabila anda memilih “Individu dan Isi Rumah“, anda perlu mengisi sedikit maklumat perbadi. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah tepat supaya bantuan yang betul dapat disenaraikan.

4. Tekan butang “Teruskan” setelah selesai mengisi maklumat.

5. Anda akan dibawa ke paparan pilihan aspek bantuan. Anda dibenarkan untuk pilih lebih dari sati aspek. Jadi lebih mudah sekiranya anda memilih semua kerana anda boleh membuat pilihan anda selepas ini setelah di berikan senarai.

6. Anda akan menerima senarai semua bantuan yang layak anda mohon dan terima.

Namun begitu, senarai ni hanyalah memberi penerangan tentang maklumat umum bantuan tersebut. Ingat ya, anda masih lagi perlu membuat permohonan untuk mendapatkan setiap bantuan tersebut. Bergantung kepada terma dan syaratnya. Langkah ini juga boleh digunakan untuk kategori “Perniagaan dan Majikan” dan “Komuniti

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

Jangan lupa untuk mendapatkan semua bantuan yang layak anda terima. Portal ini sangat bagus kerana anda bukan sahaja dapat membantu diri sendiri tetapi juga mereka yang berada disekeliling anda. Lagi-lagi pada waktu pandemik yang sangat mencabar ini.

Sumber: Soya Cincau

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *