MySalam

MySalam: Tuntutan Sehingga RM700 Untuk Elaun Hospital Pesakit COVID-19

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang tuntutan MySalam ini. Jadi artikel kali ini bertujuan untuk mengurangkan beban pesakit COVID-19 dapat diringankan sedikit sebanyak. MySalam adalah skim perlindungan kesihatan percuma buat pesakit wabak ini dan juga pesakit-pesakit lain. Berikut adalah cara yang mudah dan info lengkap tentang bagaimana untuk menuntut MySalam bagi pesakit Covid-19.

Manfaat & Jumlah Tuntutan MySalam Covid-19

MySalam telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Jika anda mempunyai penyakit lain, anda juga boleh daftar MySalam.

  • Pembayaran elaun hospitalisasi adalah sebanyak RM50 untuk satu malam.
  • Terhad untuk 14 hari setahun sahaja (Maksimum RM700)
  • Contoh : Kuarantin 10 hari (RM50 x 10), anda akan dapat RM500

Syarat Kelayakan MySalam

Bagi pemohon yang ingin memohon & daftar MySalam ini, berikut adalah syarat yang anda perlu tahu :

  1. Berumur 18 – 65 tahun & berpasangan
  2. Bujang berumur 40 – 65 tahun, berpendapatan kurang RM24,000 setahun
  3. OKU berumur 18 – 65 tahun, berpendapatan kurang RM24,000 setahun

Cara Tuntut MySalam Covid-19 Secara Atas Talian (Online)

Untuk proses tuntutan penyakit Covid 19 ini, ikuti langkah berikut :

1. Lawat portal rasmi Mysalam & tekan ‘Log Masuk Ke Portal’.

2. Pergi ke ‘Log Masuk Kali Pertama‘, dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

3. Kata laluan anda akan dihantar melalui SMS.

4. Tekan ‘Tuntutan’ & ‘Penyerahan Tuntutan’.

5. Kemudian tekan ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

6. Isi butiran:

  • tarikh masuk wad (mula kuarantin),
  • tarikh keluar wad (tamat kuarantin)
  • nama tempat kuarantin.

7. Muat naik dokumen :

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang,
  • Nota discaj atau surat perintah kuarantin KKM.

8. Klik ‘Lampirkan’,  & tekan ‘Hantar’.

Cara Tuntut MySalam Covid-19 Secara Manual

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk MySalam yang berdekatan dengan anda. Klik di sini untuk melihat senarai kiosk MySalam.
  2. Bawa salinan kad pengenalan dan borang Annex 14 & 17.
  3. Serahkah saja dokumen tersebut dan mereka akan bantu anda isi secara online.

Dokumen Yang Diperlukan Bagi MySalam Tuntutan Covid 19

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan berkaitan Covid :

1. Jika anda positif Covid :

  • Nota discaj yang mengesahkan diagnosis
  • Salinan IC depan belakang

2. Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di Pusat Kuarantin :

  • Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
  • Salinan IC depan dan belakang

3. Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di kediaman sendiri :

  • Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
  • Salinan IC depan belakang

Soalam Lazim

1. Berapakah jumlah tuntutan untuk MySalam Covid-19?

Pemohon yang berkelayakan boleh tuntut RM50 untuk 1 malam, Terhad untuk 14 hari sahaja.

2. Jika kuarantin secara sukarela (self-quarantine), bolehkah tuntut MySalam?

Jika anda self-quarantine, anda tidak boleh tuntut sebarang bayaran daripada MySalam.

3. Bagaimanakah cara membuat tuntutan berkaitan jangkitan Covid-19 ini?

Sila buat tuntutan kepada MySalam dan Muat naik dokumen yang diperlukan

4. Saya bukan penerima BSH. Bolehkah saya memohon MySalam?

Tidak. Sila mohon BSH terlebih dahulu sebelum memohon MySalam

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut & sebarang pertanyaan, sila hubungi MySalam di talian 1 300 88 8938.

Semoga berjaya dalam permohonan Mysalam tuntutan Covid anda.

Sumber: Portal Malaysia | MySalam

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *