KWSP

i-Citra: Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran KWSP i-Citra Yang Akan Bermula Pada Ogos 2021

Seperti yang anda telah tahu, permohonan bagi pengeluaran KWSP i-Citra telah bermula pada 12 Julai 2021. Pihak KWSP juga telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran berperingkat ini akan bermula pada 2 Ogos 2021. Bagi semua yang telah membuat permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah untuk semak status dan tarikh spesifik pembayaran bagi permohonan ini.

Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra 2021:

Langkah Semakan Status Permohonan:

  1. Layari laman web semakan i-Citra: https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
Semakan i-Citra 2021
Gambar: KWSP (Laman Web)

2. Isikan semua maklumat: No. Kad Pengenalan & No. Telefon Bimbit yang berdaftar.

3. Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot‘ sebelum menekan butang ‘Semak Status‘.

Langkah Semakan Status Pembayaran:

Cara 1: Layari laman web i-Citra: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, dan log in ke akaun anda.

Semakan i-Citra 2021
Gambar: KWSP (Laman Web)

Cara 2: Muat turun aplikasi i-Akaun dari Google Play Store atau AppStore dan log in ke akaun anda.

semakan i-citra 2021
Gambar: i-Akaun (Aplikasi)

Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos 2021

Bagi sesiapa yang belum daftar untuk pengeluaran KWSP i-Citra, jangan risau kerana permohonan masih dibuka sehingga 30 September 2021. Anda rujuk cara untuk daftar di SINI. Juga ambil maklum, walaupun pihak KWSP mengumumkan pembayaran i-Citra akan bermula pada minggu hadapan iaitu 2 Ogos 2021, terdapat segelintir yang akan menerimanya dalam masa 1 hingga 3 hari. Hal ini kerana, beberapa bank memerlukan masa untuk meluluskan pengkreditan terus ke akan bank yang telah didaftar semasa permohonan dibuat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di bawah:

PautanLaman web | Facebook

Pautan i-Citra: Permohonan | Soalan Lazim | Panduan Pengguna

Hubungi: (+60)3 8922 4848

Artikel Berkaitan:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Sekarang, Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close