Berita

i-Citra: Cara Memohon Pengeluaran KWSP i-Citra Yang Bermula Pada 12 Julai 2021

Seperti yang anda tahu, tarikh permohonan pengeluaran i-Citra awalnya telah ditetapkan pada 15 Julai 2021. Tetapi, pihak KWSP telah memutuskan untuk mengubah tarikh itu kepada 12 Julai 2021. Maka, para pencarum yang berhasrat untuk mengeluarkan simpanan KWSP boleh membuat permohonan secara atas talian mulai Isnin, 12 Julai 2021.

Syarat-syarat Umum:

Sebelum anda membuat permohonam, pastikan anda mencukupi syarat-syarat umum dibawah:

  • berumur dibawah 55 tahun.
  • mempunyai baki minimum akaun KWSP sebanyak RM150.
  • membuat pengeluaran minimum sebanyak RM50.
  • meninggalkan baki sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya.

Cara Membuat Permohonan i-Citra 2021:

Permohonan i-Citra 2021

  1. Layari laman web i-Citra.
  2. Klik ‘Permohonan‘ dan anda akan dibawa ke halaman di bawah.

3. Pop up ‘Nota Penting’ akan dipaparkan di halaman tersebut. Pastikan anda baca dan fahami sebelum tekan ‘Tutup‘.

Permohonan i-Citra 2021

4. Isi maklumat yang dikehendaki dan tekan ‘Teruskan‘.

5. Sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

6. Pilih ‘Amaun Pilihan Pengeluaran’ yang anda kehendaki, samada pilihan A atau B.

  • Pilihan A: Skrin akan memaparkan jumlah maksimum Amaun Pilihan Pengeluaran
  • Pilihan B: Anda perlu menetapkan jumlah Amaun Pilihan dengan menggerakkan penunjuk.

7. Tekan ‘Teruskan‘ setelah anda selesai.

8. Lengkapkan ‘Maklumat Pemohon‘, ‘Maklumat Pembayaran’ dan kaji selidik. Kemudian, tekan ‘Teruskan‘.

9. Pastikan anda semak semua maklumat yang telah diisi dan tandakan butang yang diperlukan sebelum tekan ‘Hantar‘.

Permohonan i-Citra 2021

Permohonan Dibuka Sehingga 30 September 2021

Gambar: KWSP (Facebook)

Permohonan KWSP i-Citra dibuka pada 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Jumlah pengeluaran maksimum yang boleh dibuat adalah RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan Akaun 2. Jumlah yang diluluskan anda dibayar secara peringkat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk maklumat dibawah:

PautanLaman web | Facebook | Permohonan

Hubungi: (+60)3 8922 4848

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close